Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Sep-2008 16:30 Email | Share | Bookmark
Kelas memasak lemang (praktikal) @ Kg Gajah.

Sediakan buluh lemang.
Gulung daun pisang.
Masukkan dalam buluh.
Gaul beras pulut dan santan
Masukkan beras dan santan.
Beras=3/4 sahaja.
Bakar....!!
Sentiasa pusingkan buluh.
Ada ketika kena lap ngan tuala basah.
Jaga API..!!!
Baki bara bakar talapia...
Anak buah si-Nasir yang mempunyai pengalaman menjual lemang di TTDI setiap tahun,kali ini balik kampung,tak berniaga.Peluang ini digunakan oleh kerabat2 yang lain untuk membuat lemang kat kampung pulak.Kebetulan tahun ini semua adik-beradik berkumpul di Kg Gajah menyambut raya dan buat kenduri doa selamat.
Mama yang tak pernah berpeluang tengok orang buat lemang,mengambil kesempatan belajar macamana nak menyediakan lemang.Lagi2 lah ayah ni dah memang "hantu" lemang....!
Bahan2 nyer hari tu.
1)Buluh lemang x 20 batang-dalam 2 kali panjang.
2)Daun pisang.
3)Beras pulut-Made in Siam,5kg satu paket.
4)Santan-anggaran 3 kg.
5)Buah keras-di blender(segenggam).
6)Air gula dan garam secukup rasa...

Cara2 penyediaan.
Buluh dibasuh dan digosok sebelah dalamnyer.(hari tu Chef guna bulu ayam plastik...!!)
Gulung daun pisang menggunakan sepit buluh yang dibuat khas(Ini suma orang tau kot..?).Pastikan daun pisang tidak terbelah.
Sediakan beras pulut yang dibasuh bersih.Masukkan buah keras yang telah diblender,santan,air gula dan air garam kedalam pulut.(gaul rata).Ada orang yang masukkan dulu pulut dalam buluh,kemudian baru masukkan santan.Tapi Chef kali ni gaulkan semua bahan sebelum masukkan dalam buluh...
Masukkan pulut 3/4 bahagian dan bagi ruang 1/4 bahagian untuk pulut tu mengembang bila masak nanti.(Tuangkan lagi santan padan 1/4 bahagian tadi).
Bara yang telah disediakan oleh ayah tadi di letakkan 1 kaki dari batang buluh yang dah berisi pulut dan santan tadi.Pastikan hanya bara sahaja yang diletak berhampiran utk memastikan lemang tidak hangus.
Pusingkan posisi lemang setiap 10 minit.Kalau ada lebih dari seorang pekerja,pastikan sentiasa memusingkan buluh lemang 90 darjah mengikut arah jam.(kalau idak nanti ada lemang yang hangus sebelah kerana area yang sama je kena bara api).
Untuk mengelakkan buluh rentung dan pecah,sentiasalah mengelap buluh yang sedang dipanaskan mengunakan tuala berair.Ini utk mengelakkan buluh kehilangan lembapan yang berterusan.Lemang yang dah masak juga akan kelihatan cantik......(Maknanyer....kalau buluh lemang tu ada coklat kesan terbakar...penjaganyer tak rajin dan lemang akan keras dan hangit.....! )
Sentiasa menambah santan kedalam buluh lemang yang sedang dibakar sekiranya air santan mengelegak dan tertumpah keluar dari mulut buluh.(Tapi kali ni hanya beberapa kali Chef tambah santan dalam buluh lemang).Sekiranyer santan dah pekat dan berminyak,itu tanda2 lemang nak masak.Perlahankan api dan terus bakar sehingga santan kering.
Lebih kurang ngam2 sebelum berbuka yang terakhir Ramadhan tu,lemang pun siap masak setelah 2.30 jam mengharung bahang panas bara...
Hasilnyer.......Sangat sedap dan lembut...!Tak ada satu lemang pun yang hangus....
Maghrib tu kami tenyeh ngan rendang paru dan limpa.....rasa tak nak berhenti.
Tapi sebab ayah ni senang kena "angin" kalau ter"over" makan....sabar jer ler...Lagi pun maghrib tu kami berbuka dengan Ikan Talapia bakar.....tak muat perut nak makan semua..
Esok pagi boleh makan lagi...hehehe..
Kalau marvelous macam ni punya lemang,kami mencadangkan tahun depan Chef Nasir jual lemang kat depan rumah.........(kalau berjual kat TTDI lagi,alamat tak balik kampung beraya pulak...)

...(Ayah).....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net