Laily & Tugimun - Family Stories
"Episod Perjalanan Kehidupan Kita"
By: Ayah n Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  59  60  61  62  63  64  65  [66]  67  68  69  70  71  72  73  >  >>]    [Archive]
Sunday, 8-Jun-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
Atuk KURODA Balik Malaysia..!

Jemput Kuroda balik dari Jepun
Semua dtg menjemput-KLIA
Dinner di Kenny Rogers
View all 4 photos...
"Atuk KURODA"...begitulah panggilan anak2 kepada si-Jepun ini.
Dah mula berada di Malaysia sejak 1988 sebagai trainer dan advisor yang dihantar oleh Kerajaan Jepun melalui JAICA dan JODC.Mula kenal dia semasa dia jadi Advisor untuk USRA Group, Shah Alam pada tahun 1997 sehingga 1999.Kami terus berhubung walaupun saya dah tak bekerja ngan USRA lagi.Salah satu sebabnyer adalah kerana pakcik ni tak boleh berkuomunikasi dalam bahasa Inggeris,apatah lagi bahasa MElayu walaupun dah lama keje kat Mesia.Tak macam Bangla...baru beberapa bulan duk Mesia dah boleh mengayat awek Mesia lagi...
Semenjak habis kontrak ngan JODC dan USRA,dia tak minat nak balik Jepun lagi.Semenjak isterinyer sakit barah dan meninggal, dia dah jual rumah kat TOKYO dan dia menetap kat Subang Jaya selepas apply visa - "Malaysia 2nd Home".
Setelah bersara,dia akan dapat duit pencen dari kerajaan Jepun,kerana semasa bekerja dia kena macam2 cukai.(macam EPF la...).Tapi Jepun tak bagi dalam lump sum macam EPF tu kalau dah pencen,ebalik nyer akan ada pencen sampai mati....Kalau ikutkan nilai pencen dia tu memang boleh hidup kat Jepun..Tapi kadar saradiri yang semakin tinggi akan menyebabkan duit tu cukup ngam2 untuk makan minum dan tempat tinggal jer....Langsung tak berbaki nak jalan2 atau nak dapat sesuatu yang extra sikit.Sekarang menjadi masalah kat Jepun kerana kadar orang tua yang lebih banyak kerana masing2 panjang usia/umur.Jepun kekurangan dana utk menampung pencen rakyat depa yang panjan umur ini.Sebab tu anak2 muda sekarang dikenakan caruman,cukai yang lebih tinggi untuk menampung kos sekarang dan utk masa depan org muda ni lak....
Sebab dia suka Malaysia,so dia decide duk sini.Sepanjang 1999 sampai sekarang,bolehlah kalau nak dikatakan saya ni "penjaga" dia.Umur dah 80 lebih(sebaya Dr.Mahathir kalau tak silap).Tiap 2 minggu sekali atau sebulan sekali kita orang akan ziarah dia.Atau kalau ada dia coll nak minta hantar mana2,kita akan datang.Biasanyer tiap bulan dia akan shopping kat SOGO.Dapatlah anak2 tumpang jalan2 kat KLCC tu sementara dia shopping.Kalau yang dekat2 tu dia akan naik teksi atau komuter jer ke Bangsar atau Tmn Seputih,tempat JCKL(Japanese Club KL) depa.
Sejak akhir2 ni dia bagi lak copy kunci apartment dia.Mama pun tercengang...
"Buat pe ayah,dia bagi satu salinan kunci apartment dia...?"
"Dia dah makin uzur tu....kut2 ada apa2 terjadi,bolehlah kita masuk..." kata ayah..
Mama sedih dengar ayah jawab macam tu.....
Lepas tu tiap kali datang ke apartment dia ngan anak2.,dia akan ajak makan malam kat Subang Parade...biasanyer kita g makan PIZZA atau Kenny Rogers.Dia order spagetti jer,yang anak2 ni makan Pizza atau Ayam.Dia seronok tengok budak2 makan agaknyer.
Cuma yang tak bagus nyer,dia selalu citer kawan2 Malaysia dia kenal,selalu "PAU" dia.Makan kat restoran mahal2-eg."Japanese Restaurant"...."PAU" dia.Ajak pergi keliling Malaysia,Minyak Toll pun "PAU" dia.Masalahnyer orang yang kenakan dia tu pun kami kenal. Hai ...Buat malu kaum jer....So sekarang ni dia akan selalu refer kat kita kalau ada masalah...Dari masalah ASTRO dia...sampai ambik bungkusan yang anak dia kirim kat pejabat pos dan apa2 jugak yang dia "kesusahan".
(ASTRO dia bukak 24 jam..tak tengok yang lain dah..Kalau kesana Ayah terleka tengok NHK,sebab kami nyer ASTRO tak de pakej NHK tu...)
Kalau setakat duit tu x heran dah,kalau dia nak bagi tu,bukan RM 50 jer...beberapa kali dai bagi sampai RM 500 walaupun atas pertolongan kita yang kecik jer..Tak terpikir pun kita nak dapat.Sebab tu kalau dia ajak g KLCC ker...mana2 pun,memang dia belanja sakan budak2 ni makan.
Kadang2 kita pergi jualan "Japanese Food " fair kat SOGO atau ISETAN.memang macam2 yang dia beli.Tentulah mahal sebab Made In Japan.Rasa tak berbaloi nak beli keropok atau gula2 yang boleh dapat kat Tesco atau Giants yang 5-10 kali lebih mahal.Dia kata "Ambik.....mana budak2 suka,aku bayar"...Budak2 apa lagi......
Gambar yang ada ketika menjemput dia di KLCC selepas balik Jepun selama 1 bulan. Budak2 rasa dah macam atuk sendiri.....
Banyak lagi citer pasal KURODA ni,lebih2 lagi dari mama.Siap dapat macam2 benda peninggalan isterinyer.Dari beg/purse kulit,baju,aksessori termasuklah coin emas tulin sempena 50 tahun Malaysia Merdeka yang dia beli tahun lepas.Dia dah cakap,"nanti aku mati,aku nak bagi coin ni kat awak".kpd mama.Mama terharu dan sedih bila dengar Kurodan cakap macam tu....
Kita sambung citer lain kali...................
......bersambung............

