Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-May-2009 08:30 Email | Share | Bookmark
Rakan ku BEBAS dari ISA....!!!

The Star
Berita Muka depan
1)Zulkefli Marzuki
Ayah "terkejut" dan "bersyukur" di atas pembebasan keatas sahabat/rakan dari cengkaman ISA.
"Terkejut" kerana selama ini (selama 5 tahun),tak siapa tahu yang dia rupanyer dibawah tahanan ISA.
"Bersyukur" kerana dia dibebaskan dari ISA,masih hidup lagi rupanyer.
Beliau adalah seorang ahli NGO yang komited terhadap Islam.Pernah bertugas sukarela semasa krisis Timur Timor di Dili membantu orang islam yang diserang dan dibunuh disana.Pernah juga bertugas di Afghanistan sebagai pembantu sukarela seperti NGO2 yang lain,(sebagai penunjuk arah,coordinator,pemandu kepada semua NGO yang berhasrat kesana).Pernah juga menguruskan salah satu lawatan rombongan Pemuda UMNO(zaman Hishamudin) ke Afganistan pada masa itu.Kali terakhir berjumpa ialah semasa sebelum berangkat ke Afghanistan,tetapi sangat terkejut bila terbaca di akhbar bahawa dia dikehendaki polis,selepas itu.Terpampang gambarnyer di muka depan akhbar.Oleh kerana tiada khabar dari ahli keluarga dan kawan2,kami semua beranggapan dia masih di Afghanistan atau Indonesia.apatahlagi dah jadi org "WANTED" kat Mesia,lebih baik x yah balik Mesia.
Begitulah pejuang islam yang menggadaikan nyawa,masa,keluarga(anak 6 org) dan harta(syarikat-company secretary) berjuang utk islam serta mendapat dugaan dunia.Moga Allah menguatkan iman nyer dan istiqamah dengan perjuangan.Hanya kerana disyaki sebagai ahli Jemaah Islamiah Malaysia...????!!!
Ayah telah sms semua kawan2 tentang berita ini dan cuba utk bertemu secepat mungkin dengan dia....yang bernama; Zulkefli Marzuki

3/6/09
Dapat SMS bahasa jawa dari seseorang yg tak mahu memperkenalkan diri..Dari gaya nyer macam dari Zul,tapi ayah tak berani layan lebih2 SMS dari org yg tak dikenali nih....
4/6/09
SMS diterima lagi, yg men "sahih" kan,memang dari Zul...terus ayah call dia..Suara tak berubah.Dia ada kat Kuantan.Sembang lebih kurang,sebab ayah memang nak jumpa dia secepat mungkin.Nanti ayah plan nak jumpa ASAP.
Rupanyer bukan 5 tahun kena ISA...7 tahun daaaaa.......!!!!

11/6/09
Ayah ambik kesempatan sempena tugasan luar ke Training Session kat EON Edar & Services, Kuala Terengganu,buat appointment ngan Zul selepas kerja selesai.Lepas training terus pecut ke Kuantan tanpa makan tengahari dulu.Sampai Kuantan pukul 4.00pm,terus jumpa dia kat Berjaya Mall.Sempat uruskan permit utk "kenduri balik kampung",singgah ke IPD Kuantan.Walaupun masa yg sangat singkat,masih banyak lagi "benda" yag ayah nak tau dari mulut dia sendiri.
Pendekata....Memang dia "HEBAT"...sampai tak terjangkau oleh penelitian ayah terhadap dia....
Tapi kalau ada peluang,memang nak ambik masa bersembang "semua" nyer,apa yg tersurat dan tersirat.......

...(Ayah)...
Penentang ISA,(undang2 ZALIM) walaupun belum pernah berpeluang menyertai demo dll....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net