Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Aug-2008 08:51 Email | Share | Bookmark
MAHA '08 - Serdang.

Parking & Naik Tram ke lokasi utama.
Anak2 paling excited..
Pastinya okid...
Gugusan okid..
Kelab Okid Ipoh.
Posing boleh,beli jangan...
Display item je.
Bonsai pokok Santalia..?
Hidup atau mati
Zig Zag and Curve
Okid terpilih.
Pintu masuk
Logo baru Bank Pertanian
Bara Palsu..!
Ala labu sayung..
Decoration
Burung Hantu Asli
Pokok dan buah kering...
Maskot MAHA..Sang Kambing
Internal Deco
Demo,siang ikan TUNA
Kerapu Hitam
Refleksi...?
Persembahan dari..AUS?
Free promotion trial...
Antara Exhibition Hall...
Besarnya Traktor ni ayah...!?
GBBS-Gerai Buah Buahan Segar
Kita ke Pusat Pameran 3
Inilah Tram pengangkutan MAHA
Dah sampai ke Pusat Pameran 3
Kambing biri2
Bulu nyer yang cantik.
Macam kambing hiasan jer..
Nampak ganas..atas hidung pu berbulu..
Lembu Susu Ferisian.?
Lembu Daging Brahman?
Suma lembu baik perangai.
Tak layan.....
Tunggu Tram...
Unta A Famorsa
Jualan Nenas Segar.
Mama pilih Duku Langsat
Beli cempedak utk Haziq
Berbaris dan berebut naik Tram ke parking.
Pemandu Tram
Parking lot yang luas dan jauh
Kali terakhir ke MAHA semasa ia di langsungkan di Stadium Bukit Jalil.MAHA 2006-Serdang,2 tahun lepas tak sempat pergi.Khabarnya mendapat sambutan yang menggalakan sehingga kerajaan invest menyediakan prasarana yang lebih baik.
Sepatutnya hari ni kena balik kampung,untuk preparation kenduri rumah embah.Ayong pun balik dari asrama.Malam sebelum balik dia pun tanya,"kita tak pergi mana2 ke yah cuti2 ni?"....
Kebetulan hanya hari ni yang sempat ada masa nak pergi.Minggu depan dah hari terakhir dan banyak aktiviti nak buat.Pagi2 sebelum sarapan kita bertolak ke Serdang.Beli nasi lemak bungkus dan singgah RNR Puchong Selatan.Sampai di pintu masuk sebelum pukul 10pagi,kereta dah berderet nak masuk parking.
Memang canggih dan selesa prasarana yang di sediakan leh kerajaan.Untung MARDI...semua kemudahan dapat free jer...Kalau idak,tentu dulu semak samun jer kawasan tu.
Cuaca yang baik,memanahkan pancaran pagi itu menyebabkan kami terus ke dewan2 pameran (hall).Kat situ ada "air-cond"..!! Rupanyer kami tersilap percaturan.Sepatutnyer kami pergi ke Pameran Ternakan dulu sebab kat situ "open air".Bila matahari dah terik ,barulah sesuai masuk hall.Tapi tak apa jugak,sebab masa keluar dari hall menuju ke tempat lain,orang ramai dah mula sesak kat hall tu.Mungkin akan menyebabkan tak selesa nak melihat2 atau bertanya2.
Suasana kat hall memang menarik.Kalau di ikutkan hati (andaikata pergi sendiri tanpa anak2),mungkin 1 hari tak cukup untuk melawat semua "booth" dalam hall tersebut.Kami hanya melawat (@ tengok2 jer).. 3 daripada 4 hall yang ada.Anak2 dah mengeluh..penat...kami pun segera ke kawasan yang lebih menarik buat anak2,iaitu kawasan ternakan.
Dengan menaiki Tram yang disediakan (beratur panjang pastinyer+tiket RM 1-dewasa), sampailah dikawasan ternakan.Matahari dah terpacak di atas kepala.Tengok lembu,kambing,arnab,gajah,unta dan kuda.Agak-agak dah semua keletihan,kami pun decide balik dalam jam 1.00pm. Bilangan pengunjung yang ramai dan jumlah tram yang tak mencukupi menyebabkan ramai menunggu lama untuk bergerak ketempat lain.Pihak penganjur pun terpaksa meminta bantuan bas-bas agensi lain nampaknyer.
Pukul 2.30pm baru sampai parking...


...(Ayah)....

















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net