Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  74  75  76  [77]  78  >  >>]    [Archive]
Saturday, 14-Jul-2007 18:30 Email | Share | | Bookmark
BON ODORI '07-Stadium Matsushita.

Kami di Stadium Matsushita utk BON ODORI
Anak2 dan Atuk Kuroda.
Anak2 dan Atuk Kuroda..
Atuk Kuroda mengajak ke Pesta BON ODORI tahun ni,setelah lebih 10 tahun tak pernah datang.Kali pertama dan terakhir semasa baru lepas kawin.Itupun kerana rumah sewa di Seksyen 24 tu dekat sangat ngan Stadium Matsushita.Malas nak masuk tiap tahun kerana aktiviti bermula bila nak senja@maghrib dan berakhir dalam pukul 9.00pm.10 tahun dulu tak ada khemah surau.So kita pergi lepas maghrib.Orang pun tak ramai,boleh parking dalam stadium lagi.
Kali ni masalah parking tak de,kerana Kuroda bleh tunjuk kad kuasa @ Kad Keahlian JC (Japanese Club),boleh masuk parking dalam premis Matsushita.Kalau tidak,kena parking luar,menapak sehingga 1 km dari stadium.
Banyak kelainan dan KAIZEN yang dah dibuat.
1)Khemah Surau Lelaki dan Perempuan yang luas,siap dengan pili utk amik air sembahyang.
2)Toilet bergerak yang banyak.
3)Gerai jualan yang banyak..meriah sikit....
Kalau masa mula2 BON DORI diperkenalkan di sini,hampir 100% pengunjungnya ialah orang Jepun sahaja.Lepas tu semakin ramai local yang join menari.So,sangatlah obvoius kalau ada local datang.Bila masa menari,Jepun2 sangat suka kalau kita boleh ikut rentak tarian depa.Kadang2 ada pemilihan penari"terbaik" selepas setiap lagu habis diputarkan dan di beri hadiah.Hadiah2 pulak lmasa tu lumayan.Boleh dapat TV besar,mesin basuh dan lain2 barangan elektrik sumbangan kilang2 yang ada kat Mesia ni.Sekarang dah tak ada dah merasa hadiah yang "grand2".
Semua mainan,makanan,aiskerim dan lain2 di "sponsor" oleh Atuk Kuroda pada malam tu.Selepas lagu terakhir dalam pukul 9.30 malam kita pun berangkat balik.
Pengunjung di anggarkan 10,000 orang pada malam tu oleh orang disekitar Lembah Kelang,Negeri Sembilan dan Melaka.Kata Kuroda,wilayah utara dianjurkan kat Penang.Tapi tak seramai kat Shah Alam.
Jumpa lagi pada tahun depan,kalau ada kelapangan....

...(Ayah).... .



Tuesday, 10-Jul-2007 09:30 Email | Share | | Bookmark
Sofia protes tak dapat beli pet-pet.....??

Cebisan RM 1 di laminate oleh mama.
Kalau duduk rumah ngan pembantu,Sofia akan panggil bai jual roti @ pet-pet (berdasarkan bunyi hon nyer).Hari tu Sofia lewat bangun dan pet-pet dah lalu.Kerana marah tak dapat beli roti,duit ni dikoyak nyer..Mana cebisan lain pun tak dapat dijumpai....
Rugi kita RM1 hari ni..............
Lain kali bangun awal,tunggu pet-pet depan pagar yer...?!??

...(Ayah)...



Friday, 22-Jun-2007 00:57 Email | Share | | Bookmark
Bengkel ISO 9002 @ K.Kinabalu..

Peserta bengkel...satu ofis ni..?
Pening....!!?
Acara sampingan yg lebih menarik.
View all 6 photos...
Bengkel @training untuk ISO 9002 kali ke 2 ni lagi hebat.Ofis mama dapat pergi Kota Kinabalu.Naik kapalterbang tu......Kat swasta..manalah nak dapat menda macam tu.Setakat training jer dapat pergi "oversea"..?!!Ayah pernah juga dapat pergi Kuching utk "training+trip" hujung tahun semasa bekerja ngan Tamura,Sg Way dulu.
Orang yang bleh dihubungi kat sana ialah sahabat baik Sdr.Iskaharuddin.Dulu dia kerja SIRIM Shah Alam,lepas kahwin dia balik KK kerja SIRIM,Cawangan KK.Sekarang dia dah Free Lance buat konsultanISO dan bisnes transport utk PLKPN?....
Nyata si Iskahar pun terkejut bila mama datang KK atas tiket Bengkel ISO......Kami yang kat swasta ni tentulah rasa agak pelik dan janggal....sebab kat swasta ni suma kena kira.Bukan mudah nak pergi "oversea" semata2 nak training.
Apapun,buka selalu depa dapat peluang seperti tu.Dan mama shopping gelang crystal utk Tok Teh,Zida dan lain2.Sendiri nyer tak sempat nak beli.Dapatlah bawak balik cengkerang siput yang besar sekali tu.Nak beli satu set,tak cukup tangan nak mengangkut kang.....
Ayah pun nak plan pergi KK jugak kalau ada rezeki nanti,bawak satu family dan bawak "Atuk Kuroda" sekali.Dah lama dia pesan,kalau nak g jalan2,dia nak ikut.Setakat ni belum jumpa masa yang sesuai lagi.Mungkin pergi K Terengganu-Pulau Redang atau K.Kinabalu.Dah survey jugak ngan AirAsia.Ayah kena sediakan duit tambang dalam RM 1500.Belum termasuk hotel dan makan.Apatah lagi duit shopping.Tunggulah dapat bonus nanti.....
Anak2 pun kena score "A" semua kalau nak naik kapalterbang....Selamat mencuba anak2...

