Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Jul-2008 15:30 Email | Share | Bookmark
Tugu Negara.."Go strait...., dont belok2".....

Dah sampai kat Tugu.
Sofia takut ngan patung besar.
Akhirnya....OK
Nana,Sofia n Mama
Haziq n ayah...
Main air pancut...
Selepas menghadiri kenduri kahwin di Klang,kami pakat pergi ke Tasik Perdana.Ada pameran Lanskap dan Laman disana dari 19-27 Julai.Keadaan cuaca yang sangat baik di Klang,menyebabkan kami terus ke KL.Tetapi sampainyer di PJ,kami dah nampak tompokan awan hitam..rasa2 nyer kat Parlimen tu..?
Sampainya di Bank Rakyat,kereta dah berbaris ke susur masuk Tasik Perdana.Dah tu nampak pulak pengunjung berbaris dalam 100 meter ...rasanyer untuk membeli tiket masuk..?? Setelah berpusing2 mencari parking tak jumpa,kita keluar semula kejalan utama.Angin agak kuat mula bertiup menandakan hujan akan turun.Kami keluar dan buat U turn menuju ker Tugu Negara...kut2 ada Parking.Tapi kami decide lepak situ saja dan akan datang lagi minggu depan untuk ke Tasik Perdana..Lagi pun mendung makin tebal.Kebetulan kali terakhir ayah dan mama datang adalah sebelum kami berkahwin,Rasanyer ayah datang kali terakhir ketika bawak kawan Jepun ke Tugu Negara semasa cuti semester musim panas.
Turun jer keta...mestilah pekena aiskrim dulu...Macam dah standard lak anak2 mama ni....Setelah berposing2 dalam 30 minit,kita pun keluar.Memandangkan ada masa lagi,ingat nak bawak budak2 ke Taman Burong pulak.Tapi disebabkan tersalah jalan...dan keadaan mama pun yang tak berapa sihat,tanpa bgtau anak2..kita pun terus balik Shah Alam.Kalau bagitau dulu nak ke Taman Burong,tapi tak jadi...alamat merenggek lah anak2 nanti.
Sampai rumah tengok "Shin-chan The Movie"......

Nota; Apa kaitan ngan tajuk "Go straight...,dont belok2.."?
Anak2 teringat iklan NST kat TV yang makwe mat saleh dalam bas nak pergi "National Monument" tu,tanya budak2 sekolah camna nak g situ....

....(Ayah)...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net