Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  63  64  65  66  67  68  69  [70]  71  72  73  74  75  76  77  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Mar-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Hijrah bekerja tempat baru-EP Polymers Sdn. Bhd.

EPMB Groups.
Pintu Utama.
Alkisah semasa berhenti dari Peps-JV dulu,En Nizam-Director dah bagi "WARNING",dia bagi masa 3 bulan jer bekerja kat RPI.Lepas tu mesti cari kerja lain.Tepat 3 bulan kat RPI,pada 31 Januari 2008,dia buat call menagih janji.Dia pun ada pelawa ayah utk join EP Polymers kat Glenmarie yang buat IAFM-(Intake Air Fuel Module) utk enjin Campro Proton.Masa kat Peps dulu,tak de sapa pun yang sanggup nak join EP kerana banyak masalah.Nampak gayanyer,En Nizam dah take over management kat sini,sebab tu lah dia offer ayah join sini.Selepas sesi visit & interview dengan Mr. Leong,dan ayah pun setuju,akhirnya ayah mendaftar kat EPP.Kalau nak dibandingkan dengan 5 tahun lepas,memang tempat ofis ni lapang kerana banyak operasi dah pindah ke Batangkali.
Kebetulan,hari yang ketiga ayah bekerja,terserempaklah dengan Mr.Haldun-COO,Dia siap tanya..."What are you doing here..>??".
Dia tak tau yang ayah join balik EPMB group.Dulu masa nak berenti dari Peps,dia mati2 tak bagi ayah berhenti,sampai sanggup suruh ayah bercuti sebulan ,pas tu datang balik kerja.Punyalah mengharap kat ayah.Ayah pulak,lepas tender,buat selamber dek je terus tak datang kerja.Mr Haldun ingat ayah bercuti.......sampai tak caya bila HR kata ayah dah berenti.
Mungkin kat sini tak pening kepala sangat berbanding dengan Peps..........Banyak produk,ramai customer lak dari Proton,Perodua,TRW.....Ada 20 engineer pun macam tak cukup....hehehe....Biarlah jadi lipatan sejarah jer kisah Peps tu.
Kat EP hanya ada IAFM dan Fuel Rail jer..Customer pun hanya Proton sorang jer...Senang nak handle..
Walaupun bermula agak "tough" kerana team2 lama (yang dah berhenti beramai2) tak buat kerja depa.Jadilah kita ni "punch beg" bila customer melepaskan geram.......!Maklumlah dari tahun lepas,banyak isu2 tak setel2 lagi.Lebih 6 bulan tu..?Mana customer tak berang...!
Lokasi;Glenmarie.Tak berapa jauh dari rumah.Kalu direct dari rumah dalam 15 minit.Route biasa,hantar anak2 ke sekolah dan terus ke ofis mengambil masa 40 minit jer.(Laluan yang sama.)
Masalah: Tak ada masalah besar,cuma tak ramai kawan macam kat Peps.Kat sini ayah jadi org "tua".Makan tengahari pun solo jer...dah tu masing2 tak berapa peramah...
Tapi bagusnyer boleh/sempat "dating" ngan mama waktu lunch..hehe....

...(Ayah).......


Friday, 8-Feb-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
Gong Xi Fa Chai '08

