Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Jun-2008 18:00 Email | Share | Bookmark
Atuk KURODA Balik Malaysia..!

Jemput Kuroda balik dari Jepun
Semua dtg menjemput-KLIA
Dinner di Kenny Rogers
Hantar shopping ke SOGO
"Atuk KURODA"...begitulah panggilan anak2 kepada si-Jepun ini.
Dah mula berada di Malaysia sejak 1988 sebagai trainer dan advisor yang dihantar oleh Kerajaan Jepun melalui JAICA dan JODC.Mula kenal dia semasa dia jadi Advisor untuk USRA Group, Shah Alam pada tahun 1997 sehingga 1999.Kami terus berhubung walaupun saya dah tak bekerja ngan USRA lagi.Salah satu sebabnyer adalah kerana pakcik ni tak boleh berkuomunikasi dalam bahasa Inggeris,apatah lagi bahasa MElayu walaupun dah lama keje kat Mesia.Tak macam Bangla...baru beberapa bulan duk Mesia dah boleh mengayat awek Mesia lagi...
Semenjak habis kontrak ngan JODC dan USRA,dia tak minat nak balik Jepun lagi.Semenjak isterinyer sakit barah dan meninggal, dia dah jual rumah kat TOKYO dan dia menetap kat Subang Jaya selepas apply visa - "Malaysia 2nd Home".
Setelah bersara,dia akan dapat duit pencen dari kerajaan Jepun,kerana semasa bekerja dia kena macam2 cukai.(macam EPF la...).Tapi Jepun tak bagi dalam lump sum macam EPF tu kalau dah pencen,ebalik nyer akan ada pencen sampai mati....Kalau ikutkan nilai pencen dia tu memang boleh hidup kat Jepun..Tapi kadar saradiri yang semakin tinggi akan menyebabkan duit tu cukup ngam2 untuk makan minum dan tempat tinggal jer....Langsung tak berbaki nak jalan2 atau nak dapat sesuatu yang extra sikit.Sekarang menjadi masalah kat Jepun kerana kadar orang tua yang lebih banyak kerana masing2 panjang usia/umur.Jepun kekurangan dana utk menampung pencen rakyat depa yang panjan umur ini.Sebab tu anak2 muda sekarang dikenakan caruman,cukai yang lebih tinggi untuk menampung kos sekarang dan utk masa depan org muda ni lak....
Sebab dia suka Malaysia,so dia decide duk sini.Sepanjang 1999 sampai sekarang,bolehlah kalau nak dikatakan saya ni "penjaga" dia.Umur dah 80 lebih(sebaya Dr.Mahathir kalau tak silap).Tiap 2 minggu sekali atau sebulan sekali kita orang akan ziarah dia.Atau kalau ada dia coll nak minta hantar mana2,kita akan datang.Biasanyer tiap bulan dia akan shopping kat SOGO.Dapatlah anak2 tumpang jalan2 kat KLCC tu sementara dia shopping.Kalau yang dekat2 tu dia akan naik teksi atau komuter jer ke Bangsar atau Tmn Seputih,tempat JCKL(Japanese Club KL) depa.
Sejak akhir2 ni dia bagi lak copy kunci apartment dia.Mama pun tercengang...
"Buat pe ayah,dia bagi satu salinan kunci apartment dia...?"
"Dia dah makin uzur tu....kut2 ada apa2 terjadi,bolehlah kita masuk..." kata ayah..
Mama sedih dengar ayah jawab macam tu.....
Lepas tu tiap kali datang ke apartment dia ngan anak2.,dia akan ajak makan malam kat Subang Parade...biasanyer kita g makan PIZZA atau Kenny Rogers.Dia order spagetti jer,yang anak2 ni makan Pizza atau Ayam.Dia seronok tengok budak2 makan agaknyer.
Cuma yang tak bagus nyer,dia selalu citer kawan2 Malaysia dia kenal,selalu "PAU" dia.Makan kat restoran mahal2-eg."Japanese Restaurant"...."PAU" dia.Ajak pergi keliling Malaysia,Minyak Toll pun "PAU" dia.Masalahnyer orang yang kenakan dia tu pun kami kenal. Hai ...Buat malu kaum jer....So sekarang ni dia akan selalu refer kat kita kalau ada masalah...Dari masalah ASTRO dia...sampai ambik bungkusan yang anak dia kirim kat pejabat pos dan apa2 jugak yang dia "kesusahan".
(ASTRO dia bukak 24 jam..tak tengok yang lain dah..Kalau kesana Ayah terleka tengok NHK,sebab kami nyer ASTRO tak de pakej NHK tu...)
Kalau setakat duit tu x heran dah,kalau dia nak bagi tu,bukan RM 50 jer...beberapa kali dai bagi sampai RM 500 walaupun atas pertolongan kita yang kecik jer..Tak terpikir pun kita nak dapat.Sebab tu kalau dia ajak g KLCC ker...mana2 pun,memang dia belanja sakan budak2 ni makan.
Kadang2 kita pergi jualan "Japanese Food " fair kat SOGO atau ISETAN.memang macam2 yang dia beli.Tentulah mahal sebab Made In Japan.Rasa tak berbaloi nak beli keropok atau gula2 yang boleh dapat kat Tesco atau Giants yang 5-10 kali lebih mahal.Dia kata "Ambik.....mana budak2 suka,aku bayar"...Budak2 apa lagi......
Gambar yang ada ketika menjemput dia di KLCC selepas balik Jepun selama 1 bulan. Budak2 rasa dah macam atuk sendiri.....
Banyak lagi citer pasal KURODA ni,lebih2 lagi dari mama.Siap dapat macam2 benda peninggalan isterinyer.Dari beg/purse kulit,baju,aksessori termasuklah coin emas tulin sempena 50 tahun Malaysia Merdeka yang dia beli tahun lepas.Dia dah cakap,"nanti aku mati,aku nak bagi coin ni kat awak".kpd mama.Mama terharu dan sedih bila dengar Kurodan cakap macam tu....
Kita sambung citer lain kali...................
......bersambung............

...(Ayah)... .



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net