Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 18-Oct-2008 20:00 Email | Share | Bookmark
Seharian Beraya dan Ziarah Atuk Kuroda....

Baraan ke team ofis Mama.
Ayong n Kak Pija-sepupu ni.
Ke Berjaya Times Square...
Dapat Duit Raya dari Atuk Kuroda.
Dinner kat KR Subang Parade..
Pilihan Ayong...1st time join.
Beli brand yg ni lah...?
Deco kat Times Square.
Embah.......Ibuku...(kat s9)
Pagi2 hari Sabtu dah bersiap nak gi baraan kecil2an yang dianjurkan oleh anak2 dara ofis mama.Depa dah start dari pukul 8 pagi lagi,kita keluar kul 10 pg selepas membasuh pakaian,kemas rumah dan anak2 bersiap.
Dapatlah 3 buah rumah sampai Zuhor.Lepas tu kita ke rumah Wak Man kat S9 pulak,pasal Wak Min,Acik Jun dan embah akan kesana.Kebetulan pulak Wak Man buat OpenHouse gak....Dapatlah jumpa anak2 buah dan sepupu2 anak ayah ni kat situ bila suma orang berkumpul.
Lepas solat Zuhor,kita ke Berjaya Times Square,KL pulak nak tengok KLPF (KL Photographer Festival)... sambil2 nak tengok DSLR yang ayah nak beli tu......
Pusing balik ke USJ,singgah rumah Atuk Kuroda.Sampai2 jer terus hulurkan sampul duit raya..ini dah terbalik ni...?kita yang raya ,dia pulak yang hulur duit.?
Dia kata,dia dah standby sampul tu sebelum raya lagi...dah sampai 18 hari raya pun kita belum sampai rumah dia lagi.Akhirnya semalam dia telefon bertanya khabar.....(napa tak datang rumah...?).Kira dah lebih sebulan tak jenguk dia.Kali terakhir jumpa ialah sehari sebelum puasa hari tu .
Ayong dapat RM 50...adik2 yang lain terutama Haziq dah monyok-dapat RM10 jer,banyak tu...?!!!?? hehehe.... pantang lah orang dpt lebih dari dia.
Atuk pun macam biasa,sembang lebih kurang,dia ajak makan kat Subang Parade..Kali ni Ayong lak yang pilih lokasi..nak makan apa?,pasal ini pertama kali Ayong join makan malam ngan Kuroda.Selalu dia terlepas dinner2 yang lepas....Dia pilih KR,pun pertama kali utk Ayong...

...(Ayah)...








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net