Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Jun-2008 16:00 Email | Share | Bookmark
Taman Rama-Rama Brinchang.

Kumbang Gergasi
Katak/Kodok?...macam batu.
Sesumpah.....suka bertukar warna
Nice blue color....
Entrance of nursery 1
Entrance of nursery 2
Bunga Pisang hiasan...?
Mau ker berbunga kalau bwk turun...?
Di taman rama-rama..
Macam buah nenas...
Bird of Paradise...1
Bird of Paradise
Lepak selepas habis 1 round..
First time ada gambar ayah.
Suasana agak sejuk pasal kat luar hujan.
Gambar oleh Nana
Gambar oleh Nana
Gambar oleh Ayong
Macam spesis okid..?
Warna dan bentuk menarik
Inilah Periuk Kera yang ayah nak....!
Serangga dalam frame.
Kedai bertentangan Taman Rama2
Bukti kami kesini
Selepas hujan bertambah lebat di Tanah Rata,kita menuju ke Kea Farm.(atas Brinchang).Nak masuk Bee Farm,macam ada renovation dan masih hujan rintik2.Lebih baik masuk Taman Rama-Rama sebab ada bumbung plastik..Bayaran masuk RM 5 dewasa,RM 3 kanak2.Pasal hari Khamis tak ramai orang,kita mintak diskaun,free utk Sofia.Turun je ke lembah,ada pameran binatang2 eskotik.Diantaranya yang menarik minat Sofia ialah kumbang gergasi,ular,kala jengking,lipan,ulat gnggk gergasi dan berbagai serangga hutan kita.
Yang menariknya ketika ayah nak tunjukkan kat Sofia pasal kodok yang menyerupai batu.Sampai Sofia dekatkan muka dengan cermin akauriam,masih tak nampak.....Bila dia sedar yang mana satu kodok, yang mana satu batu......menjerit terkejut Sofia....!!!
Lepas tu masuk segmen rama-rama lak....Tapi tak begitu banyak jenis macam kat Taman Rama-Rama kat KL tu...Semua jenis yang sama kat sini..
Yang agak menarik bila masuk segmen bunga2an...Pelbagai jenis bunga yang tak bleh didapati di bawah...ada kat sini.Baru la bermakna ada tiket masuk..........Lihat lah sendiri foto2 yang dilampirkan.100% foto yang diambil masa tu kita load kat sini...
Dah letih naik tangga dalam taman tu,kami pun kuar singgah ke kedai diatas.Memang macam2 ada.Yang depa promote masa tu ialah jeruk strawberi kering.Andaiah ayah ialah...1)Jeruk strawberi ni produk terbaru Camern Highland..? 2)Musim strawberi manis dah diluar musim.Yang ada jenis strawberi yang saiz kecil dan masam.Sebab tu depa buat jeruk strawberi kering kut...?
Sudut serangga yang di "Frame" kan memang menarik utk di ambil foto.Cuma tak berminat nak beli...Maklumlah ayah ni "Kampung Boy"...tak heran ngan menda2 macam tu..

Kat depan tu ada bangla tengah kutip Kobis utk dijual.Ada ambil video bagaimana depa kutip,potong dan campak dalam "LandRover" lama.Nanti kita Uploadkan kalau dah pandai nak buat....
Last sekali kita posing kat papantanda tu...Ada 2-3 taman yang sama konsepnyer.Tapi malas nak masuk.Tapi memang memberi impak yang besar kepada Sofia....,sebab esoknyer dia nak masuk taman yang lain pulak...Tapi tak terlayan kerana dah ada plan nak pergi tempat lain..

.....(Ayah)...... .












View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net