Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 8-Feb-2008 10:00 Email | Share | Bookmark
Gong Xi Fa Chai '08

Ayah ,Nana dan abang2 ipar
Mama dan adik beradik
Sembang kisah lalu....
Kakak yg mana sorang muka sama..??
Sekeluarga sebelum balik
Mendiang Mak dan Pak..
Tiap tahun sejak bertemu keluarga sendiri,kami akan balik Bagan Datoh setiap kali Raya Cina.Kebiasaannyer kita balik pada raya ke2 dimana semua adik beradik berkumpul pada masa tu.(hari raya pertama,kakak2 akan balik rumah mertua dulu). Kalau tak silap ayah,mama diketemukan keluarga lebih kurang 2 tahun (1990?)sebelum kawin ngan ayah.Masa tu ayah kat Jepun lagi.Setelah kawin,kami mesti balik tiap tahun.Cuma ada tahun2 yang tak balik kerana masa tu mama sarat mengandungkan Nana dan Haziq,tak leh balik jauh2.mama ada masalah kandungan tak kuat,atas nasihat doktor kami tak g mana2 pun kalau mama mengandung.Ini sebagai prevention,sebab mama dah kerap gugur.
Tahun 07 pun tak dapat balik jugak,sebab masa tu emak mama baru meninggal dan tak de sapa yang berkumpul kat Bagan Datoh.Tahun ni Kakak kat Singapore pun balik jugak.
Banyak citer nak tulis dari dulu sampai sekarang dan citer2 macamana dan mengapa mama diberi pada orang lain da jadi anak Atuk......mungkin akan ditulis oleh mama sendiri satu masa nanti.Apa yang pasti,suma menyambut baik dan menerima dengan baik kedatangan mama dalam keluarga asal nyer.Kita pun makin seronok pasal kita dilayan seperti keluarga sendiri,kecuali yang tak fasih cakap bahasa melayu tu,duk dengar kita sembang bahasa rojak la...English ada,Cina sikit2,melayu pun dah rojak,cuma Jawa jer tak de....
Dari 13 adik-beradik cuma ada sorang laki..Masa kita orang kawin dan bersanding,ramai tetamu yang menangis hiba bila mak,adik beradik kandung datang kenduri dan bergambar ramai2 di pelamin.Mana tak "obvious" nyer bila segerombolan cina datang kenduri melayu...Suma pakat nak tau "sapa tu...?".Masa tu ayah pun sebak jugak....Tapi RAJA sehari masa tu kena kontrol machoo......ehem.....

bersambung....................



[youtube] http://www.youtube.com/tugimun (see Chinese New Year-Gathering)

...(Ayah)...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net