Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  61  62  63  64  65  66  67  [68]  69  70  71  72  73  74  75  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Jun-2008 09:29 Email | Share | | Bookmark
Tanah Rata Town.

Tanah Rata Town
Kat sini jer yang ada cawangan Bank utk "cucuk" duit.Cuma masalah nak parking la susah..Dah 2 -3 kali pusing,pun masih tak dapat parking + hujan lebat..akhirnya terus balik ke Brinchang-hotel."Cucuk" duit esok lah......

Kat pekan ni jugak ada "Starbuck"....wah..pekan kecik ni pun ada jugak...Kalau letak kat Pekan Sg.Besar,tentu jenuh nak hidup.Starbuck kat sini tentu mengharapkan pelancung2 luar negeri jer...Kalau org tempatan...lebih baik singgah kat restoren Mamak kat sebelah.!!?
Pekan pun lebih teratur.Banyak bangunan sedang dalam pembinaan,kebanyakan nyer hotel dan motel l tu...Yang pastinyer,kadar "JAM" akan bertambah teruk 5 tahun lagi.....Tengahari Jumaat keta berderet ke dua2 hala....Jalan tu pun tak leh lebar lagi..kena buat jalan baru short cut x payah masuk pekan...Apatah lagi "Parking".??.

...(Ayah)....


Thursday, 5-Jun-2008 17:30 Email | Share | | Bookmark
Tengok Kobis dan Cactus Valley di Kea Farm.

Kobis @ RM 10/pcs only
Sedan with MPV facilities
Aksi tunggu mama beli limau
View all 13 photos...
Selama ini ayah ingat "Kea Farm" tu nama ladang kat Brinchang.,rupa2nyer nama tempat.Atas sedikit dari Pekan Brinchang.Hotel yang besar ialah Strawberry Hotel and Resort.Memang betul2 atas bukit.
Ini adalah area pertama selepas check-inn kat hotel.Suasana berkabus selepas hujan.Selepas masuk Taman Rama-Rama,kita org ke seberang tengok bangla petik kobis dan masukkan ke Land Rover dengan jalan bersimen lebih 45 darjah slope. Memang power land rover lama ni.Rata2 suma peladang guna Land Rover ni utk mengangkut baja dan hasil pertanian.Teringat Land Rover yang digunakan di Taiping,untuk memanjat Bukit Larut@Maxwell.
Dapat harga yang agak bagus utk Kobis,tapi baru hari pertama...tengok jer ler...Tak kuasa nak mengangkut kesana kemari...dah la hotel tu pun cukup2 utk tidor jer..
Sementara tunggu mama beli "LIMAU MADU" made in CH..(Madu lagi.....apa barang yang tak de MADU sekarang..kalau boleh MADU pun nak tambah MADU =" MADU MADU"kat depan..) terpandang lah Toyota Corolla ni....Siap ngan rak kat atas utk angkut barang.Ayah pun kuarkan kamera lah...Rupa2nyer tuan punya keta ada kat kedai depan dan dia nampak ayah ambik gambar keta canggih dia.Ayah tau pasal selepas tak lama tu dia menuju ke keta dai dan tengok2 jeling manja kat ayah.....marah ker abang tu..??sambil membawa 2 lagi raga dan ikatkan keatas keta dia...
Anak2 terus makan biskut yang baru di beli,...macam kelaparan masing2.Tak biasa kena sejuk kut...cepat lapar.!
Kita singgah lak kat Cactus Valley.....Tempat parking yang lapang dan tempat jualan yang selesa.Bunga2 jualan dan hiasan tersusun.Biasa lah...ada jual bermacam2 termasuk t-Shirt,jajan dan lain2. Yang bagus nyer...toilet kat sini bersih..kata mama. Biasanyer kalau mama kata bersih tu...memang bersih lah....Sempatlah Sopia melepaskan hajatnyer.....
Banyak kaktus yang besar2 disini..tapi "Not For Sale"....Mungkin utk sebagai penarik perhatian jer kut...atau dia dah ada buyer tertentu.
Haziq yang masih kagum ngan "awan", sempat berposing.Mungkin nak citer ngan kawan2 dia yang dia dah pernah berada dalam awan dan atas awan..
Mama pulak...geram sana ..geram sini tengok bunga2 yang berkembang.Setakat geram jer lar....Teringat 10 tahun dulu masa datang 3 org jer..(Ayong 2-3 tahun),masa tu dtg ngan Honda Accord BBU244 jer..Masa balik penuh bonet dan dalam keta ngan pokok bunga.Ayong pun tidur di seat belakang di celah2 pokok.Sampai bawah,satu pokok pun tak de yang berbunga.Lebih2 lagi Bunga Bird Of Paradise tu...beli mahal.Tak silap RM 60 masa tu..Bela sampai bertahun2,langsung tak nak kuar bunga.
"Kalau mama nak beli pokok...pastikan mama yang bela."..kata ayah...
Ayah sekarang ni bela pokok yang tak perlu penjagaan rapi jer..pendek kata senang bela.
Anak-lak tak excited nak tengok bunga...Depa layah beberapa ekor arnab kat situ...

...(Ayah)...










Thursday, 5-Jun-2008 16:00 Email | Share | | Bookmark
Taman Rama-Rama Brinchang.

