Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  [74]  75  76  77  78  >  >>]    [Archive]
Thursday, 11-Oct-2007 18:39 Email | Share | | Bookmark
Menjelang Aidil Fitri 2007

Jarang2 ada pelangi sebelum maghrib.
Mungkin pelangi pun nak raya esok..
Sempat potong rambut .oleh Kak Pijah
View all 7 photos...
Famili kami biasanyer antara yang terawal balik kampung.Yang lain,last minit baru sampai.Sekarang ni dah jadi rutin tahunan lak.Kebetulan Atok dan Opah dah tak de...so kita balik bendang jer.Kat rumah Ucu Ani pun,dia sebok ngan keluarga bendang dia(rumah mak Ucu Misai).
Acara tahunan ialah main bungapi.Kalau nak main mercun,kena tumpang mercun abang Aki dan Ninit.Lagipun Haziq masih takut ngan bunyi mercun,sebab ayah tak biasakan@belikan mercun.Cukuplah setakat bungapi jer.....
Kalau bungapi yang besar2 pun akhirnyer ayah jugak yang tukang cucuh....
Masa ayah kecik2 dulu,kena kumpul duit sendiri untuk beli mercun atau bungapi.Sebulan sepanjang Ramadhan menjual ais ketul,kena mengambil/beli ais di pekan selepas balik sekolah-naik basikal jer 6km pergi dan balik....
kemudian berjual di simpang kampung/tepi jalan sampai maghrib.Sehari boleh untung RM 1 jer.Sebulan bolehlah dapat RM 30.Lepas tu belanja sakan beli mercun dan bungapi kesemuanyer..Itulah kepuasan namanyer,tapi embah dan kakak tak setuju sangat.Teruk2 kerja sebulan,bakar mercun dan bungapi ..suma hangus dalam satu malam.....Baju raya still mintak kat embah jugak....!!!hehe,.....

Nota;
Kalau nak bagi puas tengok bungapi..Pergilah Putrajaya.....ada competition lagi.....

...(Ayah)....



Monday, 8-Oct-2007 04:00 Email | Share | | Bookmark
Kad raya dari Nana utk ayah./Haziq untuk mama

Family Nana menyambut raya..?!
Senikata lagu Seloka AidilFitri-Anuar Zain
Siap ada pintu nyer...
View all 5 photos...
Kad nana utk ayah sempena hariraya semasa Nana berumur 8 tahun (darjah 2).
Komen: Hanya ketupat saja yang menunjukkan ini kad raya.Yang lain tiada kaitan langsung...!?Cuma agak kreatif bila ada pintu terbuka/tertutp,macam kad raya jugak la...
Sebelah dalamnyer ada senikata lagu Anuar Zain..
"Berlalu lah sudah Ramadhan,sebulan berpuasa...diSyawal kita rayakan dengan rasa gembira...Anak muda dirantauan,semuanya pulang kedesa,Ibu dan ayah keriangan ,bersyukur tak terkira..."
Entah betul ker lirik ni....?
Haziq pula darjah 1 melukis kad utk mama.
Komen:Cuma ucapan maaf kerana buat mama marah.Mungkin mama sellau marah kerana susah bangun sahur kut...?Lukisan bungapi jer...Macam tu ker bungapi Haziq..??
Terimakasih Nana/Haziq.....dan Selamat menyambut HariRaya.....

...(Ayah)...


Saturday, 29-Sep-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Beli Baju Raya...JJ BBK..

Dah dapat baju ....
Haziq nak baju gambar Ultraman...!
Sofia punya yang ni OK tak?....
View all 5 photos...
Shopping untuk raya kali ini agak lewat kerana beberapa faktor.Salah satu faktor nyer ialah gaji yang belum dapat.Sempena Jualan Raya kat Jaya Jusco Bandar Baru Klang@Bukit Raja,kami pun pergi kesana awal2 pagi.Lagipun JJ tu tak sampai 2 km jer dari rumah.
Tak ada baju yang menarik kat situ,so kita terus ke Reject Shop.Orang pun tak ramai,so senang lah sikit pilih baju.Masing2 dah dapat baju yang dikehendaki hari tu.Peminat Ultraman pun dapat baju dia dah...
Untuk Sofia susah sikit nak dapat baju dia sesuai dengan umur,kerana badan dia yang masih comel lagi ,lebih kecil dari umur sebenar.Untuk Nana dan Ayong.....mama dah tempahkan baju raya.Kat sini beli utk pakai biasa jer.....

Selamat Menyambut Hari Raya...

...(Ayah)....


Friday, 21-Sep-2007 07:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Berbuka Puasa-Perodua at Tropicana Golf Club.

