Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Oct-2008 04:36 Email | Share | Bookmark
Sang Musang Berjanggut.....!!!

Lapar nyer...sedap?
Buat tak heran kat kita.
Dah 4 biji betik dia balun seminggu
Cekap meniti pokok menjalar..
Malam kelmarin ketika lepak kat dapur,ternampak Sang Musang datang lagi nak makan betik kat belakang rumah.Memang selalu nampak dia "dinner" kat situ,tapi kali ni ada kamera ditangan dan terus "snap" gambar ni.
Ayah selalu letak sisa2 buah didalam pokok tanduk rusa(sebagai natural baja),dan selalu juga di punggah keluar balik leh musang yang kelaparan.Betik kat belakang rumah tu pun ayah saja tak petik utk bagi makan musang2 (sepasang + 2 anak) yang rajin lepak kat sekitar rumah kita,kerana ada beberapa pohon mangga,jambu air,betik dan mata kucing kat area rumah kita.Ayah tengok pun musang2 tu anak beranak masuk ikut tingkap kecik toilet jiran.Rasanya depa pun pernah menceroboh masuk toilet master bedroom kita tengah2 malam.
Oleh kerana musang2 ni dah biasa nampak kita,dia pun tak heran sangat dan tak takut orang.Ayah amik gambar pakai flash pun dia masih lagi buat tak tau....
Sebelum kita tahu ada musang,pernah gak ada kontrovesi bila musang2 ni makan mangga jiran sebelah dan bijinya bersepah depan rumah kita.....(kebetulan kita pun ada pokok mangga).Setelah dijelaskan barulah jiran faham,sapa punya angkara..!!
Lembu punya susu,sapi punya nama..>!!hehehe.....

...(Ayah)....





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net