Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 20-Sep-2008 22:30 Email | Share | Bookmark
Pelita dan aktiviti weekend-Ramadhan.

Muffin dari kelas memasak mama
Pasang pelita lepas berbuka.
Seronok tengok api pelita...
Langsir raya tahun ni...
Single pelita
Double Pelita under bamboo tree
Isi duit raya.
Bendahari Family.
Awal pagi lagi mama dah ke UiTM,ada kelas memasak (muffin/biskut) anjuran Puspanita Selangor.Selepas Zuhor baru mama balik.Kali ni kelas membuat muffin dan decoration.Mama keletihan kerana dari pukul 9 pagi sampai 2 petang,tak duduk2 lagi.Kat kelas pun tak ada kerusi,maklumlah nak memasak praktikal...bukan nyer setakat amik resepi jer.Foto muffin tu semua hasil kerja mama......Lepas ni tak de masalah lah kalau ayah terasa nak makan muffin...hehe...
(Nota;Mama tertinggal apron yang ayah beli kat Jepun dulu dengan buku nota resepi sekali.Ayah kata sedekah jer lah kat student UiTM....."Mama nak amik jugak.Pasal apron tu hadiah ayah utk mama"..katanya).
Sebelah petang ayah singgah ke kedai Hardware S9,nak beli minyak tanah.Plan nak pasang lampu pelita,kalau boleh dapat minyak nyer....Kebetulan ada 1 botol (3Liter) saja yang tinggal kat kedai tu.Harga RM 17.50 untuk 3 liter...!! Mak oii...mahalnyer mengalahkan minyak petrol...Pasal nak bagi pengalaman kat anak2,beli lah jugak.Lepas tu kita terus pergi ke TESCO Extra utk cari lampu pelita buloh.Yang besar RM 5.50/pcs,kecik RM 4.90/pcs.Oleh kerana harga minyak mahal...tak berbaloi nak beli banyak2 lampu pelita tu.Ayah kata kalau nak pelita lagi BESAR.....bleh lah singah kat PELITA NASI KANDAR,sebelah pintu masuk TESCO EXTRA tu...!!!hehehe
Ayah belikan 2 besar dan 2 kecil.Rasanyer lebih jimat kalau beli mentol warna warni dan pasang sepanjang malam.....Cuma tak "grand" la...kalau nak bagi pengalaman anak2 pasang lampu pelita minyak tanah.Bila dah pasang,macam tak pernah nampak lampu pelita minyak tanah............!
Selepas tu mama pulak nak pasang langsir.Ayah kata terlalu awal nak pasang langsir untuk raya.Mama kata nanti tak sempat pasang kerana dah dekat raya lagi sibuk...banyak benda nak buat lagi..Anak2 yang tolong pasang dan tolong kacau mama pasang langsir.
Ada 10 hari lagi nak puasa sebelum raya......
Tahun ni tak banyak dapat sampul raya......!? Isi dulu mana sampul yang ada.

Nota; Anak jiran dah start main bungapi dan mercun.Haziq dah tanya,bila nak beli bungapi.Tahun ni tak terdedah kepada penjual bungapi dan mercun kat tempat kerja.Tahun lepas budak2 production ada jual.2 tahun lepas pun kami dapat bekalan bungapi dari staff MBPJ....(tengah malam ambik bekalan..!),so tak de masalah nak dapatkan stock.
Tahun ni Kastam banyak buat rampasan...so tak de bekalan kut..? Utk menghilangkan ke "boring"an budak2...itulah sebabnyer ayah belikan pelita ni.Tapi bunyi mercun diluar pagar lebih menarik dari cahaya pelita ni...!Pelita ayah kalah......hehe.

...(Ayah)...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net