...(Ayah)... .



Sunday, 8-Jun-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
Rumah Embah.....siap..!!

Dari jalan utama
Verandah...
Belakang-kanan
View all 5 photos...
Agak2 rumah tu dah berbentuk,embah pun dah tak sabar nak duk rumah sendiri selepas beberapa bulan "menumpang" rumah anak kat kiri dan kanan.Wak Min pun tak habis mengecat seluruh rumah tu lagi.Ayah pun sempat mencuci dalam rumah tu sempana balik kampung masa hantar Ayong balik ke asrama.Kemas la sikit2 harta2 embah yang tersadai kat rumah Wak Min.
Cadang nak kenduri dalam bulan Jun ni jugak,tapi terpaksa ditunda ke bulan Ogos sebelum bulan puasa,sempena cuti sekolah nanti.
Komen Sofia;" Ayah..rumah embah ni cantik la....."
Memang la lebih cantik dari rumah kita.....ada bilik air besar,kitchen cabinet baru,tile berkilat.....
Cuma ada beberapa hal lagi nak kena buat,macam nak tambak halaman,sebab rumah tu dibina atas/tinggi sikit dari tapak asal.Pokok2 lama ada yang perlu ditebang.Nampak la lapang sikit.Lagipun pokok sawit sekeliling rumah tu pun dah cukup kut....?
Kayu2 lama masih ada dibelakang rumah lagi tu..Mungikin ayah boleh bawak balik sikit2 mana2 kayu yang muat masuk keta tu.hehehe...

...(Ayah)...





Saturday, 7-Jun-2008 12:03 Email | Share | | Bookmark
Pelbagai Ragam at Cameron Highlands

Gerai okid....suma sama cam kt Sg Buloh
Aksi anak2 dlm keta....
Setelah jauh perjalanan dan penat...
View all 11 photos...
1)Nursery jual Okid....Malang nyer nak masuk kena bayar.....Tak berbaloi masuk,kita tengok yang kat luar pun OK dah.Kat Sg Buloh boleh tengok free jer...
2) Balik lunch kita rehat jap.Sempat lelapkan mata sementara tunggu yang lain solat.Anak2 tak kan boleh lelapkan mata nyer....
3)Pasangan kasut yang di ambil foto oleh anak2.Ada 5 pasang jer.Haziq nyer kasut tak de lagi.Kasut ni terpaksa susun menegak kerana tak de ruang utk lalu dalam hotel tu.
4)Mama singgah on the way turun keTapah.Nak beli petai..RM 10/ikat,congak2 murah sikit sangat dari pasar tani Stadium Shah Alam.Rupanyer Org Asli kat situ pun dapat bekalan dari org lain.Dia ambik upah tukang jual jer....Ada Cina yang nak beli jugak beriya-iya nak dapat murah sebab beli banyak...sama.Tak layan jugak..
5)Posing standard anak2 semasa amik gambar...PEACE jer....
6) Malam tadi mama tak leh tido....rasa merenyam ,gatal2 satu badan.Tak puas hati,mama pun buat checking sekitar katil,rupanyer celah2 katil habuk segedabak tebalnyer...Sah tak de sapu ni....Bila tengok langsir pun penuh habuk.Sebab tu la budak2 ni main lagsir,habis suma org gatal hidung nak bersin.
Mama tak puas hati,turun kat receiptionist dan tanya pencuci bilik."Dah sapu kak"..katanyer.Rupanyer pekerjanyer tu adalah Orang asli kat CH.Last2,supervisor nyer yang naik bilik dan ...(silap la bangla ni),habis kena leter ngan mama.Mintak tukar cadar dan sarung bantal nyer sekali.Minta sapukan celah2 katil kat lantai dll.Bangla tu cuma boleh kata,"Dia (merujuk kpd minah org asli)tak tau kak...tak pa la ...saya ganti suma cadar dan sarung bantal"...dengan tersengih2 Bangla tu buat kerja.
Rasanyer lama dah tak de family /org sewa bilik tu.habuk dah bertimbun kat bilik tu.Tu yang buat gatal2 satu badan.Teringatlah kes ayah semalam terpaksa lap TV tu pasal banyak sangat habuk.....Bilik air lak tak de air panas waktu pagi dari 6.00am-.8.00 am.
Mungkin org serentak guna air panas mandi pagi,heater pun over capacity...langsung tak sejuk...

