Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Oct-2007 10:30 Email | Share | Bookmark
Pagar Kayu Rumah.

Buang pagar jiran-En Tajul
Susun,pastikan kayu cukup.
Screw jer...
Tepi dah siap,depan lak...
Ulang lagi sekali utk depan.
Hon "Bai Roti",ganti loceng!
Dah siap...!
Termasuk Peti TNB & Tong Sampah.
En Tajul ganti pagar sempadaan bila dia buat renovation dulu,tapi dah melandut kerana anak2 bersandar kat situ.Lagipun gate depan ayah dah banyak patah pasal ada yang bergayut,....!Lepas tu kami suka lepak luar duduk kat meja kayu kat laman tu minum petang atau sarapan pagi.Jiran2 pulak boleh nampak...segan la pulak.
Pokok bunga kertas pun dh besar dan bunga nyer selalu ter"eksport" ke rumah jiran.
Solution nyer,kami but pagar kayu dan gate sekali.
Orang yang di tugaskan ialah Azaham-engineer kat tempat kerja lama.Oleh kerana pada masa yang sama dia ada projek kat Tropicana buat banglow,so lambat sikit dia siapkan,mengambil masa lebih sebulan.Sebelum puasa sebut harga,sampai minggu kedua hariraya baru siap.
Kayu yang dicadangkan ialah "Kayu Balau",gred selepas cengal.Biar mahal sikit asal tahan lama.Varnish pun ayah pilih yang natural supaya boleh nampak urat kayu tu..
Baki2 kayu,kita pasang kat Tong Sampah dan Peti Meter TNB.Itu pun masih ada baki sikit ayah simpan.
Oleh kerana agak rapat dan tak nampak kalau sekali pandang (antara kayu hanya ada 1 inci jer).,ayah sedia kan "loceng" pagar yang lebih praktik.Ayah beli "hon roti" jer.....Adalah kelainan dari biasa.Sebab ayah selalu dengar jiran mengeluh pasal loceng pagar letrik cepat rosak dan bunyi yang menyengat telinga.Jiran2 agak was2 nak picit hon tu....!!?tapi lama kelamaan depa dah biasa.Jangan pulak ada yang ikut pakai hon roti ni,kang jadi lorong roti lah pulak.Nasib baik ayah tak letak "gong" kat luar,pasal nanti kena songlap la pulak....Hon roti,,>>?! sapa nak curi..??kecuali bai roti yang kerosakan hon nyer,...hehehe...

...(Ayah)...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net