Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Jan-2009 09:00 Email | Share | Bookmark
Sofia ke Pra-Sekolah Sri Pintar S7.

Paling depan...
Sorang2 jer...belum jumpa kawan.
Muka tension lagi tu...
Baru nak kenal mesra...
Sri Pintar S7
Mana Selipar saya...?
Mungkin agak terlewat nak masukkan Sofia ke Pra Sekolah(6 tahun) berbanding ngan abang dan kakak2 nyer yang masuk pra sekolah pada umur 5 tahun.
Harap2 kali ini OK lah.Sebelum ni masukkan dia ke Day-Care punya tadika,ada kelas belajar tapi tak nak masuk..Ustaz garang katanyer....Bayar mahal pun tak berbaloi..
Oleh kerana Sofia ni kurang pandai bergaul ngan orang(walaupun mulut dia paling becok kat rumah),mama decide nak masukkan ke Sekolah Sri Pintar jer...tempat Ayong pra sekolah dulu2.(Haziq dan Nana masuk sekolah tadika Masjid Negeri jer).

...(Ayah)...

8/1/09
Hari ke-3 sekolah dah start menangis....mogok tak nak buat apa mualimah suruh....
Bila mama tanya.."kenapa menangis?"
"Entahlah....adik rasa nak menangis...!!" itulah jawapannyer.
Malam tu ayah dan mama kena jadi motivator lah pujuk itu ini.Kat rumah elok pulak amik buku,pensil dan colour buat kerjarumah sendiri.
Bila suruh masuk tidur,sempat mengadu kat kak Nana.."Adik tak nak g sekolah esok...!"

Hari ke-4,pagi2 mama dah coll,sofia tak nak turun kereta.Terpaksa ayah pusing balik...
Selepas babak pujuk memujuk,tunggu sekejap ...kita tinggalkan..Terdengarlah jugak dia menangis...mualimah kata,"tak pa dia settlekan"....
Nampaknyer malam ni kena sessi kaunseling lagi sekali.Kalau idak...jenuh ni esok pagi..?Takkan nak lambat lagi sampai ofis..?
.

..(Ayah)...

13/1/09
Semalam nampak macam OK walaupun tetap tak nak masuk kelas pagi2.Tapi bila balik tu bukan main peramah dan happy tunjuk homework yang dia buat.Malangnyer pagi ni Pia tak nak masuk.Mama call ayah,so terpaksa pusing balik ke rumah selepas hantar Haziq n Nana kesekolah..turn ayah pulak cuba pujuk Pia.
Sampai dalam kelas jer...bila ayah keluar,menjerit dan meraung dalam kelas.Ayah turun bawah pun masih boleh dengar suara dia menjerit..!!!!
Nangis reda selepas 30 minit,ayah jengguk kat kelas dia "mogok",sepahkan mainan dari rak,dan..........:lol_crash
PIA MASUK DALAM RAK TU SAMBIL MENANGIS...!!!!tah kemana anak tudung dan tudung dia.Ayah tak nak tunjuk muka,nanti dia nak ikut balik lak..Naya....!! :

Patutkah Ayah ROTAN dia malam ni.....?

14/1/09
Pagi ni ayah yang hantar Pia.....walaupun dia nak mama juga yang hantar.(mungkin ngan ayah dia tak leh nak ngada2).
Tunggu mualimah dan temankan dia kat kelas sampai pukul 8.00pagi,pas tu mualimah take over.Cuma menangis saja. Ayah pesan,boleh nangis tapi jangan menjerit..>!!
Mualimah kata semalam OK selepas rehat pukul 10 pagi.
Pia nak balik half day hari ni...heheheh

15/1/09
Pagi ni pun ayah hantar Sofia,sungguh menakjubkan perubahan nyer....Tak ayah nak dukong naik atas,jalan sendiri siap bawa seliparnya naik tingkat atas.Sampai masuk kelas pun tak mengalir air mata..
BAGUS......!! Ada perubahan...
Cuma bila ayah nak keluar kelas dia mula menangis...
"Nak Ayah".....katanya.
Mungkin dia rasa kurang "secure" lagi,pasal otai2 kat situ ramai dan "ganaz" sikit....
Ayah yakin minggu depan mesti OK nyer....

20/1/09
Dah masuk minggu ke3 nih..semalam masih lagi mengalirkan air mata.
Tapi pagi ni perkembangan yang sangat memberangsangkan.Ayah hantar pia naik kelas dan salam-salam,terus tinggal....Dia terus main ngan kawan dia....!!!!!
WOW....! seronok sungguh.Tak la terlewat lagi sampai ofis.......
TABIK to SOFIA......


22/1/09
Spt biasa,kena singgah kat 7-11 dulu beli jajan.Wajah dah ceria bila jumpa kawan.Boleh salam mualimah yang bertugas tunggu anak2 murid datang.
Naik atas,boleh terus salam dan bye2x.....
"Adik dah tak nangis...bleh la belikan adik barbie...??"..katanyer...
Esok boleh datang awal sikit,dah tak yah tunggu..boleh lah sampai ofis sebelum 8.00am.Mama pun lega sikit.Bleh la mama pulak hantar Sofia tiap pagi lepas ni...
BRAVO...!







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net