Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 21-Sep-2008 18:30 Email | Share | Bookmark
Jualan Aidilfitri @ Kompleks PKNS

Hujung minggu ramai orang.
Butik Acik Jun"CitraMaju"
Hiasan dalaman kompleks
Meriah..
Ada improvement...
Bulan Posa..lapang ler..
Promosi Bubble Gummers
Haziq nak serunding.!
Boring2 hujung minggu,saja menambahkan kesesakan kat dalam Kompleks PKNS tu,kitaorang g sana.Cume seronok tengok orang shopping dan menjual.
Teringat ayah menjual baju kat level bawah sepanjang bulan puasa,jaga gerai Acik Jun.Memanglah agak membosankan menjaga gerai dari 9pagi sampai 9 malam,terutamanya pada awal bulan puasa-ramai yang "window shopping" jer,dan semakin ramai pengunjung pada 2 minggu terakhir.Tapi banyak pengalaman yang ayah dapat.Kadang2 boleh tengok selebriti secara live datang shopping.Antara yang "top" ialah Ziana Zain,Jamal Abdillah,Jasmin-Pelakon,Jamal Jamalludin-Sinar FM.

Tak selesa nak shopping kat sini kerana gerai yang kecik,ruang antara kedai utk berjalan juga sempit.Nak lepas 100 meter mengambil masa 20 minit bersesak-sesak.
Kompleks PKNS memang terkenal dengan kain baju,sampai orang jauh dari Seremban pun turun kesini cari baju...!?
Petang tu kami hanya beli serunding daging (100gm=RM 6) jer..Itupun utk Haziq.(kesedapan masa makan utk berbuka posa-makan ngan nasi jer).
Tahun ni mungkin ada "jualan runtuh" malam raya kut..?Pasal orang akan balik awal ke kampung kerana cuti panjang .??Tapi tak pernah pun beli.Kalau nak beli pun kita akan beli kat Pekan Sg Besar-traffic jam di seluruh pekan bila orang bandar balik kampung beli "borong" kuih muih....disamping shopping last minute.
Kuih mama tak nak beli kat sini.Mama dah order kat orang yang biasa amik kuih tiap2 tahun.

...(Ayah)...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net