Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Sep-2008 16:00 Email | Share | Bookmark
Rendang Kicap Syawal.

Daging diperap kicap manis
Bawang besar.
100% Santan Segar..
Cili kering.
Masak Daging + Santan Segar
Goreng hirisan bawang besar
Goreng hirisan cili kering
Yang terakhir dimasukkan.
Sedia utk di baham...!
Selepas sahur mama keluarkan daging yang dibeli semalam dari freezer.Mama pulak masih kerja hari ni.Dalam pukul 10 pagi,bermulalah operasi memotong daging bersama Ayong dan di akhiri dengan "gangguan" dari Haziq dan Nana,bila masing2 nak "tolong" potong daging.
Selesai memotong daging,ayah perapkan daging dengan kicap manis utk mama.Pukul 12 tghari,mama balik dari ofis.."half-day"....katanyer.....Selepas itu tugas utama di galas oleh mama dan anak2.
Hari ni mama nak masak daging kicap,kerana "request" oleh anak saudara (Nuha), yang teringat2 daging masak kicap yang mama buat raya tahun lepas..!???
Tak sangka lak mama ni "hebat" masak sampai orang lain teringat2 masakan mama....hehe..
Ini resepi utk anak2 kalau terasa nak makan nanti...(buat sendiri lar...!!!)
Tapi bahan2 kali ni banyak sebab nak bawak ke 2 kampung (Parit 6,Sg Besar dan Kg. Gajah) sempena raya ni.Kalau nak buat sikit2..pandai2 la "ejas" kuantiti nyer yer...?i

Bahan2.
1-Daging Lembu Segar-(4 kilo).
2-Bawang Besar-(2kilo).
3-Cili Kering-(2 genggam).
4-Kicap Manis Cap Udang-(1/2 botol besar).
5-Pior Santan Segar-(3 kg).
6-Hirisan halia-(2 ketul ibu jari).
7-Bunga lawang,kayu manis,garam secukup rasa.

Cara memasak.
a)Daging dipotong kecil2 (lebih kurang sebesar pen x 1 inci).Kemudian masukkan kicap manis ke dalam bekas daging untuk diperap.(lebih kurang 1 jam).
b)Hiris bawang halus2 untuk digoreng.
c)Gunting cili kering halus2 dan di goreng.
d)Masukkan daging yang diperap tadi kedalam kuali dan masak.Selepas lembut,masukkan santan segar tadi kedalam kuali dan teruskan memasak sehingga santan tadi mengeluarkan minyak.Masukkan juga hirisan halia tadi.
e)Masukkan bunga lawang,kayu manis dan garam secukup rasa.
f)Bila daging dah agak kering,masukkan gorengan bawang dan hirisan cili tadi,dan gaul rata.
SIAP.......!!!! dah....!

Nota;
1-Daging dihiris agak kecil dan halus dari biasa kerana senang nak ditenyehkan kat ketupat atau lemang..tak ler besar sangat.Mama kata senang cubit...!Tapi trick yang lagi satu....oleh kerana sedap,tak la cepat habis nanti....huhuhu...
Bila ayah tanya mama.."apa nama resepi mama ni ma..?"....
Mama kata..."ayah lah letak nama resepi ni...!"....hehehe,......
2-Sampai kampung,Kak Ros Langkawi pulak mintak resepi ni....dan ternyata rendang daging masak kicap mama yang habis dulu berbanding ngan rendang dll.

...(Ayah)...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net