Ayah ,Nana dan abang2 ipar
Mama dan adik beradik
Sembang kisah lalu....
View all 6 photos...
Tiap tahun sejak bertemu keluarga sendiri,kami akan balik Bagan Datoh setiap kali Raya Cina.Kebiasaannyer kita balik pada raya ke2 dimana semua adik beradik berkumpul pada masa tu.(hari raya pertama,kakak2 akan balik rumah mertua dulu). Kalau tak silap ayah,mama diketemukan keluarga lebih kurang 2 tahun (1990?)sebelum kawin ngan ayah.Masa tu ayah kat Jepun lagi.Setelah kawin,kami mesti balik tiap tahun.Cuma ada tahun2 yang tak balik kerana masa tu mama sarat mengandungkan Nana dan Haziq,tak leh balik jauh2.mama ada masalah kandungan tak kuat,atas nasihat doktor kami tak g mana2 pun kalau mama mengandung.Ini sebagai prevention,sebab mama dah kerap gugur.
Tahun 07 pun tak dapat balik jugak,sebab masa tu emak mama baru meninggal dan tak de sapa yang berkumpul kat Bagan Datoh.Tahun ni Kakak kat Singapore pun balik jugak.
Banyak citer nak tulis dari dulu sampai sekarang dan citer2 macamana dan mengapa mama diberi pada orang lain da jadi anak Atuk......mungkin akan ditulis oleh mama sendiri satu masa nanti.Apa yang pasti,suma menyambut baik dan menerima dengan baik kedatangan mama dalam keluarga asal nyer.Kita pun makin seronok pasal kita dilayan seperti keluarga sendiri,kecuali yang tak fasih cakap bahasa melayu tu,duk dengar kita sembang bahasa rojak la...English ada,Cina sikit2,melayu pun dah rojak,cuma Jawa jer tak de....
Dari 13 adik-beradik cuma ada sorang laki..Masa kita orang kawin dan bersanding,ramai tetamu yang menangis hiba bila mak,adik beradik kandung datang kenduri dan bergambar ramai2 di pelamin.Mana tak "obvious" nyer bila segerombolan cina datang kenduri melayu...Suma pakat nak tau "sapa tu...?".Masa tu ayah pun sebak jugak....Tapi RAJA sehari masa tu kena kontrol machoo......ehem.....

bersambung....................



[youtube] http://www.youtube.com/tugimun (see Chinese New Year-Gathering)

...(Ayah)...




Sunday, 6-Jan-2008 06:00 Email | Share | | Bookmark
Ayah,.....Selamat Harijadi ke 40..!!

Kad Harijadi yang besar...terharu ayah.
Kandungan luahan hati anak2
Dari Haziq,Nana,Ayong..
View all 4 photos...
Salah satu "Official Card" sempena harijadi ayah yang ke 40,suprise dari anak2.
Tak ada survenir dari budak2 ni pasal depa tak tau nak belikan apa utk ayah.Ramai yang pompuan,tak tau lagi hadiah apa yang sesuai utk lelaki.
Cuma Haziq nak belanja ayah dari saving duit poket sekolah nyer,sebab dia tahan lapar katanya......

Terimakasih anak2 ku......

...(Ayah).....




Monday, 31-Dec-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
Kaki......Hujung Tahun 2007

Kaki siapakah ini semua....??
Kaki HERO...!!!
Inilah bentuk kaki-kaki famili ayah yang perempuan.Mama,Ayong,Nana n Sofia.Tak de lak kaki Ayah dan Haziq....?Nantilah kita buat koleksi kaki jantan lak...
Tak pe lah,kita tengok tahun depan lak,macamana bentuk kaki-kaki ni membesar atau berubah selepas satu tahun dan tiap2 tahun berikutnyer. Yang paling berkedut tu..? itulah kaki mama..hahaha.....

21/11/08:Ayah selitkan foto kaki "Lelaki-lelaki"....


...(Ayah).....




Monday, 31-Dec-2007 10:56 Email | Share | | Bookmark
Foto Pilihan - "Album Anak2ku07-Sofia"

Aisss.....ahhh..sedap!
Game Barbie jadi pilihan.
Syabon Dama-satu kepuasan
View all 10 photos...
Sofia dah makin besar dan keletah bercakap.Mana idak nyer...ramai "guru2" yang becok dan berakal kat rumah tu!Sapa lagi kalau tak si Abang Haziq dan Kak Nana.Walaupun badan nyer agak kecil dibandingkan dengan usia nyer 5 tahun.
1-Kalau ke Kedai Runcit Maria-Buih sabun adalah pilihan utama.Agak obses terhadap belon dan buih sabun.Sanggup letak balik keropok kalau bleh buat pilihan salah satu.
2-Paling cekap kalau main komputer atau laptop ayah.Mainan kegemaran ialah "dressing@make over" princess atau barbie doll.
3-Kalau meniru orang lain..memang cekap.Tak mengaku kalah,dia pun "boleh buat" jugak.
4-Baju kurung atau baju ala2 princess adalah baju yang digemari.Kalau boleh kat rumah 24 jam pakai baju tu...
5-Kurang tidur (lewat tidor) dan kuat makan......!!Tapi badan kecik..? Iyer la dik...lahir tak cukup bulan kan....??!!
6-Susah nak cari baju dan seluar..Selalu tak de saiz.....

...(Ayah)....







[<<  <  63  64  65  66  67  68  69  [70]  71  72  73  74  75  76  77  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net