MORAL: Kita orang langsung tak rekemen sesapa duk kat Hotel tu,pasal lokasi terlalu hampir ngan jalan utama dan servis spt yang diciterkan kat atas.Kami suka tempat2 yang isolated sikit.ada privacy sikit.Sebelah malam asap restoren sebelah masuk bilik.Tapi mungkin sesuai utk budak2 sekolah satu rombongan kut.Hari ke-2 tu bebudak sekolah saja..Bising la sikit sampai tengah malam....Awal pagi lak ada yang salah bilik ketuk bilik kitaorang....Gangguan betulll....!!

...(Ayah)...





Saturday, 7-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pelbagai Sudut-Cameron Highlands.

Gerai "merah" strawberi..!
Gerai2 d Kea Farm
Taman di Tanah Rata
View all 11 photos...
Hotel kami terletak di tepi jalan utama.Sampai tgh malam ada bas dan lori lalu.Se awal 5 pagi sudah kedengaran lori sayur dan Land Rover antik menghantar sayuran ke Ringlet.Kat sana tempat transit sayuran.Lori2 besar tak perlu naik sampai atas.(Kami sedar cara ini semasa turun ke Tapah,banyak lori besar menungu di Ringlet dan masih ada aktiviti memunggah sayur pada jam 10pagi).
Bunga "Pink" seakan2 bunga lanskap rasmi CH kerana dimana2 ia ada ditanam,dari Tanah Rata,Brinchang dan Kea Farm.Warna "Pink" yang segar sungguh menarik perhatian.Lihatlah foto dihadapan hotel kami.
Gerai "MERAH" juga menjadi landmark CH.Gerai ini boleh didapati disepanjang jalan dan pekan.Ini mungkin berdasarkan status Strawberi untuk CH.Semua cenderahati dari payung, t-shirt, bantal,belon dll,sumanyer bertemakan buah strawberi.
Gerai sayuran dan buahan di Kea Farm juga menyediakan pelbgai keperluan sayur dan buahan,cuma tempat parking agak susah.Terpaksa parking di tepi jalan utama yang sebok lebih mendedahkan anak2 kepada punca kemalangan..so,kami tak singgah pun...
Malam ke-2 kita makan kat belakang hotel,gerai Klate.Menu sama jer ngan kat Shah Alam,cuma sayur2an lebih fresh.Pasal lapar,try order Siakap stim,tomyam,sayur kailan ,telur dadar dan daging masak merah.Teh tarik nyer boleh tahan.
Iklan yang ditulis, ada menu sarapan.
Ayah kata.."Mama,esok pagi kita pekena roti canai dan roti jala kat sini yer..??"
"OK gak...! Jawab mama.
Esok pagi2 kita bergegas kesana pasal nak sarapan.Dah teringat roti canai dan teh tarik,rupa2 nye x beroperasi...Tipah tertipu lagi la....Pas tu semalam pun tak kompom ngan tokey kedai tu ada buka utk sarapan tak...?
Bergegas lah ke medan selera yang sama.Aduhai saliha.......ramainyer orang...Hari tu kita kuar lambat sikit pasal nak terus turun Tapah....Berebut ..nasi emak dah habis walaupun lauk pauk masih ada.Order roti canai terpaksa tunggu kat dapur!
Mama lak senduk sendiri kuah dan potong sendiri-"self services" nasi himpit.Kalau harapkan Akak yang jual tu buat,kebulur ler.....Last2 orang yang "Q" kat belakang mama pun "self services " jugak...
Dah kenyang,baru lah kita turun ke TAPAH........ikut jalan dalam ke Langkap,Teluk Intan dan ke Sabak Bernam.Ada kenduri kawin x-staff kat Parit Baru..Makan tengahari kat situ..
Tiduk rumah embah dan esoknyer hantar Ayong ke asrama,Bt.1 ,Sabak Bernam.