Antara meja yang penuh.
Family Perodua team.
Nice Boss..En Nizam n Isteri
View all 5 photos...
Ketika menghadiri jemputan Berbuka Puasa dengan Perodua QC ni ayah sebenarnya dah berhenti kerj dengan Peps-JV dan sedang bekerja dengan RPI.Ayah mendapat call dari Peps meminta ayah hadir sebagai jemputan untuk meraikan team Perodua berbuka puasa.
Ketika ayah sampai disana,kebetulan En Nizam dan family (anak dan isteri) baru sampai.Sehingga waktu maghrib nak masuk,tak de staff QA Peps yang sampai lagi.Ayah pun terpaksa jadi host pulak menyambut kedatangan staff2 Perodua.Seperti yang dijangka,meja yang ditempah tidak mencukupi kerana staff Perodua ada yang bawak anak2 dan isteri.Ayah lah yang menguruskan kerusi tambahan dan meja.
Rupa2 nyer majlis ni diuruskan oleh En Nizam dan isteri.Patutlah tak nampak kelibat SI dan QA team datang.Kebetulan pulak kat Peps depa ada buat majlis perpisahan untuk Nasrul jugak.So yang datang hanyalah team Bob sahaja.
Kat sini la jugak ayah di"riki" oleh En Nizam melalui Bob..Soalan cepuemas dia...."Kalau Nizam amik ko kerja nanti..ko nak tak..?,tiba2 Bob bagi soalan tu.Agak pelik kalau Bob yang tanya,sebab jarang kita sembang serious macam tu. Tapi dengan selamba ayah jawab "no problem.."
Memang Tropicana menyediakan beratus meja dan makanan.Kalau tunggu sampai malam pun tak tentu dapat rasa semua makanan yang disediakan tu.Yang lebih kitaorang sembang pasal keta,Jepun dan isu2 semasa.Walaubagaimanapun,kami balik dalam pukul 9.00 malam.
Terimakasih untuk team Perodua yang membantu dan menolong Peps selama ni..Jumpa lagi lain kali...

...(Ayah).... .


Sunday, 16-Sep-2007 16:20 Email | Share | | Bookmark
TV pertama kami dipenghujung hayat....!

Ketuk...ketuk..(kalau gambar tak keluar)...
Kecik nyer....tak puas tengok kan..?
Horey....TV besar....!!
TV pertama Mama dan Ayah ialah model Panasonic-18" yang ayah beli selepas kahwin,semasa menyewa di S24.Harganyer ialah RM 800.Beli kat Klang kat dengan perhentian bas seberang sungai(selatan).Ingat lagi masa tu,Atuk pun terus beli TV baru model yang sama bila tengok ayah beli TV baru.Semasa tu atuk pakai TV berkabinet kayu tu......?!
Semasa ada TV besar,TV kecik ni kita letak dalam bilik tidur.Kadang2 jer mama tengok kat atas.Itupun kalau mama kalah berebut TV kat bawah...
Pada masa tu barangan letrik masih lagi mahal.Sekarang ni kalau dengan RM 800 dah boleh dapat TV Flat screen 29" lagi....(Tapi tak de jenama lar...)!
Ayah dah beli TV yang besar sikit untuk anak2 tengok kartun dan lain2.Tak de la muka suma macam nak masuk TV jer,berebut2 nak lokasi yang bagus.(seperti dalam foto tu...!).Malang nyer dah 2 biji TV rosak (mungkin pasal tak ada jenama).Sementara nak beli TV baru,bawak la turun TV lama tu.Mungkin dah nak sampai ajal TV tu yang asik2 hilang gambar...color bertukar,kabur.....mula2 ketuk2 sikit jer....pas tu kena ketuk2 banyak kali,akhirnya Ayong kena berdiri sebelah TV terus...Tugasnya ialah ketuk mengetuk TV....HAHAHA...
Lama2 terus tak keluar gambar......ajal dah sampai.Kepala kita pun kalau kena ketuk selalu boleh jadi "mengong"..!!! Terpaksalah ayah beli jugak yang baru.....!!!!Masih lagi Flatscreen 29"-Local brand.Tengok lah bleh bertahan samai berapa tahun. Kalau rosak lagi nanti ayah beli PLASMA TV 32" pulak... kalau idak ayah beli "Layar Putih"..dah jadi wayang pacak lak....!!!.hehehe...

Nota;
Kat Jepun ayah pakai TV recycle jer...Orang bagi.Kerana Model cepat berubah kat sana.Nak di buang, TV masih elok berfungsi. Kebanyakan barang letrik boleh dapat percuma kalau hendak.(Dah ada duit sikit,baru beli set Hi-Fi sendiri).
Kecualilah periuk belanga,pinggan mangkuk dan utk masak2 ni,ayah beli sendiri la...lagi pun tak mahal sgt.Berbaloi dari nak "menyamak" benda2 terpakai tu suma..Kan?

...(Ayah)...


[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  73  [74]  75  76  77  78  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net