Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-May-2009 18:00 Email | Share | Bookmark
Si Kodok mencari kelembapan...!!

Ahh...nyaman nyer kat sini..!!
Dah kenal pasti saya..?
Sayang nak tinggalkan tempat ni.
Apa pandang2?..apa jeling2?
Apa aku kisah pokok ni layu..?
Bunga ni dah layu angkara si kodok...!!
Okid Mama menunjukan "kelayuan"..(bukan dari perkataan MELAYU).
Kenapa..?
Mungkinkah kerana bahang musim panas menyebabkan okid mama layu..?Ayah pun selak kat perdu pokok,terjumpa sang kodok yang mencari kelembapan di pasu ini.
Mungkin berak kencing si kodok ni yang menyebabkan pokok okid Mama layu....terlebih baja punya kes...!!!

Pandai pulak si kodok ni mencari tempat yang lembab utk "beradu",walaupun okid diletakkan diatas meja taman.
Sebagai langkah pencegahan (preventive countermeasure..konon!),ayah gantung pokok ni kat tiang rumah.Kita tengok esok,macamana katak ni cari dan panjat pasu pokok ni....!?

Nota pesanan buat anak2ku; AWAS...! Apabila dia(si kodok ni) terasa terancam,dia akan memancutkan air kencingnyer sambil melompat.jangan sesekali terkena mata...BAHAYA!!!...
Jadi...,jangan duduk/mengendap di/dari belakang kodok..hehe

...(Ayah)....





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net