...(Ayah)....





Friday, 6-Jun-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
Pasar Malam @ Brinchang Town.

Penjual bunga Pasar Malam,Brinchang
Another Florist
Labu "cacat" utk hiasan
View all 11 photos...
Pasar malam kat Brinchang ni hari2 beroperasi.Bernula dari kul 3 pm sampai malam.HAri pertama sekadar nak window shopping jer.Survey apa nak beli esok sebelum balik.Memang pasar malam betul...dari makanan,semestinyer sayur segar,perhiasan,aksesori,mainan,baju dll.Cuma hampir 90% peniaga nyer ialah Cina.Melayu setakat makanan jer ler...Penjual nyer ialah Minah2 Indon yang keje kat situ.Mungkin sebagai strategi utk tarik Melayu beli kut..??Sebab yang jual makanan yang tokey nyer Cina pun,minah Indon jugak yang tukang jual.Apa Status "HALAL" nyer...??Dari goreng keledek manis,FishBall,sayuran segar ber"tempura"...sampai ke kuih muih..??? Orang2 kampung yang datang tak sensitif tu...... beli dan makan jerr.....!!!
Yang paling menarik ialah "Jagung Mutiara"...setongkol RM 5.Memang manis..!!!Penjual tu siap bagi butiran jagung mentah untuk dirasa semasa nak beli jagung kukus.Kami pun beli 2 tonggkol utk dimakan di hotel nanti.Memang sedap dan manisss...!!
"Esok boleh la kita beli lagi ni yah...!!,bawak balik" kata mama.
Esok nyer kami pun singgah lagi nak beli bawak balik.Round punyer round...jumpa apek yang jual "jagung mutiara",lebih kecil dan lebih murah..RM 3 jer setongkol..Pattern nyer sebijik sama,ada butiran jagung yang berwarna agak putih dan jernih.(Sila lihat gambar).
"Beli yang ni lah yah...dapat banyak ketul walaupun saiz kecik sikit"..kata mama.
Setelah beli,pusing2 lain tempat tengok dan dapatkan info lebih sikit pasal jagung mutiara ni dari penjual kat situ.Yang memeranjatkan.....
"Hati2 dik beli jagung kat sini,yang kecik tu bukan Made In CH...."kata akak yang jual jagung bakar..
"Jagung mutiara CH montok2 dn besar2 tongkolnyer..." tambah akak tu..
"Alamak...kita salah beli la yah...betul ker ni?..".kata mama berbisik kat ayah..
Setelah sampai di rumah......masak......memang sah.....rasa jagung biasa.Pattern jer sama....Anak2 langsung tak berminat nak habis kan 5 tongkol tu.....Akhirnyer ....ayah jugak yang kekenyangan menghabiskan jagung tu.....!!??
MORAL: Sapa2 nak beli Jagung Mutiara,pastikan Made in CH.....Harga standard RM 5 /tongkol.Jangan tertipu atau salah beli..Jagung yang kita beli tu rupa2nyer setelah di selidiki..Made In Ipoh.Pasal tu murah.Jagung Mutiara CH ni masih jadi barang kawalan kat Pasar tu,pasal permintaan melebihi pengeluaran.Depa x akan kurangkan harga kalau ditawar.
Semasa ke Pasar Tani Mega kat Stadium Shah Alam,mama ada nampak "jagung mutiara".Harga RM 3/tonggkol.
Ayah kata "jangan tertipu lagi tipah.....,tak logik kat CH RM5...boleh dapat harga RM 3 kat Shah Alam.Transpotation kos lagi.....!!??"
Kang jenuh ayah nak habiskan.........

Minah2 Indon ni lak rajin cakap/promote..siap bagi sample utk rasa,terutama jeruk kering strawberi.Mungkin ini produk terbaru CH...nak jual masam..so depa buat jeruk kering..Ada gak value added nyer..,kecuali Strawberi Fresh la,tak leh rasa...Sebab ,...Mahal..kut?!
Mama beli Jem Strawberi jenama 'IKA"-home made.Dibuat oleh org Melayu.Memang sedap...Harga dapat RM 6/botol kalau beli banyak..Kita beli dalam 8 botol.
Mama kata kalau kawan dia ke CH lagi,dia nak kirim lagi....Dah sedap..cepat la habis...
Ayah bawak opis satu botol....,buat makan cracker cicah Jem...Emmmmphhh..terliur...

Fresh Strawberi mama beli 2 packet jer.....Suma habis dalam perjalanan turun ke Tapah...!!Masam pun masam lah...
Masam pun sodap...!!??


....(Ayah)....











[<<  <  59  60  61  62  63  64  65  [66]  67  68  69  70  71  72  73  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net