Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Jul-2008 13:00 Email | Share | Bookmark
Expedisi makan durian.-Kg.Gajah

Rumah Tok Chu-Tg Tualang
Kandang kambing dan Pokok durian
Kebun dalam,durian dan sawit
Sedap nyer doyan...
Petronas at Kg Gajah..Durian everywhere..
Mata Kuching,sebesar 50 sen..!!
Cempedak belum masak
Jambu Batu Kampung.
Amboi...licin hingga jilat jari..?
Salah satu pokok yang masih ada..
Persimpangan pekan Kg.Gajah..
Kebetulan Ayong balik dari asrama secara pilihan hujung minggu.,dan kebetulan dah masuk musim durian kat Kg. Gajah,so mama arahkan ayong tak yah baik Shah Alam naik bas express.Biasanyer kalau balik bulanan,sekolah akan "chartered" kan bas persiaran.Tunggu jer kat hostel,esok paginyer kami singgah jemput dan terus ke Kg Gajah.Tapi malangnyer walaupun balik pilihan,nampaknyer majoriti student balik kampung,so ayong takut tak de orang malam tu,jadi terpaksa suruh Wak Ni jemput ke asrama bawak balik Tebuk Kenchong,rumah embah.
Hari Sabtu pagi2 kita bertolak ke Sg Besar.Nak ajak embah ke Kg Gajah sekali kerana dia tak pernah pergi lagi ke Kg Gajah.Rupa2nyer embah dah ada org booking...Wak Min nak bawak embah g Kedah kerumah Wak Pan.Wak Pan dah pesan kalau datang bawak embah sekali.Wak Min memang nak ke utara pasal Kak Aten nak masuk maktab kat Penang...,daftar hari Isnin 14/7/08.
Kat Kg Gajah memang dah musim durian.Sepanjang jalan penuh ngan durian.Tapi kat kebun baru start nak luruh.
"Baru musim buah busuk(buah awal)"..kata mama.
Jadi tak de lah aktiviti mengutip durian sangat ngan anak2.Pasal dah beritahu Tok Chu kita nak balik,so dia dah simpankan 20 biji durian yang dikutip dari semalam.Kita tinggal makan jer la gamaknyer.
Kebun durian di tapak rumah lama dah terang benderang.Tok Chu bersihkan kebun untuk ditanam sawit.Tok Teh yang modalkan beli anak pokok sawit.Pokok durian pun tinggal beberapa batang jer lagi.Yang lain rosak akibat ribut atau di tebang.Dah tak nampak macam dusun lagi..dah jadi kebun sawit.
Kat sini belum ada durian yang jatuh lagi.Haziq dan Sofia excited tengok segerombolan monyet2 lari lintang pukang bila kita datang...Mungkin lebih dari 50 ekor.Bila hon keta dipicit jer.....bergegar pokok2 sawit kat kebun sebelah.Mungkin dia pun datang nak makan rambutan kut..?,tapi pokok tu dah kena tebang dah.....!!
Inilah satu2 nyer harta Tok Onyang yang tinggal atas nama mama dan Tok Teh seluas 3 ekar.Tukang jaganyer ialah Tok Chu...Kita balik masa musim buah jer.....bak kata mama ..."SEDARA BUAH".Walaupun macam tu,mama tetap akan "hulur" jugak ke Tok Chu setiap kali balik sebagai upah jaga kebun,walaupun tak pernah amik hasil.
Citer baru....?
1)Longan@mata kuching yang manis dan besar yang baru berbuah.Tok Chu bungkuskan longan yang hampir ranum utk kita supaya tak di petik oleh sang monyet..!!!
2)Kambing yang Tok Chu bela tinggal 1 pasang jer lagi....Dulu masa "peak"...kandang tu ada lebih 20 ekor.Kambing yang dah jinak tu kadang2 menjenguk sampai ke dapur.Aksi nyer yang boleh berdiri macam kuda tu menarik perhatian Haziq dan Sofia.Bila ayah boleh gurau2 ngan kambing jantan,pegang2 tanduk...Sofia kata "AYAH HEBAT....!!!" ...inilah perkataan yang sinonim pasal ayah oleh Sofia.
3)Banjir kilat yang baru melanda rumah Tok Chu telah menyebabkan Ikan Koi berenang merata2.Ada yang tak pernah tengok ikan cantik dan tangkap ikan tu nak goreng(depa ingat ikan Talapia),mujurlah ada yang kenal dan bagitau.."Itu ikan Pak Torr.."!! (Pak Tor adalah nama glamer kat kampung.Kita panggil Tok Chu).Termasuklah ikan yang dibela kat kolam belakang rumah dari haruan,sepat dan puyu yang dah besar2....Melihat gambar yang dirakam melalui henfon..air nyer bersih dan jernih..Tak macam banjir kat Shah Alam...merah berkeladak...!!! Banyak perkakas yang tak sempat diselamatkan mcm TV ,almari ,kereta dan lain2 rosak kat luar rumah.
Dah salam2 nak balik,mama petik beberapa biji jambu batu spara masak....Habis jugak dalam keta......tak tau lak anak2 pun minat jambu batu ni.....
Semasa balik nak isi minyak,singgah Petronas Kg Gajah....kat luar pun ada beberapa longgok durian utk dijual....(durian dimana2.....!!!!). Kami isi minyak RM 50...ngam2 utk sampai ke Shah Alam jer..Minyak Mahal......!!!!
Kami hanya bawak balik beberapa biji durian sahaja..Selain nyer dah di "faraid" kan kat rumah Wak Ni dan embah.Sampai Shah Alam,jiran depan rumah pun balik kampung jugak (Perak),dapatlah 1 baldi lagi durian Bagan Serai...Esok nyer kita buat serawa durian.....!!!!Antara jiran yang paling "best",kalau dia balik kampung Perak atau N9, mesti ada buah tangan yang diberi.Kami selalu bagi hasil laut, pasal kat Sg.Besar atau K.Selangor...ikan memang "Fresh" dan murah.So kalu beli berkilo2,pasal ada ramai jiran nak bagi rasa ikan fresh.

...(Ayah)...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net