Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  62  63  64  65  66  67  68  [69]  70  71  72  73  74  75  76  >  >>]    [Archive]
Thursday, 5-Jun-2008 15:00 Email | Share | | Bookmark
KASIMANIS Strawberry Farm

Ice Cream Please....
Masam...but KASIMANIS la...
Fresh Strawberry Ice Cream
View all 6 photos...
Kami keluar ke Tanah Rata selepas "check-in" kat hotel.Tempat kedua yang dituju ialah ladang strawberi ini.Tak ramai pengunjung pada masa tu,mungkin hujan turun dari pagi tadi.Hari Khamis lak tu...Nak petik strawberi pun dah tak de....luar musim...kata penjual ice cream tu....Utk menyedapkan mulut..kami pun order ice cream yang berharga RM 5/cup. Tak de apa yang istimewa kerana ia kombinasi ice cream biasa dengan cebisan strawbery yang agak masam. So anak2 pun tak excited sangat nak habiskan masing2 punya.Ayah saja tak order,pasal tau mesti ada sesiapa yang tak boleh habiskan nanti.....Dah leh agak dah.
Kesimpulannyer...sedap lagi ice cream kat TESCO...!!!

KASIMANIS...?? apasal tak glamer nyer nama ladang....mana punya Thambi kasi ini nama "kasi manis" juga..??? Kalu buah strawberi tarak manis,mau kasi manis?...taruk gula lebei la dey......!?

Lepas habis makan ice cream, kita pun blah...Kat gerai tepi jalan masuk,aci-aci jual sayur dan strawberi kecik2 siap memanggil-manggil kitaorang suruh beli...Ye la...petang tu tak de customer pun...hari Khamis + hujan.....Rezeki tak de...
Kalau idak..kita yang tak dilayan nyer.....dunia ibarat roda....

Lepas ni kita g tengok "SMOKEHOUSE" resthouse.Niat nak ambik gambar disekitar rumah tu buat kenangan..tapi disebabkan hujan yang lebat,kami hanya berlegar2 saja tengok hotel tu..Lain kali bolehlah booking menginap disitu....

..........(Ayah)... ...





Thursday, 5-Jun-2008 14:39 Email | Share | | Bookmark
Bunga Raya Kuning dan Pokok Tomato

Bunga Raya
Tomato-Fertigation Plant
Anak2 mungkin tidak tahu apakah warna rasmi bunga kebangsaan Malaysia kerana sekarang pelbagai warna dan spesis bunga raya boleh didapati.
Mama pula teruja melihat pokok tomato yang ditanam dalam polibeg yang berbuah merah menyala ditepi jalan ketika dalam perjalanan ke Tanah Rata.Mungkin ia digunakan sebagai tarikan pelancung utk berhenti di gerai tepi jalan melihat pokok tomato.Walabagaimanapun kami singgah memang betul2 nak tengok pokok tomato saja.....walaupun pelbagai benda dari makanan,jem baju dan lain2 barang ada dijual di situ.....
Hari pertama mama dah request nak masuk ladang sayur......sementara nak jumpa ladang tu..masuk lah gerai ni tengok tomato.Ini adalah gerai pertama yang kami singgah...so anak2 masih kenyang sarapan pagi lagi...so selamat la ayah, anak2 tak mintak macam2...semasa berada disitu..

....(Ayah).... .




Thursday, 5-Jun-2008 14:00 Email | Share | | Bookmark
Guan Hin Hotel..

Brinchang Town-view from hotel
Alahai.......terpaksalah duk hotel ni pasal hotel2 lain dah fully booked.Macam-macam masalah kat hotel ni...Nanti kita citer.....

