Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Jun-2007 00:57 Email | Share | Bookmark
Bengkel ISO 9002 @ K.Kinabalu..

Peserta bengkel...satu ofis ni..?
Pening....!!?
Acara sampingan yg lebih menarik.
Peserta wanita.
Lepak kat lobi hotel..
Sewa satu MAS ker.?
Bengkel @training untuk ISO 9002 kali ke 2 ni lagi hebat.Ofis mama dapat pergi Kota Kinabalu.Naik kapalterbang tu......Kat swasta..manalah nak dapat menda macam tu.Setakat training jer dapat pergi "oversea"..?!!Ayah pernah juga dapat pergi Kuching utk "training+trip" hujung tahun semasa bekerja ngan Tamura,Sg Way dulu.
Orang yang bleh dihubungi kat sana ialah sahabat baik Sdr.Iskaharuddin.Dulu dia kerja SIRIM Shah Alam,lepas kahwin dia balik KK kerja SIRIM,Cawangan KK.Sekarang dia dah Free Lance buat konsultanISO dan bisnes transport utk PLKPN?....
Nyata si Iskahar pun terkejut bila mama datang KK atas tiket Bengkel ISO......Kami yang kat swasta ni tentulah rasa agak pelik dan janggal....sebab kat swasta ni suma kena kira.Bukan mudah nak pergi "oversea" semata2 nak training.
Apapun,buka selalu depa dapat peluang seperti tu.Dan mama shopping gelang crystal utk Tok Teh,Zida dan lain2.Sendiri nyer tak sempat nak beli.Dapatlah bawak balik cengkerang siput yang besar sekali tu.Nak beli satu set,tak cukup tangan nak mengangkut kang.....
Ayah pun nak plan pergi KK jugak kalau ada rezeki nanti,bawak satu family dan bawak "Atuk Kuroda" sekali.Dah lama dia pesan,kalau nak g jalan2,dia nak ikut.Setakat ni belum jumpa masa yang sesuai lagi.Mungkin pergi K Terengganu-Pulau Redang atau K.Kinabalu.Dah survey jugak ngan AirAsia.Ayah kena sediakan duit tambang dalam RM 1500.Belum termasuk hotel dan makan.Apatah lagi duit shopping.Tunggulah dapat bonus nanti.....
Anak2 pun kena score "A" semua kalau nak naik kapalterbang....Selamat mencuba anak2...

...(Ayah)... .




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net