Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  74  75  [76]  77  78  >  >>]    [Archive]
Saturday, 25-Aug-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Family Day SUK Selangor-Sunway Lagoon

Pemandangan dari Parking.
Entrance..
Mini gelungsor....
View all 24 photos...
Selepas sahaja balik dari Pangkor,anak2 mendapat "durian runtuh" berseronok kerana SUK buat family day di Sunway Lagoon lak.Acara bermula agak awal dan kami pergi dalam pukul 10.00pagi.Acara telematch dah pun bermula.(kita pergi lewat kerana mama tak bertugas hari tu).
Sampai2 jer,terus masuk kolam ler...Berhenti sekejap utk makan tengahari yang disediakan oleh penganjur,lepas tu masuk air lagi.Acara yang disukai oleh Nana dan Haziq ialah meluncur.Ayah tukang tengok dan monitor budak2 jer.Nak mandi pun tak sempat.Bila dah sampai tengahari,keadaan semakin sesak dengan pengunjung yang semakin ramai.Nak tukar baju kat toilet pun beratur panjang giler.....Lama tunggu Ayong salin baju.Oleh kerana Sofia tak berapa sihat,kami balik dalam pukul 2.00ptg,walaupun boleh main sampai petang.Lagipun masing2 dah letih nampak gayanyer.
Panas terik menggelapkan muka suma.Dah macam muka bangla lak.....(Bangla..jangan marah...>!?)Harimau yang ada sebagai salah satu tarikan pengunjung.Mungkin nak bawak budak2 ni ke Zoo Negara la pulak.Hanya Ayong yang pernah di bawak ke Zoo dan buat lawatan ke Zoo semasa sekolah rendah.


....(Ayah)... .
.










Sunday, 19-Aug-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
Pulau Pangkor 2007

Dari kenduri ke Pangkor
Feri ke Pulau.
Pengalaman pertama Sofia naik Feri
View all 41 photos...
Ini lawatan kedua ayah dan mama ke Pulau Pangkor.Tapi lawatan pertama tak menginap di sana.Sekadar naik feri dan turun sekejap shopping sikit,beberapa tahun dahulu ( 7-8 tahun lepas..?).Kali ni dah plan cuti baguih punya sampai Selasa pasal kalau hujung minggu tentu sesak pulau ni.Hotel pun tak susah kerana banyak motel,hotel dan chalet disekitar Teluk Nipah ni.Kat sini makan pun senang kerana ada gerai makan disepanjang pantai disitu.Kalau makan kat chalet pun boring jugak.Kebetulan chalet hanya buat makan2 atas permintaan sahaja.Biasanyer utk group2 yang ramai.
Bilik kami terletak dihujung bangunan dan mengadap swimming pool...! So anak2 memang kalau celik mata jer nak masuk pool main air.Oleh kerana keluasan tanah terhad,antara chalet bersebelahan,bangunan nyer terlalu hampir.Kalau ada skill,boleh lah melompat menyeberang ke chalet sebelah.
Selain pantai nyer yan bersih,aktiviti yang dinanti2 ialah snorkling.Kami pergi ketengah awal2 pagi lepas sarapan.Air tengah pasang masa tu.Seronok melihat ikan2 berenang dan makan roti yang kita bawak.Cuma masalah nyer Sofia masih takut air laut.Susahlah sikit nak buat aktiviti extreme sikit.Haziq,Nana,Ayong...tak de masalah kerana pakai "life jacket",tak pandai berenang pun boleh ketengah sikit tengok ikan.Lebih kurang 1 jam kemudian,dah ramai yang datang dan membuatkan kawasan melihat ikan semakin sesak.Walaubagaimanapun,keluarga kami antara yang last sekali keluar dari situ..PUAS la kut masing2..?
Yang tak puas lagi tu bleh sambung kat pool atau kat pantai pulak.Sebelah malam tak kemana dan tidur cepat setelah keletihan main air waktu siang....
Aktiviti terakhir, kami melawat satu pulau.....seperti dalam gambar tu...?
Next destination...?Pulau Redang atau Taman Negara,Pahang...?
Kita tengok budget dan masa........

Apa lagi yang menarik...?
1-Teh tarik Pulau Pangkor....ada buih lagi....?!!
2-Lalat banyak kat gerai makan disini..mungkin ada musim lalat banyak kut..?Biasa2 kan lah diri anda dgn. gangguan lalat.
Yang lain? OK......
3-Sampai Mainland....macam "bangla",bila suma orang hangus.....

