Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  74  [75]  76  77  78  >  >>]    [Archive]
Saturday, 15-Sep-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sepanjang Ramadhan 2007....

Haziq tak nak makan sahur
1st day berbuka puasa
Rasa nak makan semua..
View all 7 photos...
Nana dan Haziq ni macam kembar.Kalau sorang demam,sat lagi berjangkit lah.Kalau sorang tak puasa,yang lagi sorang pun tak nak puasa.Tahun ni Haziq dah darjah 1 dan nak berpuasa pulak.Tahun lepas boleh dikira hanya beberapa hari jer berpuasa.Alhamdulillah.....Nana pun tak de masalah nak puasa jugak.Kalau idak,sanggup dia buka puasa semata2 nampak Haziq makan sesuatu.
Semangat yang Haziq tunjukkan memang memberi mama semangat nak masak sedap2 makanan kegemarannyer.Haziq ni memilih sikit tang makanan.Nana paling senang dikejutkan.Haziq pulak masa puasa siang sampai terawikh..OK,cuma bila masa dikejutkan sahur,suka ngamuk2 tak nak sahur.(Macam marah kalau kena kejutkan sahur).
Sepanjang ingatan ayah,Haziq dan Nana tinggal puasa 4 hari jer...(Nana pulak dai boleh tahan sampai berbuka,tapi kalau nampak Haziq bukak puasa kerana "tak tahan",dia pun akan merenggek nak buka puasa jugak.)
Sebelah malam,Haziq ikut ayah pergi surau bertarawikh.Mama belum dapat pelung kerana masih ada si kecil-Sofia.Tunggulah dia besar sikit kut..?!
Ayah upah RM 3 setiap sehari dapat habis kan puasa.(Itu duit belanja harian sekolah dia jugak.).Tapi duit terus ayah masukkan dalam akaun masing2 termasuk duit raya yang depa dapat.So ....tak de lah UPMH..!! sangat,pasal tak rasa pegang duit sendiri.
Bila tak de aktiviti hujung minggu tu...bleh lah mengacau mama kat dapur....hehe..
Tahun depan ayah ambik banyak gambar lagi sepanjang Ramadhan.


...(Ayah)... .


Wednesday, 12-Sep-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga QA-PEPS-JV d Sg.Pinang, Batangkali.

Goreng ayam panas2...
Group anak2 gadis...
Apa2 pun,haziq mandi dulu..
View all 14 photos...
Semasa ayah bekerja di Peps-Jv,inilah aktiviti yang dirancang.Tetapi oleh kerana sibuk,tertunda beberapa kali sehinggalah ayah berhenti kerja.Tiba2 dapat call dari staff yang depa dah arrange Family Day,diminta dapat join sekali.
Ayah jarang miss join aktiviti2 yang macam ni.Walaupun jauh ke Batangkali,kami pergi sekeluarga.Tak payah bawak apa2,datang bawak perut jer,kata depa..
Oleh kerana lokasi ni agak terlindung,kami pu sempat terlajak sampai ke atas(Cable Car-Genting).
S dapatlah jumpa suma geng2 masa kat Peps dulu.Memang depa buat agak "grand",pasal siap masak2 kat situ.
Kami balik agak awal sikit.
Terimakasih buat team QA yang memberi sokongan semasa ayah bekerja disana.Terutama SI,Bob,Bain,Zus dan semua staff yang bawak famili masing..Kalau buat acara lagi jangan lupa ajak kita...hehe....

...(Ayah)... .






Saturday, 8-Sep-2007 16:00 Email | Share | | Bookmark
Tengok2 Pasu/Tempayan...-Glenmarie

Ada berudu la dalam ni...!!!
Kalau lah laman rumah kita luas....!!?
Suatu petang lalu kat Glenmarie,jumpa nursery dan jualan tempayan.Memang nak tengok jer,pasal dengar lokasi"Glenmarie" pun dah tau harganyer pasti mahal.Terletak berhampiran dengan Kelab Golf dan ditanah rizab talian TNB.
Memang banyak pasu dan tempayan yang menarik.Sekurang2nyer kalau ada lot banglo nanti baru sesuai nak letak pasu2 yang besar2 ni...........
Kami selalu nyer nak tengok dan cari idea "decoration" jer.Kat rumah pun dah ada 2 tempayan besar yang kita tanam pokok bunga kertas dan pokok teratai.Satu Opah punya dan satu lagi mintak kat Wak Ni.Dia buat tempat peram benih padi sampai keluar tunas dan akar sebelum menaburnya ke sawah.Ayah "aim' satu lagi tempayan besar embah kat belakang rumah tu......Embah masih nak pakai walaupun dah ada kolah besar kat rumah...

