Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  74  75  76  77  [78]  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 22-Aug-2006 13:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru..!

Wak Mas dan Maya
Staff Autovisor Plastic Sdn Bhd...
Maya Autovisor,bukan Maya Karin....!!!? hehe...
Selamat Pengantin Baru..moga kekal ke anak cucu.
Lokasi;Padang Jawa,Klang.

...(Ayah)..




Saturday, 24-Dec-2005 16:00 Email | Share | | Bookmark
Kek dari Atuk Kuroda untuk Harijadi Haziq.

Di Rumah Kuroda.
Wah....seronoknyer Haziq..
Setiap kali pergi melawat "Atuk Kuroda",kebiasaannyer ayah akan bawak anak2 sekali.So,"Atuk Kuroda" akan tahu perkembangan anak2 dari kecik sampai besar.Maklumlah..,dia pun dah ada sorang cucu perempuan.Hanya Haziq yang menarik minat dia.Dia pun tahu akan bagi/sediakan biskut atau keropok kat Haziq setiap kali datang.
Kena pulak perangai Haziq yang suka "ciluk" biskut atau jajan Atuk Kuroda yang sentiasa ada atas meja tu.(Walaupun dah liat...eg; Senbei yang dah expired...hehehe..)
Kebetulan sempena harijadi Haziq,Kuroda ada call suruh datang rumah dia sebab dia dah beli kek utk harijadi Haziq.Kembanglah hidung Haziq bila dapat tahu Kuroda belikan kek!!!
Cuma Kuroda tak tahu kek kegemaran anak2,so seronok motong kek jer,tapi tak habis makan.Lebih kena bawak balik la.....
Mungkin Kuroda rindu ngan cucu dia dan cucu2 sedara dia....hanya anak2 ayah jadi pelepas rindu gamaknyer....
Kalau shopping tu siap pesan,"amik apa anak2 nak makan...jangan malu"..katanyer.
Tapi ayah yang tahan2 budak tu ikut sesedap rasa jer amik macam2...kang dia ingat anak2 ayah ni nak "PAU" dia,walaupun dia tak akan terdetik macam tu.
Tahniah buat Haziq...boleh lah jadi cucu angkat Atuk Kuroda....!!!


...(Ayah).....



Friday, 16-Dec-2005 20:00 Email | Share | | Bookmark
Anak-anak ku.....(di tahun 2005)

Permata hati ayah..4 jer..!
Pia n Ayong
Tengah comel2...belum nakal lagi
View all 4 photos...
Ini adalah koleksi gambar2 lama yang ada dalam simpanan ayah.Yang lain dalam bentuk "HardCopy" atau foto atas kertas.Ayong baru darjah 5 dan nak naik darjah 6 tahun depan.Nana pulak akan masuk darjah satu sama sekolah ngan Ayong-SRAI Seksyen 19.Haziq akan sambung pra sekolah kat Seksyen 2.Tahun depan Haziq ke sekolah sorang2 la.....naik bas.
Bibik yang bertanggung jawab ialah "Bibik Busuk"-Yanti.
Sofia baru nak membesar.....kerana lahir tak cukup bulan.Alhamdulillah dia sihat setakat ini dan tak de masalah macam orang2 lain yang lahir tak cukup bulan tu...
Amin....


...(Ayah)....







Friday, 9-Dec-2005 10:00 Email | Share | | Bookmark
Citra MultiPrint & Advertising ....tinggal kenangan.

