Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Jun-2008 08:00 Email | Share | Bookmark
Perjalanan Percutian ke Cameron Highlands.

Simpang Pulai to Cameron Highland 2
Simpang Pulai to Cameron Highland 5
Simpang Pulai to Cameron Highland 6
Lunch at Kg Raja
Hotel Room- 2 Double Bed + 1 Single Bed
Small Dusty TV-Power Ranger on Show
Scenery from hotel room 1
Scenery from Hotel room-2
Scenery from Hotel room-3
Kali terakhir kami sekeluarga ke Cameron Highlands lebih kurang 7 tahun lalu.(Y-2001..agaknyer).Masa tu baru beli UNSER.Kira merasmikan keta baru ke Cameron Highlands la...
Tapi masa tu anak2 masih kecik lagi..Haziq baru berumur 1 tahun,Nana=2 tahun dan Aliah 7 tahun.So haziq pasti tak ingat dan Nana ,ingat2 lupa.So destinasi ni sesuatu yang baru buat diaorang.Cuma expectation Sofia..tidur hotel dan mandi kolam..!!!!
Ayah..."Kolam mandi tak de dik..!"
Sofia..."Nape tak de kolam mandi..?Kat melaka dan pangkor ada kolam..?"
Ayah...."Kat Cameron sejuk...tak perlu kolam mandi..."
Sofia..."Ala.....adik nak kolam..."jawapnya..Memang betul budak2 ni "wagamama" kata org Jepun...
Perjalanan yang dipilih ialah route baru dibuka...Simpang Pulai ke Cameron Highland....sebab,1)tak pernah lalu lagi,2)Jalan tak curam dan tak banyak kenderaan..boleh cepat sampai..
Oleh kerana laluan baru,kami lebih santai menikmati pemandangan.Cuma terlupa untuk ambik gambar orang asli berjualan petai dan rebung buloh di sepanjang jalan.
Haziq..."Mama,kita sampai awan ker...?"
Mama..."Bukan setakat pegang awan,nanti kita berada atas awan." balas mama dengan rasa tak percaya dan tak terbayang anak2 macamana berada atas awan...!!!???.Mungkin depa pikir UNSER ni bertenggek atas awan macam citer DORAEMON tu kut.....hahaha...
Start dari pertanyaan tersebut,barulah teringat untuk merakamkan suasana sepanjang jalan tersebut.
Memang nampak penerokaan hutan dan bukit bukau semakin banyak....terutama di Blue Valley bersambung ke Kg.Raja dan Brincang.

Tengahari berhenti di Kg Raja dan makan tengahari.Suasana mendung.Gerai melayu terhad disitu dan lalat agak banyak.Ketika hampir habis makan,terdengar seseorang bersembang bahasa banjar.Agak terperanjat kerana ada banjar dicelah2 Cina kat situ.Kita orang pun tegur la kakak tu,tanya punya tanya..? orang kampung mama kat Kg. Gajah,Tanjung Tualang...!!!!
Sampai Brinchang,terus check in hotel (Guan Hin Hotel)..rupanya hotel tu di main road dan mengadap Pusat Kraf.Suasana kurang selesa,tapi nak buat camana? Itu jer yang available musim2 cuti sekolah ni...Itupun mama buat tempahan 3 minggu sebelum datang.Dapatlah bilik utk famili,2 katil besar dan 1 katil single.Tak de ruang utk berlari2 dan solat..(kita solat atas katil,siksa menahan utk berdiri kerana tilam spring...!!!)
Lompatan dari katil ke katil adalah aktiviti utama dalam bilik utk anak2.....
Ada TV kecik atas almari tu yang berhabuk sangat.Ayah turunkan TV dari atas almari sebab tinggi sangat nak tengok..Bila dah turun..terpaksalah cuci TV tu dari habuk2.....Ini elok mintak diskaun ngan tokeh hotel ni..pasal datang dari jauh,pas tu kena cuci TV lak.....
Rupanyer ada citer lain pasal bilik ni......yang itu mama kena komen dalam foto yang lain nanti....Patut laaa.......
.Lepas solat jama' qasar,kita pun start berjalan.Oleh kerana cuaca kurang baik,decide utk ronda2 dan survey tempat mana nak g esok.....

....(Ayah)...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net