Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  60  61  62  63  64  65  66  [67]  68  69  70  71  72  73  74  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Jun-2008 14:00 Email | Share | | Bookmark
Cameron Valley (BOH-Bharat) RnR.

Cameron Valley-New RnR
From the RnR view
Nice scenery..
View all 12 photos...
Konon nak merasa Teh Tarik Cameron...tapi dah nak g lunch,tak jadi order.Kat sini juga boleh makan special traditional cookies for tea time, introduced by English.(Nama cookies tu=...??? tak ingat la pulak.).Satu set (with a cup tea + 2 pcs cookies )=RM 12 sahaja.
Tapi mama kata cookies tu memang sedap,cuma tak tahu bahan adunan nyer tu "HALAL" ker idak..? Ayah pun pendamkan hasrat nak order....
RnR ni adalah yang terbaru,sebab masa datang 8 tahun dulu ia tak de lagi.Memang cantik,kemas dan menarik lokasi,kedai dan pemandangan dari situ. Ada tanga turun ke ladang utk pegang pokok teh dan berposing di tengah ladang.
Pas ni kita g makan tengahari kat Tanah Rata.

...(Ayah)...







Friday, 6-Jun-2008 13:41 Email | Share | | Bookmark
Bee Farm for Honey....(madu utk Mama..?!)

Rasa2nyer macam sayur bawang
Dari Sinilah asal madu yg kami beli madu tu..!
Sarang@pondok lebah.
View all 7 photos...
Semasa beli madu kat pasar malam semalam,tokeh tu bagi brocure ladang dia,dan kita pun sampailah ke sini.Memang agak jauh dari kawasan pelancungan yang lain,tapi ia berada di kawasan ladang dan kebun sayur.Katanyer, lebah dia di import dari Italy sebab spesis tu x de kat Mesia.Kira kita makan madu Made In Italy la....
Semasa kat situ tanya Bangla yang jaga kebun tu,nape color madu lain2..? katanyer....yang cerah tu madu muda,yang gelap sikit tu madu tua...So makin gelap,makin mahal. .. Patutla beli yang kt pasar tu dapat harga murah..RM 16/botol anggaran 400gram. Kami rasa MURAH...!!?
Di ladang ini lah juga HAziq menguji kasut baru dia,lari sana sini test POWER...Ada video klip kat youtube,nanti kita letakkan.
Kat sini banyak pokok strawberi untuk dijual,sementara terjual-sempat lah lebah tu hisap madunyer....!!!

Lebah hutan yang tak menyengat tu kutip madu dan bersarang kat dalam tunggul pokok.madu dia lebih mahal hanya kerana susah nak dapat madu dia.Maklumlah...saiz pun kecik jer...nak kumpul madu yang cukup mesti memakan masa yang panjang.

Teringat lah kisah segerombolan Lebah cuba nak buat sarang kat bawah siling depan rumah.Kerana merbahaya kepada anak2 dan jiran,kami panggil "BOMBA" utk halau.Ingatkan depa ada cara lebih "environtment friendly",halau lebah cara baik..,rupanyer depa pakai api jugak...Habis lebah2 tu mati terbakar.
Malam sebelum tu kami buat unggun asap kat bawah porch keta tu..Tapi tak effektif..kami pun panggil bomba.Bomba datang satu Trak....Habis kecoh jiran2 datang tengok operasi bakar lebah...Ada jiran yang tanya keesokkan harinyer...
"Kalau tak pasal musang..tentu pasal ular..?."katanyer. Sebab sebelum itu kita pernah panggil bomba jugk utk tangkap ular kat depan pintu.....
"Sejuk kut rumah kita ni ma...?..binatang banyak singgah."
Kalau musim mangga musang akan datang tengah malam..siap tidur kat genting lagi....

...(Ayah)... .







Friday, 6-Jun-2008 13:30 Email | Share | | Bookmark
Orkid liar lagi & Karam Singh Walia.....?

Okid liar...
Green color wild orchird
Rare n Nice shape,color,pattern
View all 5 photos...
Kami singgah di sini sekembali dari Bee Farm menuju ke Tanah Rata.Deretan pondok dan gerai tepi jalan di sebelah kanan termasuk yang menjual pokok dan tumbuhan liar hutan ini.Kami tak mengambil gambar gerai keseluruhan kerana ia gerai biasa sahaja.Kebanyakan pokok di dalam nyer ialah pokok okid liar.Ini berdasarkan jenis2 okid yang ada tidak pernah dilihat atau tidak pernah dijual di nurseri Sg.Buloh.
Walaupun semuanyer menarik,kami tak pasang niat utk membeli,walaupun kami ni memang obses terhadap okid.Ini adalah kerana masa yang suntuk untuk membelai dan menjaga okid ni..Dulu kita pernah mempunyai berpasu2 okid yang pelik2,tiap2 minggu ke Sg.Buloh mencari spesis okid yang baru......akhirnya terpaksa melupakan sementara okid ni..Mungkin kalau anak2 dah besar nanti....,kita akan sambung balik aktiviti membela okid ni...(Mama memang suka lah kabo dan cita2 ayah ni...?!)
Yang menarik nyer.....dalam masa seminggu selepas tu,Karam Singh Walia menyerbu Cameron Highlands utk isu2 seperti penggondolan bukit dan gunung di Blue Valley,pembuangan sisa bangunan di sebelah Kelab Golf dan akhirnyer kes penjualan spesis tumbuhan dan okid hutan yang di lindungi...Gerai yang kami kunjungi inilah yang di serbu dan di "seal" oleh Jabatan Perhutanan....Pokok Periuk Kera -spesis terancam, yang kami tanya harga sekadar nak tahu "rate" kat situ.Memang agak mahal sikit dari yang kami beli di Kea Farm.....Kalau lebih murah,mau ayah beli lagi satu....hehehe...Harap2 jangan lah Oficcer dari Jabatan Hutan datang buat spot check kat rumah kami kalau terbaca citer ni....Kita beli yang ditanam dari kecik tuan,bukan kutip dari hutan.....(kata si penjual la...).Kalau dia tipu kami,tuan pun tertipu gak ngan kami...hehehe..

