Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  [73]  74  75  76  77  78  >  >>]    [Archive]
Sunday, 28-Oct-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Laman ku - sepanjang 2007.

7 warna
Pokok Opah.
Made in Siam.
View all 17 photos...
Tahun ni ayah kurang masa nak bela pokok,jadi ayah decide nak tanam dan bela pokok yang senang dibela jer..Tak bersiram 2 hari pun OK.Semua poko ayah susun untuk dirimbunkan sehingga tinggi menjulang atau sampai genting rumah.Bolehlah rasa kesejukan dan nyaman waktu petang.
Pokok2 yang berbunga hanya perlu trim jer,Cukup baja dan cahaya,pasti akan "bloom" berbunga.Pokok yang berbau wangi bunganya ayah jalarkan ke pokok bunga kertas dan pokok cempaka.Tanduk rusa semuanyer gantung kat pokok cempaka,kecuali yang besar.Dengan 3 tunas,daun nyer terjulur panjang ke bawah.Tak lama lagi dia boleh memanjang ke bawah/tanah.
Bunga kertas SIAM,ayah beli kat Tg Tualang yang bertanahkan sabut jer.Ringan jer.Tapi yang kat sini ayah dah pindahkan ke pasu besar dengan tanah.Agak lembab nak berbunga walaupun selalu bagi baja.
Pokok limau kasturi akan berbunga da berbuah bila mendapat cahaya yang mencukupi.Oleh kerana pokok makin merimbun,terpaksa letakkan dia atas tembok untuk mendapat cahaya yang secukupnya.
Mayang pinang merah yang pertama2 kali berbunga,mengeluarkan bau yang harum.Sampai lebah pun OT tengah malam utk mengutip madunyer.
Bunga Santalia dan bunga Jasmin sangat menarik perhatian bila berbunga.Aktiviti menghirup bau bunga selalunyer dibuat tengah malam kerana masa tu angin tak bertiup.Kadang2 waktu pagi2 kalau hujung minggu.
Meja lepak kat tengah laman menjadi perhatian jiran2 bila kita duduk kat situ.Ayah pun rasa tak selesa kalau ada mata yang terpandang2 ayah dan mama "buat aktiviti" kat situ,minum kopi,makan kuih,baca paper,sembang2 dan lain2.Ayah rancang nak buat pagar dari papan nanti.
Melihat kelopak daun tanduk rusa keluar sangat menyeronokkan,dengan hijau daun pisang akan menutup daun yang dah kering.
Pokok Opah yang dikahwinkan dari perbagai jenis dan warna telah patah dahan nyer ditimpa dahan mangga semasa angin kuat. sejak tu belum lagi berbunga.Mungkin tinggal 2 warna jer lagi dari 5 warna.

...(Ayah).....


Sunday, 21-Oct-2007 10:44 Email | Share | | Bookmark
Pusing bendang musim menanam padi...

Latar belakang sawah padi.
Kalau naik motor,suma orang suka.
Biar pun panas...tak pe...
Setiap kali balik kampung,mesti ada motor akan jadi magsa.Samada motor Wak Ni atau Wak Min.Naik ramai2 pusing bendang.Tengah2 panas tengahari pun jadi...Anak2 seronok naik motor pasal kat rumah sendiri tak ada motor....
Teringatlah motor besar ayah yang ayah bawak balik dari Jepun dulu.Hanya Ayong masih ada memori motor tu.Lepas Ayong,ayah dah jual motor tu kat abang Izam.So kalau cerita kat yang lain,masing2 tak puas hati pasal depa tak naik lagi...(kira jeles la tu..?).
Lain kali kalau ada pemandangan padi nak menuai,kita amik gambar lagi....

....(Ayah)....




Wednesday, 17-Oct-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
RPI- (Raya Plastik Industri)...!!!

