Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Sep-2008 15:24 Email | Share | Bookmark
Dragon Fruits kat Kapar...

Sign board baru naik(Jln Kapar-K.Sgor)
Gerai tepi jalan hadapan ladang....
Ini yang terbaik,besar dan cantik
RM5/kilo dan RM6/kilo
Beli sikit..
Markisa pun ada..!
Ladang tepi jalan.
Hari ni sakit perut,pening rasa nak demam kerana sembelit.Tak terasa nak ke toilet pun...!.Ada 2 buah yang sesuai dan senang melawaskan perut.Betik dan Dragon Fruits.Lepas Zuhor kami semua pergi ker ladang Dragon Fruits kat Kapar utk beli buah tu.Kami selalu jugak singgah beli kalau dalam perjalanan balik kampung.
2 tahun lepas,harga yang dijual disini mencecah RM8/kilo.Tapi sekarang dah turun kepada RM 6/kilo utk grade yang terbaik.Mungkin kerana tokeh tu dah pulang modal kut atau dah semakin ramai orang tanam pokok buah ni,harga pun dah menurun.
Buah Dragon Fruits di gred kan kepada 3 gred.Yang terbaik,buahnya bersaiz besar dan berkulit licin bersih,nampak macam kulitnyer nipis jer,warna agak merah gelap sikit dibanding ngan gred lain.
Gred pertengahan,buahnyer besar dan berkulit tidak licin,nampak lebih tebal kulitnyer.Ada kala buah gred pertama yang dah lecuh kulitnyer di masukkan dalam gred ini.Hanya "appearance" sahaja yang tak cantik.Isi tetap sama.Ayah suka beli yang macam tu.
Gred ke 3,buahnyer agak kecik dan kadangkala kulitnya ada kecacatan.Warna kulit adakalanyer pucat sikit.
Kami selalu juga beli buah ni kat pasar tani,tapi tak semanis yang dijual disini.Mungkin pembajaan yang sempurna dan lengkap menghasilkan buah yang lebih manis.
Mama kalau makan buah ni,memang ubat pelawas.Keluar sebiji2.Tapi ayah tak la pulak macam tu,berbanding dengan betik yang lebih lancar...!!
Pertama kali dijual kat situ buah markisa@buah susu.Mungkin hasil percubaan tanaman pertama kut?
Lokasi:Lebih kurang 5km selepas pekan Kapar menuju arah ke Kuala Selangor sebelah kiri dibawah pencawang TNB.Kat situ juga selalu polis membuat "roadblock"...
Selamat mencuba.

...(Ayah)...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net