Kumbang Gergasi
Katak/Kodok?...macam batu.
Sesumpah.....suka bertukar warna
View all 24 photos...
Selepas hujan bertambah lebat di Tanah Rata,kita menuju ke Kea Farm.(atas Brinchang).Nak masuk Bee Farm,macam ada renovation dan masih hujan rintik2.Lebih baik masuk Taman Rama-Rama sebab ada bumbung plastik..Bayaran masuk RM 5 dewasa,RM 3 kanak2.Pasal hari Khamis tak ramai orang,kita mintak diskaun,free utk Sofia.Turun je ke lembah,ada pameran binatang2 eskotik.Diantaranya yang menarik minat Sofia ialah kumbang gergasi,ular,kala jengking,lipan,ulat gnggk gergasi dan berbagai serangga hutan kita.
Yang menariknya ketika ayah nak tunjukkan kat Sofia pasal kodok yang menyerupai batu.Sampai Sofia dekatkan muka dengan cermin akauriam,masih tak nampak.....Bila dia sedar yang mana satu kodok, yang mana satu batu......menjerit terkejut Sofia....!!!
Lepas tu masuk segmen rama-rama lak....Tapi tak begitu banyak jenis macam kat Taman Rama-Rama kat KL tu...Semua jenis yang sama kat sini..
Yang agak menarik bila masuk segmen bunga2an...Pelbagai jenis bunga yang tak bleh didapati di bawah...ada kat sini.Baru la bermakna ada tiket masuk..........Lihat lah sendiri foto2 yang dilampirkan.100% foto yang diambil masa tu kita load kat sini...
Dah letih naik tangga dalam taman tu,kami pun kuar singgah ke kedai diatas.Memang macam2 ada.Yang depa promote masa tu ialah jeruk strawberi kering.Andaiah ayah ialah...1)Jeruk strawberi ni produk terbaru Camern Highland..? 2)Musim strawberi manis dah diluar musim.Yang ada jenis strawberi yang saiz kecil dan masam.Sebab tu depa buat jeruk strawberi kering kut...?
Sudut serangga yang di "Frame" kan memang menarik utk di ambil foto.Cuma tak berminat nak beli...Maklumlah ayah ni "Kampung Boy"...tak heran ngan menda2 macam tu..

Kat depan tu ada bangla tengah kutip Kobis utk dijual.Ada ambil video bagaimana depa kutip,potong dan campak dalam "LandRover" lama.Nanti kita Uploadkan kalau dah pandai nak buat....
Last sekali kita posing kat papantanda tu...Ada 2-3 taman yang sama konsepnyer.Tapi malas nak masuk.Tapi memang memberi impak yang besar kepada Sofia....,sebab esoknyer dia nak masuk taman yang lain pulak...Tapi tak terlayan kerana dah ada plan nak pergi tempat lain..

.....(Ayah)...... .












Thursday, 5-Jun-2008 15:30 Email | Share | | Bookmark
Pokok halau nyamuk...??, & Periuk kera

Haziq dont believe this plant can halau nyamuk....!
Mama,Haziq and Aliah...wondering this tomato plant.
Periuk kera...Ayah aiming this....!!!
View all 6 photos...
Haziq agak tak percaya bila terbaca "Pokok Halau Nyamuk",lantas meminta ckamera utk merakamkan sesuatu yang pelik...Padahal pokok tu bukan sesuatu yang baru.Setiap kali ke Sg Buloh tengok pokok pasti akan ada pokok ni..tapi disebabkan dia tak pernah kisahkan pokok yang ayah dan mama tengok2 kat nursery tu,memang la tak kan tau ada pokok ni.Setiap kali ke sana dia akan sebok kan "aiskrim Indon" dan buah2 yang dijual kat sekitar nursery tu.Kat Sg. Buloh dah tak berapa glamer pokok ni....
Mama yang geram ngan pokok dan buah tomato sibuk ajak haziq dan ayong posing kat pokok tu......Agak nyer tak puas pegang buah tomato kat Tesco gamaknyer....
Ayah lak geram ngan periuk kera yang cantik tu...bukan periuk kera yang biasa tu...Jenis spesis yang terlindung rasanyer...Kat Sg.Buluh x de jual yang macam tu...Kat rumah pun dah ada satu pasu..baru juga beli dalam sebulan lepas @ RM 25...Bibik Indon yang jual kata itu spesis terkawal..Tokeh bela dari kecik,sebab amik dari hutan tak dibenarkan...Kat Cameron ni dia letak harga RM 60....nanti kita tunjukkan kecantikannya...


....(Ayah)...... .





Thursday, 5-Jun-2008 15:00 Email | Share | | Bookmark
Orkid liar...! Nape kat rumah tu x macam ni..?

Kat Kasimanis Nursery
Ini bukan bunga...daun bercorak.
Wild Orchird...wow...
View all 4 photos...
Melihat okid liar tu memang geram.Bunganya keluar beberapa juntaian...Kita ada spesis yang sama,mula2 beli elok letak dalam pasu..tapi x nak berbunga.Dek kerana geram..,kita letak kat celah pokok depan rumah....Tak lama pas tu dia berbunga tetapi setahun bleh kira dia kuar bunga.Pas tu sejuntai jer....
Mungkin cara jagaan yang tak betul atau okid ni sesuai kat tanah tinggi jer kut..??

.....(Ayah)....






[<<  <  61  62  63  64  65  66  67  [68]  69  70  71  72  73  74  75  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net