Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Jul-2008 21:00 Email | Share | Bookmark
Piala Sultan Selangor-Stadium Shah Alam

Bendera Sponsor...
Bukti mama datang stadium
Lokasi agak baik..
Pancaragam tentera
Menunggu perlawanan dimulakan
Hidup Selangor.....!!
Tiket FREE dah dapat.Disaat2 akhir pun masih ada tiket free,so dah bagi member kat ofis.Tahun lepas pun dapat tiket free jugak.Cuma kali ini tak berpeluang nak dapat cabutan bertuah kerana tiket free tak de nombor......
Tahun ni perlawanan pada hari Ahad malam Isnin.Esok anak2 nak sekolah,so kita plan nak balik kul 10.30pm..Dapatlah separuh masa jer.Kalau balik lewat..alamat tgh mlm la sampai rumah,pasal nak kuar stadium, jam....!
Tahun lepas perlawanan malam minggu.So agak perlawanan nak habis kita keluar stadium dulu.
Ayah bukanlah hantu bola.Minat pun setakat tengok kat TV jer.Pergi Stadium pun bukan kerana sendiri nak tengok bola,cuma nak bagi pendedahan kat anak2 suasana kat stadium tu.Nanti kawan2 dia citer pasal bola..menganga anak aku.....!!!
Tapi memang boleh release tension kat stadium ni...Jerit sana sini,maki sana sini...tak de sapa nak maki kita balik...hehehe.....Suma yang kat padang tu tak betul belaka...."pengulas" kat kerusi stadium lah yang betul.Cuma tak leh over sangat,nanti org sekeliling menyampah lak...
Diantara game veteran dan pilihan Selangor,ada acara pertunjukan payung terjun......
Tahun ni berbaloi datang tengok, pasal pilihan Selangor menang...
Kita tengok tahun depan lak...

01/09/08
Ayah baru perasan,baju mama malam tu "BIRU PKR"...!! Macam penyokong kuat PKR jer...Iye la ,Tahun ni MB PKR yang iringi Sultan Selangor...hehehe....


...(Ayah).....





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net