Bilik besar sangat.
Haziq merasa liftruck...
Dalam bilik ayah,sama2 buat spot cek.
View all 4 photos...
Salah satu syarikat automotive bumiputra yang tinggal kat Malaysia ni.Pendekata,mis-management menyebabkan syarikat ni susah nak maju.Selepas kluar dari Peps,ayah join RPI nak tolong Murnisham menguruskan operasi syarikat.Semua ayah jaga,kecuali HR dan Finance Dept.Dengan masalah pekerja,masalah bahan mentah dan penghantaran,semua pernah rasa.Jenuh la ber"gaduh" dengan Perodua,Proton,dan lain2 customer kecil.Dalam masa 4 bulan ni lah,suma kenal ayah.
Tapi ayah kat sini tak lama,tokeh sendiri pun macam tak berminat nak berniaga.Ayah pun amik keputusan berenti.Murnisham tak leh kata apa2,pasal planning macam berjaya,tapi lagi kusut masai operasi.Pelanggan berkampung di RPI.....
Yang baik di jadikan teladan,yang tak baik jadikan sempadan......
Sampai jer kat rumah,dengan bersungguh2 dia citer macamana mesin tu buat barangan plastik(injection molding)...Yer la...mana pernah budak2 ni pergi kilang tengok macamana buat barang2 plastik.Lagipun kalau waktu siang,memang tak sesiapa dibenarkan masuk kilang. Yang dah tua2 pun tak tau.....kan...?

01/07/08
Dengar kabo,kilang dah tutup,production dah lari ke Pulau Indah,termasuk pekerja2 yang masih nak bekerja.Apa kabo makcik2 "otai "RPI agak nyer...?

...(Ayah)...





Tuesday, 16-Oct-2007 10:30 Email | Share | | Bookmark
Rumah Embah.....saat2 akhir sebelum di ganti rumah baru.

Dari hadapan
Jadi main door..sebab ada rumah bawah.
Tepi kiri
View all 17 photos...
Semasa adik beradik berkumpul hari raya tadi,ada mencadangkan supaya sebahagian rumah digantikan rumah baru dan sebahagian nyer di repair,sebab banyak area dah bocor.Embah pun setuju.Tapi cadangan menjadi besar bila nak ganti semua rumah tu ngan yang baru,sebab nak repair pun tak berbaloi (major repair).Alang2 seluk pekasam....ganti suma rumah.Macamana ngan kos.? Setelah bincang, Wak Man kata ganti suma rumah ngan yang baru.! Maknanyer...dengan erti kata lain Wak Man bersetuju nak membiayai keseluruhan kos....kami pun ikut saja.
Pengurus besar projek ni ialah Wak Min.Sebelum di robohkan,ayah ambik kesempatan mengambil foto sebanyak mungkin dari setiap sudut sebagai kenangan,disinilah ayah dibesarkan dan anak2 embah berkumpul setiap kali hari raya dan kenduri.Dengan rumah yang agak luas,dan keuzuran embah,memang dia tak lalau nak jaga tingkat atas rumah.Kamilah yang biasanyer kemas kat atas kalau balik kampung sebab memang sejuk kalau tidur atas.
Sementara rumah siap,embah boleh duduk rumah Wak Min (jiran kiri) atau rumah Wak Ni(jiran kanan) atau kat Shah Alam.

...(Ayah)...





Friday, 12-Oct-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
1 Syawal-Selamat Aidil Fitri 2007

Sedang tunggu yang lain sampai.
Anak2 pun dah siap..
Sarapan raya lar..
View all 20 photos...
Tahun ni adalah yang terakhir beraya di rumah pusaka embah lanang ni.Sebab banyak zink dah bocor,kayu dah reput..Embah wedok pun tinggal sorang2 dah.Tak larat nak naik atas mengemas rumah.Selalunyer,tunggu kami balik baru atas tu berkemas sebab nak tidur malam.Adik beradik dah bagi proposal utk roboh/bukak rumah lama dan buat rumah bawah(rumah batu).Perbincangan dibuat masa raya ni sebab suma rang berkumpul kecuali Wak Pan jer yang tak balik.
Lepas bermaafan ngan embah bermula dari Wak Ni,sampai ayah dan Acik Jun,lepas tu baru masing2 bermaafan mengikut keluarga masing2.Memang penuh la kat bawah sebab cucu dah ramai + dah besar2 sumanyer.Kalau anak2 memang tak cukup tangan nak pegang duit raya.Begitu jugak ayah ,kena sediakan banyak sampul....!!!!!
Sebab aktiviti bermaafan ni setahun sekali jer...,anak2 pun tak tau nak cakap apa..?Cuma yang bersungguh2 ialah Sofia....."Adik mintak maaf yer...."katanyer...Suma orang ketawa tengok gelagat dia....
Semenjak Atuk dan Opah dah tak de,raya kurang meriah dah...Yang tinggal cuma embah sorang jer....
Persiapan nak raya memang family kami kena buat preparation nak raya.Yang lain biasanyer sampai malam raya.Kecuali ada famili Wak Li dan Kak Lina.(bab masak memasak dia terrer..).

...(Ayah)....





[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  72  [73]  74  75  76  77  78  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net