Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 31-Aug-2008 08:30 Email | Share | Bookmark
Pasar Tani MEGA-Stadium Shah Alam

Barisan Jualan Sayur dan Ikan
Gerai ikan ni yang kami beli..org kampung.
Ikan dah nak habis....
Sayur 3 longgok,RM 5 sahaja.
Gerai air soya yang sedap....mesti beli.
Santan..berbaris kalau nak fresh..
Sup daging atau "gearbox".
Harakah & Siasah Corner
Gerai jualan kereta..meriahkan pasar.
Strolley pun boleh guna..
Pilih mangga madu...
Doraemon pun datang juga.
Mama dapat cabutan bertuah
Jasamu di Kenang...j/kuasa Pasar Tani Mega
Sesuatu yang menarik...?
Mesti singgah walaupun tak beli...!
Derma,Sedekah..?atau peminta sedekah.?
Gerai kek dan biskut..
Kenderaan yang sesuai dibawa.
Baru lalu satu lorong...dah nak penuh.
Digelar "Doktor Bedah" gerai ikan.
3 bakul=RM5 jer
Ulaman dan sayur kampung
Serbuk perencah kari,kurma,tom yam dll.
Pisang berangan.
Ada jualan bunga kering
Ini juga
Aksesori hiasan rumah
Ceramah percuma pun ada..
Dari sinar mata...masih segar!
Pasar Tani Mega anjuran FAMA dan gandingan "Booth Sale" oleh MBSA,memeriahkan tapak letak kenderaan di Stadium Shah Alam.
Pasar Tani Mega ni memang kunjungan mingguan kami kalau tak balik kampung untuk mencari ikan,daging,ayam dan sayuran segar.
Biasanyer kami akan datang seawal 7.30pagi.Waktu tu biasanyer parking agak mudah.Kalau terlewat..memanglah susah nak parking dan juga nak balik nanti.
1)Gerai pakcik ikan dari Sg.Besar menjadi menu utama.Kalau lewat akan dapat sisa2 ikan la...selain dari faktor orang kampung,memang ikan2 kat sini lebih segar.Kadang2 tu ada tawaran "IKAN ASTRO" dari pakcik tu (@macam2 ikan ada-ikan longgok).Ikan tu sebenarnya bercampur dalam bekas besar.Eg...Dalam peti ikan kembung,ada tersesat ikan "ayam-ayam" atau ikan2 yang tak leh terjual pasal tak cukup kuantiti.Bila dikumpul2 akan jadi jumlah yang banyak jenis berlainan.Sebab tu dinamakan "IKAN ASTRO".Dapatlah harga murah,atau selalunyer dapat FREE jer......
2)Gerai sayur 3 longgok=RM5.Gerai ni yang mula2 memperkenalkan jualah secara bakul.Senang kira,senang pilih dan senang bayar.Terutamanyer seperti kami ni yang prefer beli runcit sikit2,banyak jenis.Sekarang ni dah menular ke gerai lai gunakan konsep yang sama,pakai bakul.
3)Gerai santan segar kat sini baru jer beroperasi.Kalau masa gerai ni belum ada,kami akan singgah pasar awam S6 untuk beli santan segar.Kalau beli santan yang dah siap di bungkus kat Pasar Stadium tu,di khuatiri akan terbeli yang dah basi.
4)Gerai air Taufu.Kami suka beli kat sini kerana memang sedap,tak pahit,bersih dan murah.Tapi semenjak petrol naik harga ni,pakcik ni terpaksa naikkan harga air soya dari RM 2 kepada RM 3.Kalau biasa kami borong air soya,taufu fa,dan minum cawan =RM 5,sekarang kena bayar RM7.50..
5)Beli buah dan ulam-ulaman...terlalu banyak gerai buah kat sini.Terutamanyer kalau musim buah-buahan tempatan,ada promosi durian,manggis,rambutan,dukong dll.Tak ada gerai favourite kat sini.
6)Sementara menunggu mama beli sayur,ayah akan singgah kat gerai makcik jual pokok2 hiasan dan pokok sayuran,Kalau idak pun beli baja pokok atau baja bunga jer.....
Lepas tu balik lah.....,jarang singgah ke "booth sale" area kerana nak balik cepat beli sarapan utk anak2 yang di tinggal di rumah.Depa tengah tidur masa kami ke pasar tadi..
FAMA rajin buat promosi produk baru,promosi musim buah,dan sambutan Hari Ibu dll.
Kalau nasib baik,dapatlah rasa sample,dapat barangan percuma dan cabutan bertuah utk pelanggan setia...
Terimakasih buat abang Air Soya yang bagi tiket cabutan bertuah sempena promosi sambutan Hari Kemerdekaan oleh FAMA.Kami dapat beg ke pasar dan 1 lastik kayu.......jadilah.....

TQ

...(Ayah)...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net