...(Ayah)....



Friday, 31-Aug-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Kawad Hari Kemerdekaan ke-50,2007

Peserta Team SUK
Kebaya....caya lah..
Ini foto standard...!Tak de org lain ker...?
Mama menyertai kawad dan raptai sempena Hari Merdeka kali ni,mewakili team SUK Selangor.Setiap tahun SUK menang perbarisan,dan tahun ni jugak nak mempertahankan kejuaraan tu.Macamanalah orang lain nak menang...sebab memang persiapan tu lebih awal dan latihan dijalankan secara bersungguh2.Siap ada jurulatih kawad lagi.Dah tu "budget" utk pakaian pun boleh tahan jugak.Kebaya kuning youuuu.....!!?Dari kepala sampai kaki..dibagi/disiapkan.Itu belum termasuk kasut,T shirt dan tracksuit masa latihan..
Mama dah pesan utk bawak anak2 menyaksikan perbarisan pada 31 Ogos di padang dataran awal2 pagi.Apakan daya kerana anak2 lewat malam sebelumnyer kerana gara2 tengok bungapi,masa balik terperangkap dalam kesesakan.Agak2 dah terang sikit,kejutkan anak2 dan terus ke dataran dalam pukul 9 pagi,tapi upacara dah habis.Cuma dapat tengok peserta perbarisan menuju ke bas masing2 nak balik dah.Tak dapatlah mama nak menunjukkan kehebatan pasukan mama pada anak2.Gambar jer pun jadilah..
Keputusan...dapat Naib Johan jer....alasan,kerana nak bagi peluang team lain menang.Asyik SUK jer....nanti team lain tak ada motivasi nak berkawad tahun depan pulak...betul tu....
Apa2 pun,tahniah untuk mama.....!!
Anak2...tahun depan lah kita tengok perbarisan tu.......InsyaAllah.

...(Ayah)...



Thursday, 30-Aug-2007 21:00 Email | Share | | Bookmark
Kokusai Hanabi Taikai -(50 Tahun Merdeka @ Putrajaya).

Baru sampai
Kuroda pun tertunggu2
Main dan makan tunggu countdown
View all 8 photos...
Memang kita tahu ada pertunjukan bungapi sempena 50 tahun kemerdekaan,tapi tak de plan nak pergi kerana anak2 sekolah.Kebetulan ada penyertaan dari Jepun dan Atuk Kuroda ajak tengok sekali.Setelah buat check kat website,memang ada team Jepun aka buat persembahan malam "countdown" kemerdekaan.Kuroda lak kata bungapi akan bermula selepas maghrib.Kita pun bergegas amik kuroda selepas solat Maghrib dan ke Putrajaya.
Sampai sana memang dah ramai rang datang.Tunggu punya tunggu sampai anak2 naik boring....rasanyer pertunjukan akan bermula pada tepat pukul 12malam.?!Pengunjung lain pun tak tahu ada perubahan masa,sebab malam2 lain pertunjukan mula dalam pukul 9.00 malam.Jenuhlah menunggu 3 jam pulak.
Akhirnya pertunjukan bermula tepat pukul 12 malam.
Komen ayah;
1)Biasanya kat Jepun ,pertunjukan bungapi akan dimulakan sebaik sahaja matahari terbenam.
2)Pertunjukan pada malam tersebut "biasa" jer bagi ayah kerana ada lagi yang "Grand" semasa kat Jepun.Termasuklah peluang melihat bungapi masa di Tokyo Disneyland sebelum balik Malaysia selepas grad.
3)Laman web Kementerian sepatutnya sentiasa "up to date",terutamanyer kalau ada perubahan waktu.Atau setidak2nyer pengumuman melalui media spt radio sebarang perubahan masa atau aktiviti..

Yang masalah selepas pertunjukan selesai,kami tersalah jalan (arah ke KL) dan terperangkap dalam kesesakan keluar Putrajaya.Kami sampai rumah pukul 3.30pagi..>!!!Rasa tobat tak nak pergi lagi...!!Kesian kat mama kerana esok pagi2 pukul 6 pagi,mama kena pergi ke Dataran Shah Alam.Mama ambik bahagian dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor mewakili SUK.

Walaubagaimanapun,acara itu telah menjadi memori yang indah buat anak2.....


...(Ayah).... .


[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  74  [75]  76  77  78  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net