Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Sep-2008 19:20 Email | Share | Bookmark
Hari pertama Ramadhan 08

Dah Azan dah yah.....??!
Semua nak rasa....hmmm..!
Si comel pun puasa ker..?
Haziq yang begitu excited bercerita pasal bulan puasa.Dia cuma nak ayah bagi RM1 setiap hari yang dia habiskan puasa hari tu.Ayah offer Haziq dan Nana RM3/hari dan walaupun mama nak offer tambahan RM3/hari,dia tak nak..Ayah tak pasti kenapa dia tak nak banyak2.Cukup RM1 jer sehari.Mungkin dai nak pegang dan belanja sendiri duit tu,ikut sukahati dia apa nak beli.Kalau banyak2 nanti ayah terus masukkan dalam akaun dia,so dia tak merasa nak berbelanja.OK lah...ayah pun setuju,nak raya nanti ayah bayar sebanyak yang dia puasa sepanjang Ramadhan ni.
Kebetulan hari pertama ialah cuti umum sempena kemerdekaan(ayah kerja untuk ganti cuti raya-jadi 9 hari cuti),maka kecoh la mama melayan si Haziq,Sofia dan Nana kat rumah.Masa ayah balik kerja dalam pukul 6 ptg,masing2 dah melepek berbaring tengok TV,kejap2 kedapur pulak.......Haziq dah plan dan siapkan list nak makan apa mula2 buka.Semua masuk dalam list dia.(Macamlah larat nak makan semua).Ayah dan mama tergelak jer tengok telatah diaorang ni.Oleh kerana tak tahan ngan ngomelan Haziq,mama suruh ayah bawak anak2 keluar sementara masuk waktu maghrib.Tak delah merayap ke dapur jer.Sofia pulak,makan depan abang tak de "censor" langsung.Haziq lak kata..."jangan tengok adik makan...jangan tengok...!!!"
Ayah bawak pergi bazar ramadhan kat belakang UNISEL tu,beli lagi...roti John ngan karipap sardin la pulak.So menu petang tu da bertambah...Tengoklah atas meja tu...dengan mangga,betik,kuih.....habis ker..?
Sebelum masuk tidur,semua makanan habis kecuali betik jer....
Waktu berbuka mungkin tak jadi masalah...cuma tunggulah masa bersahur..?Ada yang menangis kang kena kejutkan.So pukul 10malam,suma mesti masuk tidur......!!!!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN...


...(Ayah).....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net