Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 2-Oct-2008 09:00 Email | Share | Bookmark
BARA'AN @ Ziarah Raya-Kg.Tebuk Kenchong.

Motorsikal pengangkutan utama.
Bara'an datang...!
Team Pemuda yang ramai.
Masuk semua rumah.
Duduk bersesak diruang kecil.
Makan buah acara favourite.!
Jam antik yg masih berfungsi baik selepas 30 tahun lalu.
Meniti Titian Usang..!(Wings)
Baby,anak2..suma ikut.
Ada makan berat,ringan dan buah saja.
Baraan team wanita pun ada selepas tu..
Inilah kali pertama Ayah ajak Haziq mengikuti Bara'an (bahasa Jawa) kampung dan dah 3 kali/tahun ayah tak ikut bara'an kerana kesibukan;ada 2 kampung yang nak diziarah!
Pengangkutan utama ialah motosikal.Ini adalah kerana jarak antara rumah ke rumah secara purata ialah 50-100 meter jer.Lorong yang sempit tak sesuai nak naik keta.
Haziq yang kepanasan membonceng dibelakang berkata...."Ayah..pasang air-cond..?".hehehe....
Hari pertama di khaskan untuk sembahyang raya dan ziarah keluarga masing2 dan bara'an akan dijalankan setiap hari raya ke 2.Sementara bara'an kaum wanita akan dilakukan pada raya ke 3.
Purata setiap rumah hanya ada 10 minit utk naik rumah,salam-salaman bermaafan ngan tuan rumah,makan dan minum, dan selawat..turun rumah.
Teringat masa kecik2 dulu bara'an memakan masa 2 hari,kemudian berkurangan kepada 1 hari penuh dari 8.00pagi sehingga menjelang Maghrib.Tapi sekarang pusingan boleh habis selepas Asar jer.Ini adalah kerana beberapa penambahbaikan@KAIZEN yang dilakukan terhadap xtvt bara'an itu sendiri.
Haziq yang excited,terus nak baham apa2 saja yang terhidang,tanpa mengetahui ada berpuluh lagi rumah yang nak diziarahi,hehehe...Ayah pun pesan,Wak Mali pun pesan,.."makan yang sedap jer. Ziq..bamyak lagi rumah kena naik nanti...".
Sepanjang rumah yang dinaiki...macam2 ada,dari soto, mee goreng ,bihun goreng, buah2an, air kelapa muda dll.Tetapi yang pasti bukanlah makan sebagai agenda yang utama,sebab ada berpuluh rumah,akan ada kesamaan jenis kuih atau biskut.
Tentunyer yang menarik anak2 sama2 seronok mengikuti bara'an ..ialah duit raya.!!Haziq boleh dapat RM 14 hari tu....Kalau dibandingkan dengan zaman ayah dulu,nak dapat RM 5 pun susah betul.Paling besar pun dapat syiling 50 sen..itupun tuan rumah yang berniaga@tokeh.Tapi fokus kita dulu bukanlah duit raya,tapi berseronok,gurau senda,main mercun dengan kawan2 sehari tu.
Kalau dulu ayahlah yang jadi tukang hidang angkat kuih,air dari dapur (sambil2 intai dan tengok anak2 dara tuan rumah kat dapur).
Sekarang dah ada "gap" sebanyak 2 generasi.Terasa dah semakin tua ayah ni..hehehe..
Masa inilah digunakan untyuk bersembang panjang dan bertanya khabar kawan2 yang dah bekerja dan merantau.Begitu juga orang kampung yang bertanya khabar kat kita yang jarang berjumpa kat kampung nih...
Pendek kata memang menyeronokkan walaupun agak meletihkan......yang pasti malam tu ayah masuk tidur lebih cepat dari biasa....
Haziq pulak,banyak benda baru yang dilalui hari tu....naik turun tangga rumah kayu,ayam, itik,angsa di belakang rumah,petik dan makan buah ceri, dll..cuma kawan sebaya tak ada....
Ayah pulak jenuh explain kehidupan ayah bermain kat kebun,memancing dalam kebun,tangkap ikan laga dll.Walaupun sekarang kebanyakan kebun kelapa dah jadi kebun sawit.

Nota;
1-Nama jalan/lorong utama Kg.Tebuk Kenchong ialah Lorong Karimun,Haziq dah hafal nama lorong ni.Tapi bukan nama adik beradik atau kerabat ayah tau....!!!..
2-Jam antik tu masih lagi berfungsi sejak 1978..?!! Masa tu ayah tumpang tengok cerita "COMBAT" Vic Morrow- kat rumah ni selepas mengaji Quran.TV cuma ada 2 color jer..hitam dan putih....hehe..
3-Raya ke-3,giliran bara'an kaum hawa lak...Mama wakil rumah embah ikut pusing satu kampung buat pertama kalinyer merasai sendiri bara'an tu...
Ayah pulak jaga rumah siapkan hidangan dan minuman.Ayah buat air kelapa pure 100% + laici.Jenuh jugak nak memotong kelapa muda dan mengorek isi kelapa muda tu...Giliran Nana ngan Sofia lak naik motor ngan Mama....dah lama mama tak naik motor sendiri...boleh lagi ker....!??

...(Ayah)....







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net