Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 14-Sep-2008 17:45 Email | Share | Bookmark
Balik kampung-berbuka puasa @ rumah Embah.

Belajar menyeberang titi
Bersama "Hero" kampung..FAWAS.
Main basikal..?sampai seluar hitam
Pisang Embah...(pisang awak)
Jantung Pisang Embah.
Pucuk pisang Embah..
Pucuk Ubi Embah...
Bulan depan boleh tebang ni....
Minggu pertengahan bulan Ramadhan balik kampung kerana Ayong pun dapat balik pilihan.Kalau naik bas ke Klang,jenuhlah mama atau ayah nak jemput kat stesyen bas Klang tu bulan2 puasa macam ni.Dengan orang berpusu2 balik awal dan keadaan jalan yang "jem" kerana jalan tgh. repair di tengah bandar Klang.Lebih baik pesan kat Wak Ni suruh ambik dan kitaorang balik kampung awal.Dapat jugak temankan embah buka posa kat rumah.
Asal balik kampung jer,yang "kecoh" ialah anak2.Walaupun masing2 tengah puasa (kecuali Sofia),acara naik basikal,memanjat pokok dan lain2 tetap berjalan seperti biasa.
Selagi ada basikal...naik.....Haziq dengan bangganyer menunjukkan dia dah boleh naik basikal yang lebih besar dari basikal merah dia kat rumah.Ada makna tu bagitau ayah......
Petang tu kami berbuka dengan pucuk ubi rebus dengan kuah sambal pecal.....terliur...?
Kat sawah baru jer 1st round bajak-lecak,so kali ni budak2 tak de menyasap ke tengah bendang.Tak ada aktiviti menarik berlaku.Dan seperti biasa,selepas menghantar Ayong balik semula ke asrama petang tu, selesai berbuka jer kita balik Shah Alam.Ayah offer sapa2 nak makan sate...?Suma menjawab "Nak...!!!",Tapi baru sampai Sekinchan,suma dah pakat tidur dalam keta.Keletihan "over acting" masa siang tadi kat rumah embah.Walaupun dah tidur,ayah belikan juga sate tu untuk sahur pagi nanti......
Pekan Sungai Besar mula sibuk sempena Ramadhan kerana terkenal dengan lokasi shopping utk kain dan pakaian.Yang Yang,Ekonomi,Aked Man dan lain2 memang sinomim utk membeli belah.Orang Sg Besar tumpang bangga kerana orang2 Lembah Klang kenal dimana letak nyer pekan tu.Tak la sakit hati macam berciter kat orang Jepun yang tak tau kat mana Malaysia.Singapore,Penang depa tau lak...??!!.Sakit hati pun ada.
Masih ingat lagi masa tu ada makcik Jepun ni tanya."Kat Malaysia ada shopping kompleks tak.?"Ada..." ayah jawab.
Lepas tu dia kata,"Tapi shopping kompleks kat Malaysia tak ada elevator kan..?"..tanya tanda tak puas hati...
Ayah kata"Iya..memang tak ada elevator...,pasal semua shopping kompleks atas pokok..kena panjat..!!" jawab ayah geram......
Mungkin depa pikir kita ni duk atas pokok lagi kut...???!!.....Memang katak bawah tempurung betul depa ni.......

Nota;Kami akan perkenalkan lokasi sate (Tg.Karang) yang sedap menyaingi Sate Samuri Kajang.Nanti kami dapatkan lebih info dan foto nyer..

...(Ayah)....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net