Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Jun-2009 18:30 Email | Share | Bookmark
Perkhemahan lombong@Kg.Gajah.

Khemah dah didirikan.
Belon dah dapat.
Adik pun dah bertopeng.
Zoro Nana.
Makan kek
Sama2 potong kek.
Pia..,1st time naik sampan.
Yg diraikan harijadi.
Atuk angkut cucu2.
Mandi manda.
Digigi lombong jer...
Pasang jaring utk lauk BBQ malam ni.
Temporary public toilet.
Hidupkan unggun api.
Udang galah pertama.
Kaloi pertama.
Yg berusaha,cameraman no 3.
Sebagai ganti berkelah di Teluk Batik,ada cadangan baikkk.. punya utk berkhemah di lombong.Perjalanan selama 45 minit meredah estet dan lombong,kami seramai 26 orang dengan 2 kereta,1 Avanza dan 1 Unser bersama keperluan berkhemah dan BBQ sampai juga akhirnya..Cuaca yg kurang terik,kami terus pacak khemah.Acara pertama ialah sambutan "harijadi" budak dan bapak budak.
Lepas tu naik sampan (test power dayung sampan),sebab dah lama sangat tak mendayung... dan mandi manda utk sesi anak2.
Bila hampir malam,pasang unggun api nak bakar ayam,ikan dan udang.Cuaca semakin "cuak" bila diseberang tasik kilat mula menyambar,belum ada tanda2 hujan akan sampai.Selepas Maghrib,ada yang mula menjala ikan dan udang,ada yang mula membakar ayam dan ikan,ada yg menjenguk jaring,bubu yg dipasang semalamnyer......
Setiap kali tebar jala,2-3 ekor udang akan mengena....seronoknya....!
Pancing dah tersedia..hasrat nak memancing udang malam2 ni sambil bersembang2..
Tak lama dalam kul 815pm,hujan datang menyerang dengan lebat selama 30minit.Unggun api padam dan peralatan basah.Hanya khemah Pasar Tani yang besar tempat bebudak berkumpul.Kira habis basah tikar dan peralatan lain.2 khemah baru pun dah senget2 ditiup angin kenchang...
Oleh kerana rasa tak selesa dengan anak2(dan belum makan malam),akhirnya kami decide utk kemas barang dan balik rumah...
Ayah sengaja "reserve tank" kurangkan makan siang tadi,dengan harapan nak makan lauk saja malam ni.(ikan bakar dan udang).....berkeroncong lah perut sementara sampai rumah.
Makan malam dirumah kul 11.00pm,dengan kelaparan!?..Anak2 dah tertidur keletihan.....
Apa nak buat,tak de rezeki..lain kali buat lagi....

Terimakasih pd organizer-Sdra Samsi...
(Nota; 2 X Canon + 1 Nikon + Video Cam terlibat dalam merakamkan apa yg berlaku di sini.)

...(Ayah)....









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net