Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Oct-2007 10:00 Email | Share | Bookmark
Laman ku - sepanjang 2007.

7 warna
Pokok Opah.
Made in Siam.
Laman-dari hadapan
Cantik dan Wangi!!
Kucing jiran bermain
Pokok limau kasturi
Mayang pinang merah-lebah kutip madu.
Meja berehat petang/pagi
aloe Vera Kuroda bagi.
Bunga Jasmin-wangi jugak.
Meja sebelah mini pool
3 tunas dan mula panjang berjuntai
Gantung tanduk rusa kat pokok cempaka.
Tunas daun baru....
Keladi dalam buyong..
Lepak baca paper di hujung minggu.
Tahun ni ayah kurang masa nak bela pokok,jadi ayah decide nak tanam dan bela pokok yang senang dibela jer..Tak bersiram 2 hari pun OK.Semua poko ayah susun untuk dirimbunkan sehingga tinggi menjulang atau sampai genting rumah.Bolehlah rasa kesejukan dan nyaman waktu petang.
Pokok2 yang berbunga hanya perlu trim jer,Cukup baja dan cahaya,pasti akan "bloom" berbunga.Pokok yang berbau wangi bunganya ayah jalarkan ke pokok bunga kertas dan pokok cempaka.Tanduk rusa semuanyer gantung kat pokok cempaka,kecuali yang besar.Dengan 3 tunas,daun nyer terjulur panjang ke bawah.Tak lama lagi dia boleh memanjang ke bawah/tanah.
Bunga kertas SIAM,ayah beli kat Tg Tualang yang bertanahkan sabut jer.Ringan jer.Tapi yang kat sini ayah dah pindahkan ke pasu besar dengan tanah.Agak lembab nak berbunga walaupun selalu bagi baja.
Pokok limau kasturi akan berbunga da berbuah bila mendapat cahaya yang mencukupi.Oleh kerana pokok makin merimbun,terpaksa letakkan dia atas tembok untuk mendapat cahaya yang secukupnya.
Mayang pinang merah yang pertama2 kali berbunga,mengeluarkan bau yang harum.Sampai lebah pun OT tengah malam utk mengutip madunyer.
Bunga Santalia dan bunga Jasmin sangat menarik perhatian bila berbunga.Aktiviti menghirup bau bunga selalunyer dibuat tengah malam kerana masa tu angin tak bertiup.Kadang2 waktu pagi2 kalau hujung minggu.
Meja lepak kat tengah laman menjadi perhatian jiran2 bila kita duduk kat situ.Ayah pun rasa tak selesa kalau ada mata yang terpandang2 ayah dan mama "buat aktiviti" kat situ,minum kopi,makan kuih,baca paper,sembang2 dan lain2.Ayah rancang nak buat pagar dari papan nanti.
Melihat kelopak daun tanduk rusa keluar sangat menyeronokkan,dengan hijau daun pisang akan menutup daun yang dah kering.
Pokok Opah yang dikahwinkan dari perbagai jenis dan warna telah patah dahan nyer ditimpa dahan mangga semasa angin kuat. sejak tu belum lagi berbunga.Mungkin tinggal 2 warna jer lagi dari 5 warna.

...(Ayah).....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net