22/8/08.
Secara "ad-hoc" jer tiba2 ayah rasa nak bawa family ke Cameron Highland kali ni.3 minggu sebelum cuti sekolah dah survey kat internet cari hotel atau apartment yang sesuai.
Urusan "booking"diserahkan kepada mama jer,sebab dia biasa berurusan ngan hotel masa kerja ngan MAIS /JAIS dulu.Basically suma hotel yang menarik(tak mahal,lokasi OK) dah habis di tempah.Maklumlah musim cuti sekolah.Itupun terpaksa "ejas" tarikh pergi hari Khamis,Jumaat dan Sabtu.Kalau pergi hujung minggu tentu lagi susah.Last2 jumpa hotel yang cikai2 ni.Kebetulan ada kosong untuk famili(Katil-2 King size + 1 Single bed).Dah tanya lokasi dekat ngan masjid,tenhag bandar,dekat ngan pasar malam...kami pun booking lah..
Bila sampai....bilik tu ngam2 katil jer...anak2 tak leh main pun dalam bilik tu.
Bila tidur malam rasa merenyam...gatal2 badan.Lepas tu suma org bersin2.Esok pagi komplen kat cleaner (Pompuan-orang asli),tapi dia kata dah bersihkan....Mama tak puas hati dan komplen lagi sekali.Kali ni mamat Bangla lak yang kena.Bawah katil berhabuk,sampah banyak,TV berhabuk...macam2 lah...Bangla tu cuma jawab" Itu porompuan tarak tau mau kemas...."
Akhirnya mama mintak tukar suma cadar dan sarung bantal dengan yang baru,pas tu dia sapu pulak lantai dan bawah katil,memang banyak habuk....
Rasanyer bilik tu dah lama kosong,habuk pun dah banyak.Bila kita nak masuk,dia pun tak tukar cadar baru...patutlah gatal2 satu badan dan bersin2.
Malam lak budak2 sekolah sewa ramai2 dan bising kat luar.(Hotel ni asalnyer kedai yang dah renovate jadi hotel).Patut la pun senang nak dapat bilik besar/famili.Kebanyakan penginap adalah budak2 sekolah...
Sebab tu kami tak rekemen korang duk hotel ni.Kecuali anda bleh berkompromi ngan masalah yang telah berlaku.
Good point dia;dekat ngan kedai,food court,masjid,pasar malam.
Bad point dia; Sebelah tu restoren cina-bukak tingkap asap masuk,tepi jalan besar-lori sayur start operasi dari tengah malam alan ganggu tidur anda.Heater tak berfungsi awal pagi..kena mandi air sejuk la....mungkin ramai orang guna waktu tu,tak sempat panas.Low cost hotel-kebanyakan nyer ialah pelajar sekolah-bising sikit sampai budak2 tu masuk tidur.

...(Ayah)..


Thursday, 5-Jun-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan Percutian ke Cameron Highlands.

Simpang Pulai to Cameron Highland 2
Simpang Pulai to Cameron Highland 5
Simpang Pulai to Cameron Highland 6
View all 9 photos...
Kali terakhir kami sekeluarga ke Cameron Highlands lebih kurang 7 tahun lalu.(Y-2001..agaknyer).Masa tu baru beli UNSER.Kira merasmikan keta baru ke Cameron Highlands la...
Tapi masa tu anak2 masih kecik lagi..Haziq baru berumur 1 tahun,Nana=2 tahun dan Aliah 7 tahun.So haziq pasti tak ingat dan Nana ,ingat2 lupa.So destinasi ni sesuatu yang baru buat diaorang.Cuma expectation Sofia..tidur hotel dan mandi kolam..!!!!
Ayah..."Kolam mandi tak de dik..!"
Sofia..."Nape tak de kolam mandi..?Kat melaka dan pangkor ada kolam..?"
Ayah...."Kat Cameron sejuk...tak perlu kolam mandi..."
Sofia..."Ala.....adik nak kolam..."jawapnya..Memang betul budak2 ni "wagamama" kata org Jepun...
Perjalanan yang dipilih ialah route baru dibuka...Simpang Pulai ke Cameron Highland....sebab,1)tak pernah lalu lagi,2)Jalan tak curam dan tak banyak kenderaan..boleh cepat sampai..
Oleh kerana laluan baru,kami lebih santai menikmati pemandangan.Cuma terlupa untuk ambik gambar orang asli berjualan petai dan rebung buloh di sepanjang jalan.
Haziq..."Mama,kita sampai awan ker...?"
Mama..."Bukan setakat pegang awan,nanti kita berada atas awan." balas mama dengan rasa tak percaya dan tak terbayang anak2 macamana berada atas awan...!!!???.Mungkin depa pikir UNSER ni bertenggek atas awan macam citer DORAEMON tu kut.....hahaha...
Start dari pertanyaan tersebut,barulah teringat untuk merakamkan suasana sepanjang jalan tersebut.
Memang nampak penerokaan hutan dan bukit bukau semakin banyak....terutama di Blue Valley bersambung ke Kg.Raja dan Brincang.