....(Ayah)..... .




Friday, 6-Jun-2008 11:00 Email | Share | | Bookmark
Kilang BOH Sungei Palas...

Rumah Pekerja BOH.
Kat sini la ....
Mama tak larat daki bukit..
View all 16 photos...
Deretan kereta yang masuk dan keluar membuatkan kami terpaksa berhenti di kawasan agak lapang untuk memberi laluan kereta lain keluar dari kilang BOH.Smapai disana,rupa2nyer dah banyak kereta parking.,walaupun masih awal pagi. Tempat letak kereta hampir penuh.Kami "di-paksa" berjalan kaki lebih 200 meter mendaki bukit kerana tempat parking yang terhad diatas.Kawasan pameran dan restoren yang disediakan memberikan pemandangan yang sangat cantik dari atas bukit.
"Agaknye kat sini MILA AF5 buat pengambaran iklan BOH..." kata mama pada anak2 nyer.
Bermacam2 produk teh BOH ada dijual,tapi mama tak beli pun,pasal mama x leh minum teh.Ayah pun tak suka sangat nak minum teh ni...
Pameran barangan antik dari kilang seperti alat penyembur air utk melembabkan teh,dan alat pengayak teh serta Pintu Gate Antik Kilang BOH menarik perhatian ayah.
Process konvensional yang ringkas,kurang menarik perhatian ayah.Anak2 pun belum tahu menilai ilmu yang disampai kan oleh Tourist Guide.
Terdapat juga pokok teh asal yang tinggi menjulang dan hampir tiada daun.Itulah pokok teh kalau tak kena trim.Bleh menjulang tinggi dan membesar.Kira pokok teh yang kat ladang tu dah di "BONSAI" kan la......Jangan tak tau lak....!!
Lawatan ke sini kurang menarik buat Haziq yang mahukan sepasang kasut.Mana tak terasa dia..pasal suma orang pakai kasut,dia sorang pakai selipar.Sebelum pergi tadi kedai2 tak bukak lagi nak belikan kasut.Dah asik mengajak singah kedai kasut.Bergambar sama pun dah tak mau.Sempat jugak rakamkan "peel" dia yang tak nak buat apa2 pun...?!!..Pasal dah boring...kami pun cepat2 balik ke Brinchang,cari kedai kasut....Sejam jugak mencari kasut yang sesuai.Kat sini pilihan tak banyak.Stok pun asik tak de....akhirnya ambik jugak kasut yang agak "fancy".Pakat2 lah mama dan ayah kat kasut tu cantik.Nasib baik laku umpanan ayah dan mama ni.Lepas pakai kasut,...sengeh sampai ke telinga. Pas tu kita menuju ke Ladang ternak Madu Lebah,tempat yang kita beli madu segar semalam kat pasar malam.

...(Ayah)....






Friday, 6-Jun-2008 09:32 Email | Share | | Bookmark
Ke puncak Gunung Brinchang.

Breakfast at Medan Selera Brinchang
Sofia only take nugget...!!
BOH Plantation of G.Brinchang
View all 14 photos...
Hari ke -2,berhasrat keluar awal dari hotel.Walaupun suma anak2 bangun awal 7.00pagi,tapi hanya dapat pergi sarapan jam 8.30 pagi.Dengan hanya 1 bilik mandi dan toilet dan karenah anak2,tak semudah seperti yang dirancang utk keluar lebih awal.
Bersarapan di Medan Selera yang berdekatan,ianya dipenuhi oleh kumpulan pelancung dari hotel yang berdekatan.Nasi lemak dan lauk hampir habis.Selepas sarapan,kami segera bertolak ke Gunung Brinchang.Kalau mengikutkan pengalaman yang lepas2,semakin lama makin banyak kereta menuju kesana dan jalan berbukit yang sempit.Sebab itulah kami merancang pergi ke sana seawal yang mungkin.
Kalau sebelum ini kami hanya pergi separuh perjalanan,kali ini kami teruskan ke puncak Gunung Brinchang.Perjalanan yang melalui slope darjah yang agak tinggi menakutkan Sofia.Baru separuh jalan dah suruh kita turun ke bawah.
Amik gambar kejap dan kami turun kebawah semula menuju ke kilang BOH Sg.Palas. Pernah 2 kali ke area ni,tapi tak pernah masuk ke kilang memprosesan teh.Jalan yang kecik membuatkan kita tak masuk sebelum ini.


...(Ayah)...










[<<  <  60  61  62  63  64  65  66  [67]  68  69  70  71  72  73  74  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net