Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  [71]  72  73  74  75  76  77  78  >  >>]    [Archive]
Monday, 31-Dec-2007 09:24 Email | Share | | Bookmark
Foto pilihan - "Album Anak2ku07-Haziq"

Wajah Rasmi 2007
Baring2 hobi saya...hehe
Belasah ayah nyer Laptop,main game
View all 12 photos...
Satu2 nyer waris lelaki ayah dan mama.Kira kembar Nana lah ni.Sebab jarak umur selang setahun jer.Sama2 bergaduh,sama2 demam,sama2 kena rotan,sama2 main......
1-Bercita2 tinggi nak jadi angkasawan.
2-Senang disuruh dan ringan tulang tolong mama ke dapur.
3-Kepala "berpusar 2"..Rambut bertemu ditengah2 kepala-ada ala2 David Beckham berjambul tajam semulajadi.Serasi kalau bela kambing...hehe..
4-Permintaan dia kalau tak dapat....mengamuk sakan...jenis tak penyabar.Kalau nak..masa tu jugak,tak leh tangguh2 esok ker..lusa ker...
5-Masih hisap botol,kerana susah nak makan nasi.Bila bulan posa..kurus kering....!
6-Rambut..! Ayah jadi tukang gunting.Jimat RM8...!!Rambut pun senang putong,pasal rambut terpacak jer....
7-Anak manja mama.Ngan ayah dia takut nak mintak apa2,walaupun ayahnyer ni "baik"..hehe

....(Ayah)....







Monday, 31-Dec-2007 08:36 Email | Share | | Bookmark
Foto pilihan - "Album Anak2ku07-Nana"

Peace 2x
Dengan Bibik "busuk"
Ada ker gaya selebriti...?
View all 6 photos...
Anak ke-2 ni selalunyer agan aktif dan agresif.Tak padan pompuan,tapi aksi macam lelaki.Lebih2 lagi dapat main ngan Haziq tu.
1-Anak yang take care adik2 nyer.
2-Suka provoke Haziq,gelak2 ketawa berdekah2...pas tu gaduh....!!
3-Tak leh duk diam.Kalau disuruh diam,Nana akan tidor...
4-Teliti dengan kerja dan main.
5-Kuat merajuk...Mungkin jarak usia ngan Haziq yang dekat,memerlukan lebih perhatian dari mama dan ayah.
6-Sifatnya yang "low-profile",menyebabkan kurang menonjol dan orang selalu lupa pasal @ existance Nana.
7-Guru besar nombor 1 bagi Sofia....pening...pening...!! (kata mama).
8-Mempunyai 6th sense yang kuat.Mana orang letak barang,kat situlah kaki dan tangan nyer "menjalar".....hehe.

...(Ayah)...




Monday, 31-Dec-2007 07:34 Email | Share | | Bookmark
Foto pilihan - "Album Anak2ku07-Ayong"

Malu konon....!?
Anak Ayah....besor lubang hidung..
Peace...
View all 5 photos...
Anak ayah yang puas mendapat perhatian dan kasih sayang dari ayah dan mama.Setelah berumur 6 tahun baru dapat adik(Nana).
Ayah "purposesly" sekolahkan Ayong ke SMA,Batu 1,Sabak Bernam supaya dapat pemahaman agama lebih sikit.Lepas tu ayah ada alasan nak balik kampung sambil jenguk embah,satu2 nyer orang tua ayah dan mama yang tinggal.
1-Pandai,tapi kuat berangan dan tak rajin.
2-Dah naik Tingkatan 1 ni,tak de lah merasa rotan ayah lagi.Dah besar kan....??
3-Sesuai dengan nama Aliah=tinggi,memang dah tinggi melebihi mama.Ikut ayah la tu...?!
4-Tidur tu macam hobi la kan..?Letak kepala jer terus lelap.Ini pun ikut ayah gak...ahaks....
5-Rajin bantu mama ke dapur dan menjadi "escort girl" yang disenangi mama kalau mama g shopping.
6-Senang jaga Ayong ni,tak banyak karenah.
7-Kalau balik ke asrama tu..ada saja barang tertinggal?(yang membuatkan mama pun naik hangin satu badan.!!)
Tengok Ayong membesar....terasa ayah dah tua..?!!hehe...

