Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  [72]  73  74  75  76  77  78  >  >>]    [Archive]
Saturday, 10-Nov-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Ziarah dan beraya ke rumah Shabree.

We are house mate (masa bujang)
Shabree diperkenalkan oleh Kak Zaharah kepada ayah.Masa tu ayah masih berada Jepun.Ayah interiew kat Toshiba Kitakyusu jer.Belum balik dah ada kerja dah.Ingatkan lepas balik nak lepak dulu,tapi Toshiba Electronics Malaysia suruh masuk kerja secepat mungkin.Jadi terpaksalah pesan kat Kak Zaharah utk carikan rumah sewa.Kebetulan rumah bujang Shabree ada kosong bilik kat Tmn. Sri Andalas.Sejak tu,jadilah house mate selama 3 tahun.Selepas keluar dari rumah Shabree terus sewa dan bertukar ganti house mate,sampailah dia sendiri kawin.Bila dia dah beli rumah sendiri,baru lah dia pindah.Sejak itu lah ayah tak pernah pergi jenguk rumah baru dia.Tiap kali ziarah kami di Shah Alam,dia akan bersuara...bilalah nak sampai rumah dia pulak...?!
Buat pertamakalinyer...kami pun sampai juga kerumah baru dia..kat belakang area rumah bujang kami jer.
Oleh kerana orang rumah Shabree dah berenti kerja dan sepenuh masa jaga anak dan dia sekali,....memanglah nampak bersih dan teratur.Rajin nyer.....dengan anak2 yang kecik,memang berdisiplin lah "mendisiplin" kan anak2.Kang kalau anak2 kita datang,habislah di "kutil' nyer sana sini barang2 hiasan yang comel2 tu.
Oleh kerana malam tu hanya kami jer tetamu nyer....agak special lah menu malam tu...
Walaupun Abee ni kecik,tapi laser sikit,lepas tu garang.Mungkin tuhan dah takdirkan,anak2 dia lasak sikit.Sampai Abee pun ngaku,tak larat nak "jerit" dah....So sekarang ni dia nampak lebih "cool" sikit.(Actual nyer, tak tau ler yer...?).Dulu kalau tang melawak,nyakat da ngutuk sekali..memang tak leh lawan.Agaknyer dia sedor dah semakin tua ni...kena kontrol lah sikit.Tapi kalau kami bersembang kat phone sekali sekala......kadang ayah terlepas jugak...

OK......!!Tahun depan boleh datang lagi...hehe,


...(Ayah)....




Thursday, 8-Nov-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Open House AidilFitri 2007

Kawan2 mama
Z
Kawan Mama
View all 12 photos...
Tiap tahun,InsyaAllah kami akan buat "Open House" sempena Aidil Fitri.Tapi tak la grand sangat.Cuma ajak kawan2 ofis mama,ayah,adik beradik,kawan baik dan jiran jer.Itupun kalau ada pembantu rumah.
Ayah tak la kisah sangat nak buat majlis tu,pasal main dishes kita masak sendiri(mama yang masak sebenarnya).Sampai kawan2 mama pun tak caya yang suma makanan hasil tangan sendiri.
Setakat ni tak pernah tak habis...cuma takut tak cukup jer.....Tapi biasanyer hari tu banyak open house...mana yang datang lambat,makan mana yang ada jer.
Yang paling penat...mama....!!
Kalau ada rezeki lagi,tahun depan kita buat lagi......


...(Ayah)....


Sunday, 4-Nov-2007 17:00 Email | Share | | Bookmark
Hadiah Harijadi pilihan Sofia.

Kerusi kecik....adik punya
Sempena Ulangtahun kelahiran ke 4,Nur Zarith Sofia,ayah ajak suma orang ke Tesco.Ayah tanya adik,.."Adik nak hadiah apa..? Adik pilih lah nak apa..?!!".
Sampai satu sudut permainan kanak2,dia ternampak kerusi "colorfull" ni.Dia nak kerusi ni sebagai hadiah harijadi......!
Berbaloi juga beli kerusi ni kerana tahan lama dan berguna.Berbanding kalau Haziq atau Nana pilih hadiah....tak sampai 3 hari dah barai dah....

...(Ayah)...


Saturday, 3-Nov-2007 04:00 Email | Share | | Bookmark
Tengok CD 3D...?Citer Barbie Nana

Tak nampak apa2 pun Haziq..??
Kalau Haziq peminat Ultraman,banyak CD yang dibeli walaupun kat TV suma channel ada Ultraman.Nana pulak peminat cerita Barbie.Walaupun DVD,tetap beli jugak walaupun tak ada DVD player.Nasib baik laptop ayah bleh tengok.PAs tu kebetulan cerita yang dipilih tu boleh tengok 3D la........Bila kita try...la...buang masa jer. Screen laptop tu kecik,mana nak nampak 3D nyer...Pas tu tak selesalah nak pakai "special spec mata" ni....
Bergaya kejap boleh la.......kalau boleh bawak jalan-jalan kan best....apa orang akan kata yer..??.hehe...

...(Ayah).....


Sunday, 28-Oct-2007 10:30 Email | Share | | Bookmark
Pagar Kayu Rumah.

Buang pagar jiran-En Tajul
Susun,pastikan kayu cukup.
Screw jer...
View all 8 photos...
En Tajul ganti pagar sempadaan bila dia buat renovation dulu,tapi dah melandut kerana anak2 bersandar kat situ.Lagipun gate depan ayah dah banyak patah pasal ada yang bergayut,....!Lepas tu kami suka lepak luar duduk kat meja kayu kat laman tu minum petang atau sarapan pagi.Jiran2 pulak boleh nampak...segan la pulak.
Pokok bunga kertas pun dh besar dan bunga nyer selalu ter"eksport" ke rumah jiran.
Solution nyer,kami but pagar kayu dan gate sekali.
Orang yang di tugaskan ialah Azaham-engineer kat tempat kerja lama.Oleh kerana pada masa yang sama dia ada projek kat Tropicana buat banglow,so lambat sikit dia siapkan,mengambil masa lebih sebulan.Sebelum puasa sebut harga,sampai minggu kedua hariraya baru siap.
Kayu yang dicadangkan ialah "Kayu Balau",gred selepas cengal.Biar mahal sikit asal tahan lama.Varnish pun ayah pilih yang natural supaya boleh nampak urat kayu tu..
Baki2 kayu,kita pasang kat Tong Sampah dan Peti Meter TNB.Itu pun masih ada baki sikit ayah simpan.
Oleh kerana agak rapat dan tak nampak kalau sekali pandang (antara kayu hanya ada 1 inci jer).,ayah sedia kan "loceng" pagar yang lebih praktik.Ayah beli "hon roti" jer.....Adalah kelainan dari biasa.Sebab ayah selalu dengar jiran mengeluh pasal loceng pagar letrik cepat rosak dan bunyi yang menyengat telinga.Jiran2 agak was2 nak picit hon tu....!!?tapi lama kelamaan depa dah biasa.Jangan pulak ada yang ikut pakai hon roti ni,kang jadi lorong roti lah pulak.Nasib baik ayah tak letak "gong" kat luar,pasal nanti kena songlap la pulak....Hon roti,,>>?! sapa nak curi..??kecuali bai roti yang kerosakan hon nyer,...hehehe...

...(Ayah)...


[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  71  [72]  73  74  75  76  77  78  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net