Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Jul-2007 18:30 Email | Share | Bookmark
BON ODORI '07-Stadium Matsushita.

Kami di Stadium Matsushita utk BON ODORI
Anak2 dan Atuk Kuroda.
Anak2 dan Atuk Kuroda..
Atuk Kuroda mengajak ke Pesta BON ODORI tahun ni,setelah lebih 10 tahun tak pernah datang.Kali pertama dan terakhir semasa baru lepas kawin.Itupun kerana rumah sewa di Seksyen 24 tu dekat sangat ngan Stadium Matsushita.Malas nak masuk tiap tahun kerana aktiviti bermula bila nak senja@maghrib dan berakhir dalam pukul 9.00pm.10 tahun dulu tak ada khemah surau.So kita pergi lepas maghrib.Orang pun tak ramai,boleh parking dalam stadium lagi.
Kali ni masalah parking tak de,kerana Kuroda bleh tunjuk kad kuasa @ Kad Keahlian JC (Japanese Club),boleh masuk parking dalam premis Matsushita.Kalau tidak,kena parking luar,menapak sehingga 1 km dari stadium.
Banyak kelainan dan KAIZEN yang dah dibuat.
1)Khemah Surau Lelaki dan Perempuan yang luas,siap dengan pili utk amik air sembahyang.
2)Toilet bergerak yang banyak.
3)Gerai jualan yang banyak..meriah sikit....
Kalau masa mula2 BON DORI diperkenalkan di sini,hampir 100% pengunjungnya ialah orang Jepun sahaja.Lepas tu semakin ramai local yang join menari.So,sangatlah obvoius kalau ada local datang.Bila masa menari,Jepun2 sangat suka kalau kita boleh ikut rentak tarian depa.Kadang2 ada pemilihan penari"terbaik" selepas setiap lagu habis diputarkan dan di beri hadiah.Hadiah2 pulak lmasa tu lumayan.Boleh dapat TV besar,mesin basuh dan lain2 barangan elektrik sumbangan kilang2 yang ada kat Mesia ni.Sekarang dah tak ada dah merasa hadiah yang "grand2".
Semua mainan,makanan,aiskerim dan lain2 di "sponsor" oleh Atuk Kuroda pada malam tu.Selepas lagu terakhir dalam pukul 9.30 malam kita pun berangkat balik.
Pengunjung di anggarkan 10,000 orang pada malam tu oleh orang disekitar Lembah Kelang,Negeri Sembilan dan Melaka.Kata Kuroda,wilayah utara dianjurkan kat Penang.Tapi tak seramai kat Shah Alam.
Jumpa lagi pada tahun depan,kalau ada kelapangan....

...(Ayah).... .



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net