...(Ayah)....



Tuesday, 25-Dec-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Perkelahan di Sg Chongkak,Hulu Langat.

Kawasan selamat utk anak2
Ibu2 takut air..?
Sofia takut tapi mahu..
View all 18 photos...
Inilah antara aktiviti bersama Keluarga Rosli Bulat dan Linda.Sebelum ini kami pernah ke Cameron Highland,PD dan Sg.Gabai,Sg Tamu,Batangkali dll bersama2.Lagipun rumah kami dekat dan anak2 sama sekolah di SRAI,Shah Alam.Sebab mak bapak dah kenal lama,anak2 pun saling kenal,so tak de masalah besar.
Cuma anak2 kami dah makin besar.Ada yang dah tau malu.Anak Rosli yang sulong,Imran masuk Maahad Tahfiz Al-Islah kat surau rumah,selepas habis sekolah rendah.Anak kita pompuan,kat asrama sekolah agama Batu 1, Sabak Bernam.Mereka sebaya dan sekolah rendah yang sama SRAI S19.
Kami sampai kat situ dalam pukul 1030am,tempat dah penuh.Terpaksa menyeberang sungai bawak bekal makanan dan peralatan.Cuma sekeliling agak kotor dengan sampah.So kita kutip sampah dulu.(Kenapalah orang yang berkelah ni tak de kesedaran sivik langsung.Susah sangat ker nak masukkan sampah dalam plastik dan bawak balik..??)
Para ibu punya aktiviti ialah "bertukar-tukar pendapat dan fikiran" berkenaan hal rumahtangga,pelajaran anak2 dan kisah bibik2 masing2.Para bapak2 melayan anak2....
Oleh kerana air agak sejuk,ayah tak berendam.Anak2 sampai kecut satu badan.Sofia baru jer mengenal "dunia" air,......
Tahun lepas semasa di Melaka,swimming pool hotel....merengek nak masuk child pool.Tak sabar nampak budak2 lain berlari terjun masuk pool.Selepas tukarkan baju berhampiran pool,terus dia lari ke pool dan terjun.Apalagi...ayah pun panik dan berlari ke pool tersebut sebab dia tenggelam dan sempat minum air klorin.Walaupun begitu,ia tak mematahkan semangatnya utk terus main air dan mandi...Satu kolam orang tengok ayah lari dan terjun pool kanak2....hehe..buat macho jer ler...(air takat lutut je).
Selepas Zuhor baru kita naik dan singgah surau tepi jalan.Lepas tu biasa.........dalam keta suma tertidur keletihan.....
Sofia pun sekarang pantang nampak pool.....pasti merengek....

...(Ayah)....








Friday, 23-Nov-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Celebration for Sofia,Haziq & Nana

For Sofia/Haziq/Nana
Mana Sofia...?
Meniup lilin yang seronok.
View all 8 photos...
Oleh kerana Nana, Haziq dan Sofia lahir dalam bulan yang sama...maka kami pakat nak buat sambutan@beli kek pada hujung bulan.Kalau buat asing2,kopak jugalah ayah ni nak kena beli kek selang 10 hari.Lagi pun Ayong kebetulan ada dirumah balik dari asrama,meriah la sikit ramai2.Kek lain tak nak...suma nak kek coklat sahaja.Kalau ayah beli,nanati ayah beli Cheese Cake ...ayah sorang je ler habiskan.
Ayah selalu confuse yang mana satu tarikh lahir masing2.Anak baru 4 dah tak ingat tarih lahir...? Hanya Ayong jer yang lahir bulan Oct. Boleh la dikatakan suma anak hujung tahun.
Pada masa ni Sofia tengah tidur,jadi dia tak ada dalam gambar.

SELAMAT HARI JADI..
Semoga panjang umur ,murah rezeki dan jadi anak2 yang baik..
Amin..

...(Ayah)....





[<<  <  64  65  66  67  68  69  70  [71]  72  73  74  75  76  77  78  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net