Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Aug-2008 21:30 Email | Share | Bookmark
Hidangan Nasi Ambang @ "Ambeng"......

Sediakan nasi atas talam,berlapik daun pisang.
Mee goreng.
Serunding kelapa.
Kerabu sayur.
Sambal goreng(tempe,soon,kentang,tahu goreng)
Ayam masak kicap.
Ramuan dan lauk atas nasi.
Tutup ngan daun pisang
Pernah tak makan nasi ambang? atau bunyi jawa yang betul ialah "ambeng". Kenduri kali ini mama buat request kat Wak Min dan kakak utk buat nasi ambeng sempena kenduri arwah dan masuk rumah baru embah.Sebab banyak kenduri sempena cuti sekolah,kalau nak menu biasa pun orang dah jemu.Apa salah guna menu kampung yang jarang orang buat.Ini adalah gara2 mama diperkenalkan oleh nasi ambeng bungkus oleh sebuah restoran kat Klang.Kira mama ni ketagih nasi ambeng la.....
Oleh kerana Nasi Ambeng ni pernah masuk Majalah 3, ia semakin popular dan ada permintaan sehingga ada restoren dah jual nasi ambeng.Sama juga lontong...sekarang dah ada Restoran "Lontong Klang" kat Shah Alam.
Zaman kecik2 dulu memang selalu jumpa nasi ambeng ni kalau kenduri.Bila masa berubah,nasi ambeng pun diubahsuai dan penambahbaikan pun dilakukan..akhirnya sehingga sekarang,nasi ambeng ni semakin kurang dihidang pada majlis kenduri.
Kita cerita sikit camna nak buat nasi ambeng ni..pas tu apa beza nasi ambeng dulu dan sekarang.

Barang2 yang diperlukan (untuk kenduri kali ini);
1)Talam
2)Daun pisang untuk lapik nasi ambeng dan lauk pauk.Juga sebagai penutup nasi ambeng yang akan jadi sebagai pinggan.(kira makan nasi atas daun pisang).
3)Nasi yang di tekapkan dalam bekas nasi atau acuan.
4)Sambal goreng jawa(tempe,soon,petai,kentang,tahu kering dan ramuan).
5)Mee goreng
6)Ayam masak kicap
7)Kerabu sayur (pucuk ubi,daun meranti,kacang panjang).
8)Serunding kelapa.
9)Ikan keli goreng.(optional utk pelbagaian lauk jer).
Yang terlupa nak taruk ialah telor rebus.(Wak Ni terlupa nak pesan siang tadi.Dia perasan semasa jemputan mula makan....)

Evolusi nasi ambeng...
1)Setiap kali kenduri,memang tak lupa nak bawak balik bungkus lebihan nasi dan lauk yang tak terhabis utk embah dan acik Jun masa kecik2 dulu.Taktiknyer..kita makan ngan orang2 tua.Depa makan tak banyak.Lauk,nasi dan sayur memang sengaja dihidangkan lebih dari keperluan supaya boleh dibawa balik.
2)Dulu2 pembungkusnya ialah daun pisang.Ada extra daun pisang kat bawah nasi ambeng tu dengan tali rafia atau tali pisang.Lepas makan,suma baki akan dibahagi 3 atau 4 bergantung kepada partner satu talam tu.Oleh kerana dah lama sangat,ingat2 lupa macamana nak bungkus nasi pakai daun pisang jer.Sebab tak lama lepas tu depa bagi plastik nak bungkus nasi,lauk dan sayur..(senang kan..??)
3)Oleh kerana nasi ambeng ni tak berkuah,air yang secukupnya adalah perlu untuk mengelakkan "tercekik" ketika makan.Dinasihatkan supaya makan pelan2,walaupun nasi ambeng ni memang sedap(terliur beb..!.)
4)Bila zaman pinggan mangkuk mula popular(Pyrex,melamin,etc),nasi ambeng makin terpinggir dan kurang.Mungkin pada masa tu orang kampung nak rasa style yang lain pulak.
5-Sekarang ni nasi ambeng mula diminati semula.Sekurang2nyer kat bazar ramadhan pun dah ada menu ni selain dari menu nasi biru dari pantai timur.Pastinyer di kawasan komuniti jawa yang ramai ada nasi ni.,contoh macam kat Johor tu....
6-Nasi yang tidak berkuah tidak menyebabkan nasi menjadi basi dengan lebih cepat ataupun menyebabkan nasi boleh jadi kembang yang boleh menyebabkan rasa kurang sedap.

So...kalau dihidangkan nasi ambeng masa kenduri,jangan diharap sangat pinggan datang dari dapur..Kalau talam nasi ambeng sampai,boleh lah terus NGAP!!!.....
Bismillah.........


...(Ayah)...









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net