...(Ayah)... .




Friday, 2-Feb-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Bengkel ISO 9002 @ Cameron Highlands

Bengkel.....dan bengkel.
Tak leh pisah....
Lawatan sambil belajar...
View all 5 photos...
"Ayah...mama nak p kursus kat Cameron Highlands 3 hari.."kata mama minta izin lebih kurang sebulan sebelum berangkat.Ingatkan kursus apa...rupanyer bengkel ISO jer...(kalau kat kilang swasta macam ayah ni kira training ISO lah....).Swasta selalu buat inhause training jer...kalau nasib baik,dapatlah training kat hotel 3 bintang dekat2 ofis jer...
Itu lah GOMEN namanyer....untung kerja ngan GOMEN ni,ada peruntukan nak buat jauh2,pas tu hotel pun 5 bintang.Training 5-6jam,yang lain "lawatan sambil belajar"...
Jangan mare ye mama,dan juga orang2 GOMEN.Ayah pun kalau bleh nak masuk gomen jugak dulu,tapi Wak Man tak bagi ayah masuk GOMEN walaupun Wak Man ada kabel nak buat cam tu....
Bila dah ramai tanggungan dan komitmen ni tak leh la nak lompat ke GOMEN lak,pasal gajinyer yang "jauh beza".Kang lari budget bulanan...hehehe...


...(Ayah)...




Sunday, 1-Oct-2006 10:00 Email | Share | | Bookmark
Laman ku - sepanjang 2006.

Burung pun boleh tumpang "mandi"
Air terjun buatan sendiri.
Batang pokok bunga kertas terbuang...
View all 12 photos...
Lebih dari 6 pokok tanduk rusa di lama rumah,tapi ada yang "terjatuh" kerana berat dan dawai berkarat.Sebahagian nyer kita bagi kepada sesapa yang berminat bila tengok pokok kitaorang.Semakin banyak kita bagi orang,semakin banyak tunas baru tumbuh.
Oleh kerana rumah kami jer yang "menghijau",banyaklah unggas2 singgah kesini.Antaranya burung,tupai,rama-rama,kelawar(waktu malam makan buah jambu) dan lebah menyedut madu bunga.Seronok bila dengar urung berkicau awal pagi.
Semasa hujan ribut melanda S7,banyak pokok yang tumbang.Ah So rumah hujung kena angin kuat dan menyebabkan pokok bunga kertas nyer tumbang.Kami perasan semasa lalu dihadapan rumahnyer.Kami pun tawarkan diri utk memotong dan mengemas pokok yang tumbang(dalam gerimis hujan),dengan erti kata lain,kami mintak pokok besar yang tumbang tu.Berat juga nak masukkan dalam Unser kitaorang.Bila dah dapat,segera petang tu kami ke Sg. Buloh mencari pasu besar.
Pokok bunga teratai hidup subur ketika tak banyak pokok besar dihalaman.Dia perlukan cahaya matahari penuh pagi sampai petang.Bila saingan dah ada utk dapatkan cahaya matahari,teratai semakin malas berbunga(warna merah).
Pada masa ni,kami hanya menumpukan pokok2 yang senang dibela sahaja kerana kesibukan bekerja.Kalau dulu kami banyak pokok okid,tapi tak terjaga dan lama2 tak berbunga.Berpuluh2 pasu kita pernah ada pokok okid pada satu2 masa.
Kami juga berhenti membela ikan hiasan dari toman ke kalui dan akhirnya ikan kelisa(silver arowana).Ikan mati kerana melompat keluar dari akuarium.Mungkin dia nampak cicak kat atas akuarium tu.Sebagai ganti,kami guna akuarium tu untuk buat "mini garden"
Dan akhir2 ni kami tanam bunga2 yang berbau harum.Pokok "creepers" yang berwarna merah putih ni sangat harum,terutama diwaktu malam ketika angin tiada.Begitu juga dengan bunga "kerak nasi" @ kesidang yang wangi macam bau pandan.
Seronok menunggu pokok ni besar dan ber"evolusi" melalui rakaman2 foto yang ada.....


...(Ayah)....







[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  74  75  76  [77]  78  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net