Premis ini di S9,Shah Alam
Antara hasil kerja & produk
Pelbagai printing dan stiker
View all 9 photos...
CITRAMPA Enterprise. Itulah singkatan kampeni perkongsian antara ayah,Acik Fendi dan Acik June yang mula beroperasi pada Dec 2005 di S9.Kebetulan kawan ayah-Tarmizi ada ruang kedai untuk di sewa masa tu.Ayah pun setuju kerana tak ada kawasan lain yang stratejik yang ada ruang kosong.Kalau ikutkan Acik Fendi,menyelit kat Kompleks PKNS,tapi dah tanya memang tak ada kekosongan.Oleh kerana modal kecik jer,so buat permulaan hanya menyediakan perkhidmatan asas dan designing.Dibantu oleh Saiful Azhar sebagaidesigner dan Abang Ninit sebagai penjaga kedai.Ada satu ketika di bantu oleh Kak Huda selama lebih kurang 2 bulan.
Kerja ayah banyak keluar,cari job.Alhamdulillah,berkat pertolongan kawan2,job memang sentiasa ada.Dengan bantuan Bob,Naza,kwn2 di JAIS,MAIS dan lain2 banyak job,cuma ada ketikanya kekurangan "cash" sebab suma nak term payment.Oleh kerana modal kecik,itu yang agak sakit.
Pengalaman Suka;
(akan update lain kali)....terlalu banyak kisah nak citer....
sambung.......
1-Dapat berkenalan dengan ramai pelanggan dari ofis disekitar S9.Diantaranyer Felda Selangor,Peguambela dan peguamcara,kedai kek dan lain2.
2-Masa yang flexible.Tapi selalu lewat balik kerana menghantar pesanan barang atau menyiapkan bahan tempahan.
3-Dapat kepercayaan dan credit term dari supplier;(printer-Klang,dan Inkjet printer-Puchong).
4-Mendapat kepercayaan menyiapkan projek "top urgent" @ last minute projek ngan JAIS.
5-Expose to business oppurtunity.(nasib belum menyebelahi lagi).
6-Kulit muka dah tebal.....Sekarang, 'No problem" kalau nak jumpa orang.
7-Exposure kepada procedure MBSA dan permohonan geran SMIDEC,(memulakan perniagaan).

Pengalaman Duka;
1-Pelanggan tak bayar payment.
2-Kehabisan modal,terpaksa re-finance Unser yang nak habis bayar...lagi 7 tahun..!
3-Hutang ngan adik beradik utk amik modal projek baru.
4-Tak leh bayar hutang tu lagi....
5-Kawan@pelanggan ambik kesempatan "PAU" perkhidmatan,masa,tenaga dan duit poket.
6-Bila kawan sendiri "kutuk" dari belakang dan janji tinggal janji.
7-Bayaran installment utk kereta,rumah dan lain2 tertungak-tunggak.
8-Mama terpaksa membuat pinjaman ngan BSN utk menampung perbelanjaan dan hutang(kerana mama org gomen).Perkara yang tak terfikir dan tiada keperluan utk meminjam sebelum ni.

Iktibar dan moral of story.
1-Ayah respect habis pada businessman yang telah berjaya dan established dalam perniagaan mereka.Sebenarnya ...buka senang nak jadi usahawan yang berjaya.
2-Modal sedikit=margin yang sedikit.Expenses yang tak terkawal akan menyebabkan shortage of "cash flow".
3-Cash payment is definately VERY2 GOOD measure.
4-To get debit dari supplier,jangan sesekali memungkiri janji nak bayar payment.
5-Bukan saja servis ngan customer kena bagus,tapi kena ada "hati kering" nak reject job yang tak berbaloi nak buat.
6-Jangan harapkan janji sesiapa,hatta kawan baik sendiri.Dia tak rugi/rasa apa2,pasal kita yang akan menanggung sendiri.
7-Pengalaman yang sangat berguna utk bersiap sedia for the next "project".
8-Support dari keluarga sangat penting,dan kewangan sahaja bukanlah perkara yang boleh menyelesaikan masalah.
9-Persediaan yang selengkapnyer adalah perlu sebelum memulakan perniagaan terutamanyer dari segi modal.Mungkin sebab tu "Business Plan" sangat penting.Kita perlu mengikut perancangan perniagaan yang telah dibuat kerana semua budget dan lain2 nyer sudah dijangkakan dan di atur.
Ayah akan cuba sekali lagi....NEVER GIVE_UP.......!!!

....(Ayah)....





[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  74  75  76  77  [78]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net