Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Jun-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Pelbagai Sudut-Cameron Highlands.

Gerai "merah" strawberi..!
Gerai2 d Kea Farm
Taman di Tanah Rata
Guan Hin Hotel dari Jalan Utama
Lanskap "Pink" di hadapan hotel
Selepas hujan d Brinchang.
Lunch d Tanah Rata
Ke Bee Farm..
Berhampiran Ringlet
Dinner kat Kedai Klate blkg hotel.
Ayah lewat mkn,cari parking.
Hotel kami terletak di tepi jalan utama.Sampai tgh malam ada bas dan lori lalu.Se awal 5 pagi sudah kedengaran lori sayur dan Land Rover antik menghantar sayuran ke Ringlet.Kat sana tempat transit sayuran.Lori2 besar tak perlu naik sampai atas.(Kami sedar cara ini semasa turun ke Tapah,banyak lori besar menungu di Ringlet dan masih ada aktiviti memunggah sayur pada jam 10pagi).
Bunga "Pink" seakan2 bunga lanskap rasmi CH kerana dimana2 ia ada ditanam,dari Tanah Rata,Brinchang dan Kea Farm.Warna "Pink" yang segar sungguh menarik perhatian.Lihatlah foto dihadapan hotel kami.
Gerai "MERAH" juga menjadi landmark CH.Gerai ini boleh didapati disepanjang jalan dan pekan.Ini mungkin berdasarkan status Strawberi untuk CH.Semua cenderahati dari payung, t-shirt, bantal,belon dll,sumanyer bertemakan buah strawberi.
Gerai sayuran dan buahan di Kea Farm juga menyediakan pelbgai keperluan sayur dan buahan,cuma tempat parking agak susah.Terpaksa parking di tepi jalan utama yang sebok lebih mendedahkan anak2 kepada punca kemalangan..so,kami tak singgah pun...
Malam ke-2 kita makan kat belakang hotel,gerai Klate.Menu sama jer ngan kat Shah Alam,cuma sayur2an lebih fresh.Pasal lapar,try order Siakap stim,tomyam,sayur kailan ,telur dadar dan daging masak merah.Teh tarik nyer boleh tahan.
Iklan yang ditulis, ada menu sarapan.
Ayah kata.."Mama,esok pagi kita pekena roti canai dan roti jala kat sini yer..??"
"OK gak...! Jawab mama.
Esok pagi2 kita bergegas kesana pasal nak sarapan.Dah teringat roti canai dan teh tarik,rupa2 nye x beroperasi...Tipah tertipu lagi la....Pas tu semalam pun tak kompom ngan tokey kedai tu ada buka utk sarapan tak...?
Bergegas lah ke medan selera yang sama.Aduhai saliha.......ramainyer orang...Hari tu kita kuar lambat sikit pasal nak terus turun Tapah....Berebut ..nasi emak dah habis walaupun lauk pauk masih ada.Order roti canai terpaksa tunggu kat dapur!
Mama lak senduk sendiri kuah dan potong sendiri-"self services" nasi himpit.Kalau harapkan Akak yang jual tu buat,kebulur ler.....Last2 orang yang "Q" kat belakang mama pun "self services " jugak...
Dah kenyang,baru lah kita turun ke TAPAH........ikut jalan dalam ke Langkap,Teluk Intan dan ke Sabak Bernam.Ada kenduri kawin x-staff kat Parit Baru..Makan tengahari kat situ..
Tiduk rumah embah dan esoknyer hantar Ayong ke asrama,Bt.1 ,Sabak Bernam.

...(Ayah)....





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net