Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Dec-2007 10:00 Email | Share | Bookmark
Perkelahan di Sg Chongkak,Hulu Langat.

Kawasan selamat utk anak2
Ibu2 takut air..?
Sofia takut tapi mahu..
Dari hilir.
Sampai kecut suma
Dah pucat..?
Tenggek atas batu.
Wow...!!
Abang baru nak masuk..?
Cuaca OK....lambat lagi nak naik
Dah lapar,naik jap makan2.
Pas ni kita masuk lagi ek...?
Buka Pot Luck masing2
2nd round..
Kongsi pelampung
Adik lelap sat...letih dah.
Mama tak berendam ker..?
Jom kita balik...
Inilah antara aktiviti bersama Keluarga Rosli Bulat dan Linda.Sebelum ini kami pernah ke Cameron Highland,PD dan Sg.Gabai,Sg Tamu,Batangkali dll bersama2.Lagipun rumah kami dekat dan anak2 sama sekolah di SRAI,Shah Alam.Sebab mak bapak dah kenal lama,anak2 pun saling kenal,so tak de masalah besar.
Cuma anak2 kami dah makin besar.Ada yang dah tau malu.Anak Rosli yang sulong,Imran masuk Maahad Tahfiz Al-Islah kat surau rumah,selepas habis sekolah rendah.Anak kita pompuan,kat asrama sekolah agama Batu 1, Sabak Bernam.Mereka sebaya dan sekolah rendah yang sama SRAI S19.
Kami sampai kat situ dalam pukul 1030am,tempat dah penuh.Terpaksa menyeberang sungai bawak bekal makanan dan peralatan.Cuma sekeliling agak kotor dengan sampah.So kita kutip sampah dulu.(Kenapalah orang yang berkelah ni tak de kesedaran sivik langsung.Susah sangat ker nak masukkan sampah dalam plastik dan bawak balik..??)
Para ibu punya aktiviti ialah "bertukar-tukar pendapat dan fikiran" berkenaan hal rumahtangga,pelajaran anak2 dan kisah bibik2 masing2.Para bapak2 melayan anak2....
Oleh kerana air agak sejuk,ayah tak berendam.Anak2 sampai kecut satu badan.Sofia baru jer mengenal "dunia" air,......
Tahun lepas semasa di Melaka,swimming pool hotel....merengek nak masuk child pool.Tak sabar nampak budak2 lain berlari terjun masuk pool.Selepas tukarkan baju berhampiran pool,terus dia lari ke pool dan terjun.Apalagi...ayah pun panik dan berlari ke pool tersebut sebab dia tenggelam dan sempat minum air klorin.Walaupun begitu,ia tak mematahkan semangatnya utk terus main air dan mandi...Satu kolam orang tengok ayah lari dan terjun pool kanak2....hehe..buat macho jer ler...(air takat lutut je).
Selepas Zuhor baru kita naik dan singgah surau tepi jalan.Lepas tu biasa.........dalam keta suma tertidur keletihan.....
Sofia pun sekarang pantang nampak pool.....pasti merengek....

...(Ayah)....








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net