Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Mar-2008 08:00 Email | Share | Bookmark
Hijrah bekerja tempat baru-EP Polymers Sdn. Bhd.

EPMB Groups.
Pintu Utama.
Alkisah semasa berhenti dari Peps-JV dulu,En Nizam-Director dah bagi "WARNING",dia bagi masa 3 bulan jer bekerja kat RPI.Lepas tu mesti cari kerja lain.Tepat 3 bulan kat RPI,pada 31 Januari 2008,dia buat call menagih janji.Dia pun ada pelawa ayah utk join EP Polymers kat Glenmarie yang buat IAFM-(Intake Air Fuel Module) utk enjin Campro Proton.Masa kat Peps dulu,tak de sapa pun yang sanggup nak join EP kerana banyak masalah.Nampak gayanyer,En Nizam dah take over management kat sini,sebab tu lah dia offer ayah join sini.Selepas sesi visit & interview dengan Mr. Leong,dan ayah pun setuju,akhirnya ayah mendaftar kat EPP.Kalau nak dibandingkan dengan 5 tahun lepas,memang tempat ofis ni lapang kerana banyak operasi dah pindah ke Batangkali.
Kebetulan,hari yang ketiga ayah bekerja,terserempaklah dengan Mr.Haldun-COO,Dia siap tanya..."What are you doing here..>??".
Dia tak tau yang ayah join balik EPMB group.Dulu masa nak berenti dari Peps,dia mati2 tak bagi ayah berhenti,sampai sanggup suruh ayah bercuti sebulan ,pas tu datang balik kerja.Punyalah mengharap kat ayah.Ayah pulak,lepas tender,buat selamber dek je terus tak datang kerja.Mr Haldun ingat ayah bercuti.......sampai tak caya bila HR kata ayah dah berenti.
Mungkin kat sini tak pening kepala sangat berbanding dengan Peps..........Banyak produk,ramai customer lak dari Proton,Perodua,TRW.....Ada 20 engineer pun macam tak cukup....hehehe....Biarlah jadi lipatan sejarah jer kisah Peps tu.
Kat EP hanya ada IAFM dan Fuel Rail jer..Customer pun hanya Proton sorang jer...Senang nak handle..
Walaupun bermula agak "tough" kerana team2 lama (yang dah berhenti beramai2) tak buat kerja depa.Jadilah kita ni "punch beg" bila customer melepaskan geram.......!Maklumlah dari tahun lepas,banyak isu2 tak setel2 lagi.Lebih 6 bulan tu..?Mana customer tak berang...!
Lokasi;Glenmarie.Tak berapa jauh dari rumah.Kalu direct dari rumah dalam 15 minit.Route biasa,hantar anak2 ke sekolah dan terus ke ofis mengambil masa 40 minit jer.(Laluan yang sama.)
Masalah: Tak ada masalah besar,cuma tak ramai kawan macam kat Peps.Kat sini ayah jadi org "tua".Makan tengahari pun solo jer...dah tu masing2 tak berapa peramah...
Tapi bagusnyer boleh/sempat "dating" ngan mama waktu lunch..hehe....

...(Ayah).......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net