Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 31-Aug-2008 10:00 Email | Share | Bookmark
Laman ku - sepanjang 2008.

Periuk kera from Cameron Highlands
Tanduk rusa terbesar dan terpanjang
Rumah lampu "Japan" baru
Pokok duit-Holland
Periuk kera...
2 tone warna bunga
Pucuk Tanduk Rusa baru keluar..
Pokok bougeinvilla belakang rumah-baru masuk pasu.
Berbunga lebat lagi..
Pokok Mangga,Cempaka dan Bunga Kertas.
Tanduk Rusa Holland di pokok cempaka
Pohon Buloh dah banyak anak.
Spesis kegemaran ayah..
Jumpa di Pasar Asnaf S3
Lingkaran ranting-bunga kertas
Rimbun-dari luar.
Kelopak daun baru..tanduk rusa
Pokok cempaka+tanduk rusa..
Buloh dalam pasu
Spora tanduk rusa.
Ucu nyer pokok - baru bunga
Aloe Vera-Kuroda bagi.
Tanam Keladi dalam buyong.
Bunga kertas putih-dari dalam.
Lingkaran selepas 2 tahun....
Kadangkala ada bunga telipok...
Rebung baru tumbuh...
Tahun ni tak banyak bunga baru kerana laman dah penuh sangat.Ada yang dapat kurang cahaya matahari kerana masing2 dah merimbun.Kat taman ni ada 2-3 rumah jer yang pokoknyer merimbun.Yang lain tu pun pasal corner lot.Rumah kita intermediate lot (22' x 75')jer.Bayangkanlah macamana rimbun nyer.
Hanya beli bunga periuk kera yang boleh digantung dan tak perlukan cahaya 100%.Jadi,kami ada 2 pasu periuk kera yang berlainan jenis dan special spesis.
Tanduk rusa dan berjuntai hampir mencecah tanah.(Tahun lepas dalam 1 meter panjang jer).Adalah dalam 2 meter lebih.Tunas pun dari 3 (tahun lepas) dah jadi 5 sekarang.Petua...?!Kami bagi "makan" buah2an yang tak termakan,busuk dan kulit sekali.Biasanyer kami sumbatkan pisang,dragon fruits,mangga,jambu dan betik dalam pelepah pokok tu.Tapi tupai selalu buat kacau,dia pun nak makan jugak........
2 pokok bunga kertas yang ditanam dibelakang rumah,ayah dah cabut dan tanam dalam pasu.Ini kerana terlalu rimbun dan menghalang matahari atas jemuran dan pokok2 serai,kunyit kurang besar.Oleh kerana kat depan dah tak de ruang,ayah letak kat belakang jer.Cuma kena rajin trim lepas ni.Kalau dah dalam pasu,tumbesaran nyer lambat,tak la susah nak trim nanti.
Pokok buloh beli tahun lepas pun dah besar dengan batang baru.
Pokok cempaka pun dah menjulang setinggi rumah.Kat situ ayah gantung kan semua pokok2 tanduk rusa supaya nampak lapang sikit.Pokok bunga kertas kat luar pun dah menjalar diatas pokok mangga.Dapat idea dari jiran jugak,cuma kena rajinlah menyapu bunga2 yang gugur nanti.
Pokok mangga pulak,kalau ada baja baru nak berbunga dan berbuah.Mungkin tanah kat sini kurang elok.Sepatutnyer berbuah sepanjang tahun.Dah beberapa kali ayah potong dahan nyer pasal melindung matahari petang ke pokok2 yang lain.
Kalau waktu siang akan nampak bunga yang penuh warna warni,kalau malam pulak ayah pasang lampu kat pokok tu.Jiran2 berkenan kerana cantik macam dalam hutan waktu malam dan redup waktu siang tak payah pasang "awning".
Memang lah nampak pelik,sebab hanya rumah kita jer yang rimbun menghijau.Sebelum pasang pagar kayu dulu,jiran2 yang tak bekerja tu siap singgah menengok "mini belukar" kita orang.Tapi sekarang dah berpagar kayu,mungkin jiran2 segan nak jenguk2 macam dulu....

....(Ayah)...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net