Tengahari berhenti di Kg Raja dan makan tengahari.Suasana mendung.Gerai melayu terhad disitu dan lalat agak banyak.Ketika hampir habis makan,terdengar seseorang bersembang bahasa banjar.Agak terperanjat kerana ada banjar dicelah2 Cina kat situ.Kita orang pun tegur la kakak tu,tanya punya tanya..? orang kampung mama kat Kg. Gajah,Tanjung Tualang...!!!!
Sampai Brinchang,terus check in hotel (Guan Hin Hotel)..rupanya hotel tu di main road dan mengadap Pusat Kraf.Suasana kurang selesa,tapi nak buat camana? Itu jer yang available musim2 cuti sekolah ni...Itupun mama buat tempahan 3 minggu sebelum datang.Dapatlah bilik utk famili,2 katil besar dan 1 katil single.Tak de ruang utk berlari2 dan solat..(kita solat atas katil,siksa menahan utk berdiri kerana tilam spring...!!!)
Lompatan dari katil ke katil adalah aktiviti utama dalam bilik utk anak2.....
Ada TV kecik atas almari tu yang berhabuk sangat.Ayah turunkan TV dari atas almari sebab tinggi sangat nak tengok..Bila dah turun..terpaksalah cuci TV tu dari habuk2.....Ini elok mintak diskaun ngan tokeh hotel ni..pasal datang dari jauh,pas tu kena cuci TV lak.....
Rupanyer ada citer lain pasal bilik ni......yang itu mama kena komen dalam foto yang lain nanti....Patut laaa.......
.Lepas solat jama' qasar,kita pun start berjalan.Oleh kerana cuaca kurang baik,decide utk ronda2 dan survey tempat mana nak g esok.....

....(Ayah)...






Sunday, 16-Mar-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
Rumah Embah.....sedang dalam pembinaan.

Ruang Utama
Dari Hadapan
Ruang Utama dan Veranda
View all 9 photos...
Hasil kerja/tangan dan titik peluh sendiri tak ada lar kat rumah embah ni,pasal semua di kontrak kan.Ayah cuma tolong kemas jer dari masa ke semasa kalau balik kampung setiap bulan.Pada masa ni ayah dan ambik "barang" yang berharga dan bernilai..iaitu anak tangga rumah.Niat dan cadangan nak buat pangkin atau bangku jer.Ada kayu2 lain yang berat@chengal,tapi keta Unser ayah tak muat la nak bawak balik Shah Alam.Banyak kayu yang dah reput atau sisa-sisa kayu yang diguna semula untuk kekuda rumah dan frame pintu ayah dan asingkan dan bakar.Banyak lagi kayu2 yang masih elok dilonggokkan ditepi rumah.Hasil dari kayu2 tersebut,Wak Min dah buat stor baja dia,Wak Ni dah buat tandas luar nyer.Ayah kata,tandas Wak Ni ni esklusif sunguh....tiang dan dinding pun pakai kayu cengal....!!!!
Kalau ada peluang ayah nak buat wakaf dari kayu terpakai tu utk rumah ita kat Shah Alam.Kena sewa lori tu nak angkut kayu tu semua.Paling tidak 6" punya tiang rumah kena bawak 4 batang.Yang lain2 kayu kecik jer utk kekuda/atap dan lantai wakaf tu nanti.Tukang buat dah jumpa dah.....

...(Ayah)...






[<<  <  62  63  64  65  66  67  68  [69]  70  71  72  73  74  75  76  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net