.....(Ayah)....















Sunday, 19-Aug-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
Kuala Kangsar(Labu Sayong)-Trip.

Bermalam di rumah Norli/Kak Lus
Singgah ke Labu Sayong jap.
Beli Labu jer....
View all 5 photos...
Ada jemputan kenduri kat Bagan Serai-Kerabat Opah yang rajin datang beraya atau kenduri.Oleh kerana ayah pun tak pernah pergi rumah dia semenjak kahwin sampai sekarang,so kita pun decide nak hadir kenduri kawin anak dia ni-demi merapatkan persaudaraan "kulaan".Sambil nak kesana,kami plan nak singgah Ipoh-ruman Alin dan menginap di K.Kangsar-rumah Norli/Kak Lus.Barulah ke Bagan Serai dan terlanjur dah sampai,kita pun plan terus ke P.Pangkor lepas tu.
Pagi2 lepas sarapan kita nak tengok industri Labu Sayong di Kuala Kangsar.Kerana masih awal pagi,tak ranai lagi orang datang.Tokey kedai pun baru bangun tidor kut..?
Tak ada apa nak diborong pun,cuma beli Labu 2 biji,buat kenangan.Lagipun bleh dapat harga bagus berbanding harga di KL atau Shah Alam.....lebih kurang 50% jer....


...(Ayah)...




Sunday, 12-Aug-2007 20:45 Email | Share | | Bookmark
FunFair at Stadium Shah Alam-2007

Takut2 mau...
Abang mesti duk depan....!!!
Nak jadi pilot ker...?
View all 5 photos...
Tak ingat sempena Expo apa..tapi di sebelah stadium ada JOM HEBOH dilangsungkan.Oleh kerana JOM HEBOH dah pernah pergi,kali ni ajak anak2 pergi "funfair" je sebelah malam,supaya tak kepanasan kalau waktu siang.Permainan tak la banyak macam kat Genting tu,tapi kira mengujakan anak2 pasal depa ni tak pernah lagi datang "funfair" ni.Setakat naik kuda atau naik ultraman yang masuk "coin" tu adalah....
Permainan yang berisiko tinggi macam Pirate Ship....tak nak bagi naik.Agak cuak ngan tahap keselamatan funfair pasang siap ni.
Setakat pusing2 bodoh tu OK la kut..? Kalau nak merasa yang lebih lagi kena pergi Taman Tema Genting la.......
Kali ni sekadar nak bagi expose anak2 ngan dunia funfair jer...dunia yang ayah pernah rasa masa kecik2 dulu kalau ada sarkis datang pekan Sg,Besar...........
Setakat roller caster tu agak biasalah jugak naik masa kat Jepun dulu,dan "zero gravity drop" masa training kat OSAKA.

...(Ayah)... .



Tuesday, 7-Aug-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Semasa di Peps-JV,Batangkali.

Sebahagian QA staff.
Kilang baru-P2 VIVA line
Makan2-Azie farewell.
Setiap hari berulang alik dar Shah Alam ke Batangkali mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dan balik lebih lewat kerana terpaksa melalui pekan "koboi" Rawang dan susur keluar ke tol Rawang.Ayah terpaksa mengalah kerana setiap hari pukul 6.30 pagi selepas suboh mesti bertolak.Kalau idak,lewat sampai ofis.Bila sampai rumah selalu selepas maghrib.Dah penat..makan2 terus tidur.So mama stress kerana terpaksa menguruskan anak bangun pagi,bersiap dan hantar sekolah.(Tadika utk Sofia).Sebelah petang pulak mama amik anak balik sekolah dan masak......Hai...tensen..tensen.....!!
Ayah mengambil keputusan berhenti dari Peps selepas setahun kat sana.
Pertama kali dalam organisasi,ayah ada 80 staff(24 orang engineer bawah seliaan dan lain nyer inspector.)Memang keja yang "tough" kat situ.
Selepas tu(sementara menunggu dapat kerja),ayah tolong Murnisham "mengerja"kan RPI,syarikat bumi yang sakit tenat.Memang cabaran buat ayah kerana kena jaga semua section kecuali HR dan Finance........."Bergaduh" ngan Proton,Perodua dan supplier hari2.
Satu pengalaman yang ber erti........

...(Ayah)...



[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  74  75  [76]  77  78  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net