Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Oct-2006 10:00 Email | Share | Bookmark
Laman ku - sepanjang 2006.

Burung pun boleh tumpang "mandi"
Air terjun buatan sendiri.
Batang pokok bunga kertas terbuang...
Wangi..dari kebuh durian @ Kg.Gajah
Bunga rumpai air dari kampung.
Himpunan "tanduk rusa" ayah...
Pokok teratai dalam tempayan.
Mini garden dalam akuarium.
Laman Utama.
Setelah beberapa bulan.
Bunga "creepers"?-wangi!
Kekwa mama.
Lebih dari 6 pokok tanduk rusa di lama rumah,tapi ada yang "terjatuh" kerana berat dan dawai berkarat.Sebahagian nyer kita bagi kepada sesapa yang berminat bila tengok pokok kitaorang.Semakin banyak kita bagi orang,semakin banyak tunas baru tumbuh.
Oleh kerana rumah kami jer yang "menghijau",banyaklah unggas2 singgah kesini.Antaranya burung,tupai,rama-rama,kelawar(waktu malam makan buah jambu) dan lebah menyedut madu bunga.Seronok bila dengar urung berkicau awal pagi.
Semasa hujan ribut melanda S7,banyak pokok yang tumbang.Ah So rumah hujung kena angin kuat dan menyebabkan pokok bunga kertas nyer tumbang.Kami perasan semasa lalu dihadapan rumahnyer.Kami pun tawarkan diri utk memotong dan mengemas pokok yang tumbang(dalam gerimis hujan),dengan erti kata lain,kami mintak pokok besar yang tumbang tu.Berat juga nak masukkan dalam Unser kitaorang.Bila dah dapat,segera petang tu kami ke Sg. Buloh mencari pasu besar.
Pokok bunga teratai hidup subur ketika tak banyak pokok besar dihalaman.Dia perlukan cahaya matahari penuh pagi sampai petang.Bila saingan dah ada utk dapatkan cahaya matahari,teratai semakin malas berbunga(warna merah).
Pada masa ni,kami hanya menumpukan pokok2 yang senang dibela sahaja kerana kesibukan bekerja.Kalau dulu kami banyak pokok okid,tapi tak terjaga dan lama2 tak berbunga.Berpuluh2 pasu kita pernah ada pokok okid pada satu2 masa.
Kami juga berhenti membela ikan hiasan dari toman ke kalui dan akhirnya ikan kelisa(silver arowana).Ikan mati kerana melompat keluar dari akuarium.Mungkin dia nampak cicak kat atas akuarium tu.Sebagai ganti,kami guna akuarium tu untuk buat "mini garden"
Dan akhir2 ni kami tanam bunga2 yang berbau harum.Pokok "creepers" yang berwarna merah putih ni sangat harum,terutama diwaktu malam ketika angin tiada.Begitu juga dengan bunga "kerak nasi" @ kesidang yang wangi macam bau pandan.
Seronok menunggu pokok ni besar dan ber"evolusi" melalui rakaman2 foto yang ada.....


...(Ayah)....







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net