Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Aug-2007 21:00 Email | Share | Bookmark
Kokusai Hanabi Taikai -(50 Tahun Merdeka @ Putrajaya).

Baru sampai
Kuroda pun tertunggu2
Main dan makan tunggu countdown
Boring tunggu.....
Ini Kuroda belikan...
Dah start...kuatnyer bunyi
Sampai tertidur tunggu bungapi mula
Hanya ni yang sempat d foto kan
Memang kita tahu ada pertunjukan bungapi sempena 50 tahun kemerdekaan,tapi tak de plan nak pergi kerana anak2 sekolah.Kebetulan ada penyertaan dari Jepun dan Atuk Kuroda ajak tengok sekali.Setelah buat check kat website,memang ada team Jepun aka buat persembahan malam "countdown" kemerdekaan.Kuroda lak kata bungapi akan bermula selepas maghrib.Kita pun bergegas amik kuroda selepas solat Maghrib dan ke Putrajaya.
Sampai sana memang dah ramai rang datang.Tunggu punya tunggu sampai anak2 naik boring....rasanyer pertunjukan akan bermula pada tepat pukul 12malam.?!Pengunjung lain pun tak tahu ada perubahan masa,sebab malam2 lain pertunjukan mula dalam pukul 9.00 malam.Jenuhlah menunggu 3 jam pulak.
Akhirnya pertunjukan bermula tepat pukul 12 malam.
Komen ayah;
1)Biasanya kat Jepun ,pertunjukan bungapi akan dimulakan sebaik sahaja matahari terbenam.
2)Pertunjukan pada malam tersebut "biasa" jer bagi ayah kerana ada lagi yang "Grand" semasa kat Jepun.Termasuklah peluang melihat bungapi masa di Tokyo Disneyland sebelum balik Malaysia selepas grad.
3)Laman web Kementerian sepatutnya sentiasa "up to date",terutamanyer kalau ada perubahan waktu.Atau setidak2nyer pengumuman melalui media spt radio sebarang perubahan masa atau aktiviti..

Yang masalah selepas pertunjukan selesai,kami tersalah jalan (arah ke KL) dan terperangkap dalam kesesakan keluar Putrajaya.Kami sampai rumah pukul 3.30pagi..>!!!Rasa tobat tak nak pergi lagi...!!Kesian kat mama kerana esok pagi2 pukul 6 pagi,mama kena pergi ke Dataran Shah Alam.Mama ambik bahagian dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor mewakili SUK.

Walaubagaimanapun,acara itu telah menjadi memori yang indah buat anak2.....


...(Ayah).... .


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net