Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Jul-2008 00:34 Email | Share | Bookmark
Nak Rasa Air Nira Nipah....??

Nira Nipah dan Cuka ada di sini...
Lokasi gerai ini...lihat papantanda.
Gerai dibawah pokok..
Ada bahu jalan..lebih selamat utk berhenti.
Nira nipah adalah minuman yang semakin digemari.Kalau dahulu hanya dijual disekitar Seberang Perak sahaja,tapi nira nipah juga sudah boleh didapati di sekitar Sabak Bernam.Ini adalah kerana pokok nipah boleh didapati dikawasan yang berhampiran pantai dan sungai disekitar Perak dan utara Selangor.
Setiap kali balik kampung "asal" mama di Kg Gajah,kami akan pasti singgah membeli manisan air nira nipah.BDulu2 sebelum kawin,tak lak pernah mama singgah beli..!!Dulu mama pun tak pandai nak minum air ni,ayah jugak yang ajar.Maklumlah ayah ni "kampung boy".Tak la heran sangat nak minum air nira tu...Sebab dulu2 dikiri kanan rumah adalah pokok nipah.kadang2 ambik nira,kadang2 makan buah nipah.Embah dulu rajin buat atap nipah.Ayah yang tukan tebang pelepah nipah tu.Kalu tak silap satu atap RM 0.25 jer...Murah kan..?
Sekarang pun bleh dapat atap nipah lagi,tapi kualiti tak der la.....Jarang2 macam gigi buaya kut.?Agaknyer sekarang berapa ringgit satu atap..?
Kalau lalu jalan simpang Batu 5 Teluk Intan -Pangkor,anda akan melalui sebuah kawasan kampung (sebelum sampai Seberang Perak) dimana banyak gerai kecil menjual Air Nira Nipah.Suasana sama macam kat jalan Sg.Besar ke Sekinchan
yang banyak menjual mangga dan sayuran.
Kedai yang saya rekemen ni adalah kedai pertama selepas melalui sebuah jambatan yang merentasi sungai(dalam 50 meter dari jambatan) arah ke Pangkor. Sila lihat gambar.
Kenapa gerai makcik ni....??Semenjak saya beli dari mula dulu,tak pernah dia menjual air nira yang dah masam (menjadi cuka).Air nira ni kalau "preservation" tak bagus,seperti penyimpanan kurang sejuk,terlampau lama dll,akan menyebabkan nira tersebut menjadi cuka.Sebab tu lah produk lain yang dijual ialah cuka.Kami pernah terkena bila teringin nak minum,tapi gerai makcik ni tak beroperasi.Jadi tiada pilihan,kami pun beli dari gerai bersebelahan.Bukan sekali,tapi berkali2 terkena nira yang dibeli masam atau start jadi masam.Kami pun citer ngan makcik tu yang kami "terkena" .Dia kata memang gerai dia selalu tutup awal kerana stok cepat habis.Mana2 Cina yang kenal dia akan singgah dan sapu suma stok.Sekarang kami pulak menjadi salah sorang dari statistik pelanggan dia.
Menurut beliau,1) Makcik tak jual kalau nira yang di "collect" start masam. 2)Dia tak campur bahan2 tambahan seperti air atau gula.
Harga:1 botol 450ml=RM 4,Plastik RM 2.Mengikut pengamatan saya,waktu pagi adalah waktu yang bagus kalau nak beli.Baru lepas kutip dan packaging,biasanyer dia simpan dalam bekas polystyrene putih + ais jer.Kalau beli sebelah petang,dia dah masukkan dalam peti sejuk dan seluruh manisan akan menjadi ais.
Anak2 start suka air ni,tapi Haziq minum macam orang dahaga.Cara minum yang disyorkan ialah dengan minum sedikit demi sedikit,ratakan manisan keseluruh mulut dan telan.Kita akan rasa kemanisan dan haruman nira tersebut.Lepas telan pun akan terasa manisnyer.Macam makan durian jugak.Lepas telan akan masih terasa manis dan lemak durian dlm mulut.
Jangan lupa singgah kedai makcik ni.Walaupun kat Sabak Bernam dah start jual,kami pun tak pernah beli lagi.Harap2 orang Sabak Bernam tak buat macam tu.Buek malu kaum jer....
Kedai lain kami tak jamin,tapi kalu nak "terkena' apa salahnyer....jadikan pengalaman...
Selamat mencuba.

Nota;Berhati2 ketika nak berhenti.....jalan lurus dan cantik,banyak keta dan lori tekan minyak......

...(Ayah)....





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net