Want your
own Fotopage?







 
Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Sep-2008 13:00 Email | Share | Bookmark
Scholl-Kasut Raya Mama.

Display Shoe
Kotak2 kasut.
Try,cuba & test.
Tak banyak pilihan.
Kempen "Hijau" Scholl
Haziq nak jam digital..!
New Arrival...!
Maxis booth
Pilihan Mama..
"Ayah...bonus mama dah masuk..!,Jom kita g Giants S13,beli kasut Scholl.."? kata mama.(Bonus dr gomen)
Rehat tengahari kami pun pergi Giants.Try 2 - 3 pasang kasut,terus mama beli.Proses yang memakan masa tak sampai 10 minit..?
"Sekejapnyer mama pilih kasut..?" ayah tanya,sebab biasanye kalau nak beli barang,tentu kena pusing satu Giants baru jumpa...
"Mama try mana kasut yang sedap pakai,terus pilih.....fesyen2 dah jadi no2.." jawab mama.
Sememangnya kedai tu lebih kecil dari kedai Bata.Koleksi pun tak banyak pilihan,tapi "comfortable" bila pakai kasut atau sandal jadi pilihan mama utk pilih Scholl kerana nak pakai hari2.Sandal mama sebelum ni pun Scholl jugak.Dah lebih 1 tahun,gasak pakai hari2 pun masih OK lagi.Cuma color dah blurr sikit.Nanti mama nak KIWI sandal tu.Kalau sandal atau kasut lain,tentu dah barai tumit atau "kulit" nyer.Oleh kerana ada kempen "Selamatkan Bumi",Scholl offer nak gantikan kotak kasut tu dengan beg recycle kain.Mama pun tak nak kotak tu dan dapatlah beg shopping kain sebagai ganti.Mama pun ada simpan kotak kasut yang beli tahun lepas.Dia kata boleh bawak ke kedai dan alan diganti dengan voucher RM 10-sah utk 3 bulan.
"Boleh guna bawak buku tuisyen tahun depan"..kata mama kat Nana.
Mama suruh ayah pilih kasut baru sepasang.Bukan lah terdesak nak bergaya ngan kasut baru,tapi mama kata tak syok beli uk mama jer...Ayah pun dah berkenan dengan bentuk kasut kulit tu...ringan betul,tapi bila selak tang harga..terus tak jadi nak beli.Kasut kulit biasa RM 239++,rasa tak sampai hati nak letak RM 200++ bawah kaki.Kasut kulit Clark masa sales ari tu pun cuma RM99 jer....??!(Ayah pernah beli sekali kasut Scholl...sedap giler,tapi tapak dah ganti...maklumlah ayah ni berat,tapak ori cepat haus.)
Nantilah kalau ada duit "terpijak",ayah akan beli kasut Scholl tu.
Haziq masih lagi nak jam tangan digital.Ayah dah janji nak belikan semasa dia bersunat nanti.Tak ler mahal jam tu..RM 10 seutas boleh dapat. Tapi dia nak hadiah tu masa dia sunat nanti.Duit "puasa" ni ayah tak dapat "tangkap" lagi idea dia,nak beli apa?...Ayah tengok jer lah nanti kalau dia dapat duit tu,apa barang yang dia nak beli...hehe......

Nota;
Dapat email dari bos dalam pukul 4.30pm....
"Tokeh Company setuju utk memberikan "Duit Raya" kepada semua pekerja sebanyak 25% dari basic salary yang dimasukkan dalam slip gaji bulan Sept.".........dari director.
Alhamdulillah,ada masyuk jugak tengah2 tenat ni nak beraya. Harap2 ada Bonus hujung tahun ni yang akan menyusul nanti.....

...(Ayah)...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net