Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Aug-2008 09:00 Email | Share | Bookmark
Tangkap haruan & keli - kolam bendang Embah.

Kolam tempat memancing bila balik kampung.
Baru lepas panen..
Wak Min pam air keluar kolam
Selepas 10minit...
Selepas 20 minit
Anak2 gian jadi kerbau.
Selepas 30 minit
Belum tunjuk tanda puas..
Wak Ni pun join
Wak Mis teringat masa kecik2 dulu.
Pemerhati jer...
Acik Fendi...dapat?
Nana...!!!
Tangkap ikan ker..?
Ashraf buat empangan.
Tak rupa orang dah...
Apa2 pun, PEACE..!
Ayah dan mama purposely amik cuti hari ni pasal nak kemas rumah embah pasal semalam kenduri.Lagipun cuti kali ni tak de paln nak kemana2.So sambung cuti sampai Isnin.Acik Fendi pun tak jadi balik malam tadi pasal nak tangkap ikan.Kolam depan rumah tu nak pam air keluar dan nak kutip ikan beramai2.Kolam tu adalah tempat Haziq,Nana dan ayah melepaskan gian memancing setiap kali balik kampung atau hantar Ayong balik asrama.Wak Ni pulak kalau memancing dapat keli,dia akan lepaskan ke kolam ni.Semenjak menuai padi,memerang dah ceroboh kolam ni dan jumlah ikan dah susut.So ,keputusan dah diambil utk kutip baki ikan yang ada.
Dengan pam air Wak Ni,kerja lebih mudah dan cepat.Dalam masa 30 minit jer,air dalam kolam dah kering. Anak2 ambik kesempatan berkubang dan main selut kat bendang.
Para ibu dan anak2 jadi pemerhati.Wak Ni,Wak Pan,Wak Min,Acik Fendi dan ayah turun kolam.Ayah tunjukkan skill macamana nak tangkap ikan keli tanpa kena sengatnya yang berbisa tu.
Wak Pan pun dah lama tak tangkap ikan,so dia dah lupa skill masa kecik2 dulu.Ayah memang tak de masalah kerana ini skill ayah masa kecik2.Tangkap ikan dalam parit,menjala,menjaring,memancing...memang itu ayah nyer expert.
"Ayah memang hebat"...kata Sofia bila ayah dapat tangkap ikan tanpa jaring atau sauk.Yang tinggal cuma ikan keli,ikan puyu dan ikan haruan jer....Yang lain dah jadi rezeki memerang la tu...?! Ikan haruan dalam 10 ekor dan keli cuma ada dalam 20 ekor jer.
Oleh kerana ikan sepat dah tak de,anak2 pun tak leh turun join sama.Ikan sepat senang ditangkap dan tak de sengat atau duri tajam.Saja nak bagi pengalaman anak2 tangkap ikan.
Mama berkali2 tanya ayah macamana ayah tangkap ikan keli tu..."Kan licin"...tanya mama kehairanan.Kembanglah hidung ayah sekejap.Dalam hati ayah.."Itu baru tunjuk skill sikit tu...banyak lagi skill belum keluar..!!"
So tengahari tu kita makan ikan haruan masak gulai dan haruan goreng.....turn Kak Ziroh pulak masak style Kedah.
Petang tu kita balik Shah Alam.....bebudak keletihan tidur dalam keta sepanjang perjalanan balik.


...(Ayah)...









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net